BAB 5 🌼

6.2K 264 5
                                    

KERETA Honda kepunyaan Izzul itu dimatikan dengan segera. Hawra melangkah turun dan merenung ke arah mahligai indah miliknya dan Izzul. Selepas itu, dia yakin mahligai itu akan berpindah milik kepada Hanis.

Air matanya juga sudah kering kerana menangisi apa yang berlaku. Dia sedar bahawa saat ini, dirinya sudah berkongsi kasih Izzul dengan wanita lain.

Hawra berjalan naik ke bilik dengan langkah yang perlahan. Bilik yang dahulunya ceria dengan gelak tawa dia dan Izzul kini berubah kelam. Hawra cuba menahan rasa di hatinya yang kian memuncak. Dia sudah bertekad untuk menjauhkan diri daripada Izzul dan Hanis.

Beg roda yang diletakkan di tepi almari diambil lalu dibuka. Dia terus berjalan ke almari untuk memunggah pakaiannya dan diletakkan ke dalam beg. Semua barang kepunyaannya diletakkan di dalam beg tersebut.

Gambar kahwinnya ditatap lama. Hawra hanya tersenyum tipis sebelum menurunkan gambar itu supaya tidak lagi berdiri. Dia sudah memutuskan untuk keluar dari rumah itu. Apa jua halangan daripada Izzul, dia sudah tidak mahu ambil kisah.

Saat Hawra berjalan turun ke bawah, telefonnya berdering nyaring. Nama Izzul yang terpampang di skrin, dipandang lama. Panggilan itu juga hanya mati begitu sahaja. Hawra mengeluh perlahan sebelum menutup pintu rumah. Dan sekali lagi panggilan daripada Izzul berbunyi.

Hawra akhirnya menjawab juga kerana mungkin itulah perbualan mereka yang terakhir.

"Kau dah sampai Kuala Lumpur ke?" soal Izzul dengan nada yang agak kasar.

"Dah."

Izzul mula berasa lain. Dia dapat mengesan perubahan daripada suara Hawra itu.

"Duduk dalam rumah. Jangan keluar. Aku tak izinkan kau keluar dari rumah tu," tutur Izzul dengan serius.

"Awak kan dah kahwin dengan Hanis. Jadi rumah ni dah jadi milik Hanis bukan saya." Hawra cuba menahan rasa.

"Kau masih isteri aku Hawra Farhah. Dengar cakap suami kau. Aku balik malam ni. Tunggu aku dekat rumah."

Selepas itu, panggilan itu terus mati. Hawra melepaskan satu nafas berat. Dia berasa mahu menjerit saat itu. Badannya terus dilurutkan ke bawah dan dia terus memeluk lututnya. Saat itu juga air matanya tumpah bak air terjun.

🌼

"KENAPA Izz nak balik malam ni? Hanis mesti penat."

Puan Anida mula berasa marah dengan keputusan Izzul untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas Maghrib.

"Mak. Izzul masih ada seorang lagi isteri tau. Isteri Izz sorang-sorang dekat sana. Takkan Izz nak biarkan dia seorang diri," balas Izzul dan meneguk air kosong.

"Sebab tu mak minta kau ceraikan dia. Apa yang susah sangat ni Izz?"

Mujurlah saat itu Hanis sudah masuk ke bilik untuk berkemas. Mereka berdua juga baru sahaja selesai mengambil gambar di luar. Hanis juga tidak membantah keputusan Izzul untuk balik ke Kuala Lumpur pada malam itu. Dia fikirkan Izzul mahu berdua-duaan dengannya sahaja.

"Susah mak. Hati Izz masih sayang dekat Ara. Mak tak faham ke?" Suara Izzul mula meninggi.

Puan Anida juga tersentak. Pertama kali dia mendengar suara anaknya tinggi seperti itu.

"Sebab tu saya tak setuju yang Izz ni kahwin dua." Muncul Encik Zamir di dapur.

Puan Anida sudah menarik muka ketat. Dia dan suaminya tidak sehaluan sejak dahulu lagi. Keputusan yang diambil olehnya pasti akan dibangkang oleh Encik Zamir.

"Abang jangan menyibuk boleh tak. Budak perempuan tu tak mampu nak beri kita cucu. Malu lah saya bang," bebel Puan Anida.

"Anak tu kan rezeki daripada Allah. Kenapa kita perlu pertikaikan semua tu? Kamu sepatutnya takde hak nak tentukan jalan hidup si Izz ni. Biarlah dia settlekan sendiri dengan Ara," balas Encik Zamir.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now