"Termenung jauh bukan boleh selesaikan masalah." ujar seseorang dari belakang Arriesya. Dia hanya berdiri membelakangi gadis itu.
Boleh tak mamat ni kalau seminit tak sakitkan hati aku? Dari sekolah sampai ke rumah, tak sudah-sudah ada aje ayat dia nak sakitkan hati.
Arriesya memejamkan mata seketika. "Kau buat apa dekat sini?" soalnya tanpa memaling ke arah Faris. Dia cuba untuk tidak melihat wajah lelaki yang sering sakitkan hatinya itu. Tambahan pula lelaki yang paling dia tak suka ni, katanya bakal dijodohkan dengan dia.
Siapa je nak terima?
"Apa keputusan kau?" soal Faris tanpa menjawab pertanyaan Arriesya.
"Kau pekak atau buat-buat pekak? Aku dah cakapkan bagi aku masa seminggu untuk berfikir dulu." balas Arriesya geram.
"Kalau dalam tempoh masa seminggu tu kau tak ada jawapan?" soal Faris lagi.
Terus Arriesya berpaling melihat wajah lelaki itu. "Tengku Faris Adrian. Kalau kau datang sini semata-mata nak sakitkan hati aku, tambah serabut dalam kepala otak aku baik kau pergi masuklah." kata Arriesya masih mengawal nada suaranya. Tidak mahu ahli keluarganya dan keluarga Faris dengar dari dalam.
Faris berpeluk tubuh. Matanya merenung tepat pada mata hazel Arriesya. Cantik. Rasa tenang. Langsung dia tidak pernah rasa sebegini dengan mana-mana perempuan di luar sana termasuk Puteri Dania Izzati.
"What if... kau tak terima permintaan arwah tokma kau, keluarga kau mesti rasa kecewa. Walaupun uncle dan aunty tak kisah apa pun jawapan kau sama ada nak terima atau tidak, cuba kau fikir perasaan diaorang. Termasuk keluarga aku. Bagi tempat aku, aku tak ada hak nak paksa kau. Ini soal masa depan kau sekali gus masa depan aku juga. Kau nak tengok keluarga kau kecewa? Kau nak arwah tokma kau kecewa sebab cucu dia tak terima permintaan terakhir dia? Haura Arriesya, kalau aku jadi kau... aku akan terima. Aku tak nak mama dan babah aku rasa hampa." kata Faris sebanyak sedikit menjentik hati Arriesya. Gadis itu diam tak bersuara.
"Tapi aku ni lelaki, Haura. Seorang lelaki yang bakal menjadi imam kepada makmum halalnya. Seorang lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga. Yang akan menggalas tanggungjawab besar. Dan yang akan pimpin sebaik mungkin buat isteri dan anak-anak aku hingga ke syurga." jelasnya lagi dalam nada tenang.
Melihat Arriesya masih diam itu Faris menghembus nafas berat. Sememangnya pada awal mama dan babah bagitahu dia soal pertunangan dia dan Arriesya agak terkejut jugalah. Disebabkan permintaan arwah tokma Arriesya, dia kena tunang dengan gadis itu? Dia tak mahu hampakan harapan mama dan babahnya, jadi dia hanya mampu terima dengan hati terbuka.
Tetapi bagi Haura Arriesya pula...
Dia tak tahu. Mungkin boleh jadi gadis itu tidak mahu terima? Soal cinta dan sayang? Perasaan itu boleh hadir bila-bila masa. Dan bagi Faris, dia boleh cuba untuk sayangkan gadis itu satu hari nanti.
"Fikir masak-masak. That's it. Just take your time until you're ready to tell your parents what is your answer. Kalau betul kata hati kau untuk tak terima pertunangan ni, tak apa. Mama dan babah aku akan faham." kata Faris membuatkan Arriesya terus mengalihkan pandangan bertentang mata dengannya.
"Kalau aku terima... kau akan sayang aku?" soal Arriesya setelah lama dia berdiam.
"Mungkin. Aku akan cuba."
"Kau akan jaga aku?"
"InshaAllah dengan izin Allah aku akan jaga kau."
"Kau akan bimbing aku sekiranya aku masih ada kekurangan?"
"Jika kau ada kekurangan, pasti aku akan ada kelebihan untuk bantu kau. Dan jika kau ada kelebihan, pasti aku ada kekurangan yang akan kau bantu. Kita manusia, Haura Arriesya. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jika ditakdirkan satu pasangan itu berjodoh pasti mereka akan bantu sama lain untuk melengkapi kelebihan dan kekurangan yang mereka ada." balas Faris sangat tenang. Sungguh berbeza perwatakkan Tengku Faris Adrian di depan mata Haura Arriesya sekarang ini dan sewaktu di sekolah.
YOU ARE READING
SU | From Hate To Love
Romance[STAND ALONE STORY] 🌻 Tengku Faris Adrian X Haura Arriesya 🌻 Aturan dari keluarga. Perasaan dari benci menjadi sayang. Siapa sangka, satu hari dia bakal membuka hatinya yang terluka kembali menyayangi lelaki bernama Tengku Faris Adrian atau lebih...