BAB 17 🌼

6K 287 3
                                    

ARJUNA memerhati ke arah Faiq. Sejak dia bangun, dia dapat melihat wajah tegang milik lelaki itu. Arjuna terus menampar lengan Faiq sehingga membuatkan Faiq tersentak.

"Kenapa Juna tampar lengan daddy?" soalnya pelik.

"Muka daddy hodoh sekarang. Juna tak suka!" jawabnya dan mencebik.

"HAHAHAH. Hodoh macam mana? Daddy okay je..."

Tubuh Arjuna ditarik ke arahnya. Faiq lantas meletakkan Arjuna di atas ribanya.

"Sejak tadi Juna tengok muka daddy macam singa. Daddy marah Juna ke?"

"Juna ni psiko daddy ke? Kenapa daddy nak marah Juna pula?"

Faiq sudah menggelengkan kepala. Dia tahu cara Arjuna bagaimana. Jika dia, Hasya, Datin Farisya berwajah masam, pasti dia akan mengatakan bahawa dia puncanya. Habis mereka semua berasa serba salah.

"Jadi daddy marahkan siapa? Penat lah Juna nak fikir." Rajuknya mula hebat.

"Daddy fikir tentang kerja lah. Kan daddy dah nak masuk kerja balik nanti. Daddy tengah fikir siapa yang nak main dengan Juna nanti kalau daddy takde," ucap Faiq dan mencuit batang hidung Arjuna.

"Oh... Juna kan ada grandpa, grandma dengan mama. Juna tak alone. Juna together with them," jawab Arjuna dengan riang.

Faiq terus ketawa. Dia tahu jawapan itu akan muncul.

Di dalam fikirannya adalah tentang Hawra. Entah kenapa dia asyik teringat pada gadis itu. Hatinya berasa kasihan dengan situasi yang dihadapi oleh Hawra.

"Daddy..." tegur Arjuna apabila melihat Faiq kembali termenung selepas ketawa.

"Daddy minta maaf ya. Juna nak apa? Ice cream?" umpannya laju.

"Nak. Nak."

Arjuna terus melompat turun dari riba Faiq. Selepas itu, bayang si kecil itu sudah hilang ke dalam rumah. Faiq hanya ketawa melihat teletah Arjuna.

Sewaktu dia mahu ke dapur, matanya sempat memandang ke arah Hasya yang masuk ke dalam bilik Hawra. Dia harapkan gadis itu sudah bangun.

🌼

HAWRA mula berasa tidak selesa. Dia tidak tahu di mana dia berada saat itu. Keadaan bilik yang agak luas dan mewah itu membuatkan Hawra berasa tidak sedap hati.

Ingatan terakhirnya adalah dia dilanggar di tengah jalan. Dia fikirkan itulah detik hidupnya yang terakhir.

Sedang Hawra mencerna ingatannya yang lain, pintu bilik itu dibuka dari luar. Hawra terus terkejut saat melihat Hasya melangkah masuk.

Hasya juga melemparkan senyuman tipis ke arah Hawra. Hatinya lega kerana Hawra sudah terjaga.

"Dr. Hasya?" Sebutnya perlahan.

Hasya duduk di birai katil dengan senyuman di wajah. Dia yakin Hawra sedang keliru dengan situasi itu sekarang.

"Badan Hawra ada sakit dekat mana-mana?" Soal Hasya.

"Tak. Badan saya okay je. Tapi Dr. Macam mana saya boleh ada dekat sini? Ini hotel dekat mana?" Soalannya mula kedengaran cemas.

"Tenang Hawra. Awak ada dekat rumah mertua saya. Jangan risau, mama mertua saya yang minta awak duduk dekat sini," jelas Hasya selepas melihat wajah serius Hawra.

"Mak mertua Dr.? Tapi macam mana saya boleh ke sini? Seingat saya, saya dilanggar semalam."

"Maaf ya Hawra sebab yang langgar awak semalam tu Faiq."

Hasya sudah berasa serba salah.

"Faiq? Siapa tu?"

Hawra cuba mengingat kembali wajah jejaka itu. Tetapi tiada di kotak fikiran.

"Daddy Juna. Lelaki yang bantu awak waktu awak hampir jatuh pengsan dekat hospital hari itu," jelas Hasya.

Hawra mula teringat kembali. Barulah dia sedar nama lelaki itu adalah Faiq. Dia tidak sangka dirinya dilanggar oleh lelaki itu semalam. Rasa serba salah mula bersarang di hati.

"Maaf ya Dr. Disebabkan saya, Faiq terlanggar saya. Saya memang tak berniat nak lintas jalan waktu tu. Cuma akal saya bercelaru waktu tu," luah Hawra.

"Eh. Bukan salah Hawra. Faiq cakap dia memandu laju semalam. Kebetulan hujan lebat, jadi dia memang tak nampak Hawra waktu tu."

"Tak apa Dr. Ianya salah saya sebenarnya. Saya terlalu ikutkan perasaan sedih saya."

Kepalanya mula ditunduk ke bawah.

Hasya mula dapat mengesan sesuatu. Dia tahu Hawra sedang memendam sebuah rasa.

"Hawra ada masalah ke? Maaf kalau pertanyaan saya ni nampak menyibuk. Tapi sejak Hawra masuk hospital, saya perasan wajah Hawra sentiasa ada dalam masalah," ucap Hasya dengan rasa gugup.

"Kalau Hawra taknak beritahu saya. It's okay. Itu hak privasi Hawra. Saya minta maaf," laju Hasya membetulkan ayatnya.

Wajah Hawra yang berubah suram itu membuatkan dia berasa serba salah. Nampaknya masalah yang dihadapi oleh wanita itu agak besar.

"Saya sebenarnya dah diceraikan oleh suami saya semalam..." Luah Hawra tiba-tiba.

Suasana terus menjadi tegang dan hening. Hasya terkesima dengan mulut yang terbuka sedikit. Dia agak terkejut dengan kata-kata Hawra itu.

Hawra tersenyum tipis. Dia perlu meluah kepada seseorang. Dia tidak sanggup untuk memendam semua itu sendirian. Hatinya terasa sakit dengan bengkak yang sudah lama.

"Mak mertua saya tuduh saya ada lelaki lain. Jadi suami saya percaya dengan semua tu dan ceraikan saya. Semuanya sebab saya tak balik ke rumah selama tiga hari di hospital. Saya dihalau sehelai sepinggang dari rumah yang dulunya tempat ternyaman buat saya. Rumah yang dulunya indah dah diambil oleh perempuan lain," luah Hawra dan mengalirkan air matanya.

Tangannya dipegang lembut oleh Hasya. Hasya juga terkesan dengan apa yang terjadi kepada Hawra.

"Hawra tak jelaskan tentang sakit Hawra?" Soalnya lembut.

"Takde guna Dr. Mak mertua saya lebih laju dalam menuduh saya sampaikan saya takde peluang untuk bersuara. Kalau saya bersuara, suami saya akan fikir saya nak salahkan mak mertua saya. Itu kan syurga dia. Saya kalah dari awal Dr." Sambungnya dan cuba tersenyum.

"Ya Allah. Saya kehilangan kata-kata sekarang Hawra. Ianya tak adil buat awak," ucap Hasya dengan nada getar.

"Tak apa Dr. Suami saya dah ada isteri lain. Dia dah ada yang menjaga. Saya ni sakit. Tak layak untuk jaga dia lepas ni."

Air mata Hasya lantas menitis. Hatinya benar-benar sakit apabila mengetahui bahawa bekas suami Hawra berkahwin lain. Barulah dia tahu kenapa lelaki itu mudah meluncurkan kata cerai.

"Hawra. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya tahu awak kuat. Terlalu kuat. Awak masih mampu tersenyum saat ini."

Tubuh Hawra dipeluk lembut oleh Hasya. Hawra hanya tersenyum tipis. Terasa bebannya terbang hilang.

"Saya akan bantu awak untuk sihat semula Hawra. Awak layak untuk bahagia. Saya yakin awak akan kembali bahagia. Biarlah Allah sahaja yang membalas segala perbuatan keji mereka."

Hasya mengusap lembut tangan Hawra. Wajahnya juga sudah basah dengan air mata.

"Terima kasih Dr. Saya nak sihat semula. Saya nak bahagia semula. Saya tak nak dihina macam ni lagi," luah Hawra dan memejam matanya untuk beberapa detik.

"Saya ada dengan awak. Saya akan sembuhkan awak Hawra. Awak jangan bimbang. Anggap sahaja kita ni keluarga," pujuk Hasya.

"Terima kasih Dr. Terima kasih..." Lirihnya halus.

Buat kali kedua, Hasya memeluk tubuh Hawra. Dia tidak menyangka sebesar itu ujian buat Hawra. Diuji dengan perkahwinan dan juga kesihatan.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now