SUASANA di lapangan terbang menjadi hiba. Tangisan Manis dan Hasya masih kedengaran sejak tadi. Datin Farisya juga sudah mengalirkan air mata. Dia juga berasa sedih dengan perpisahan yang akan berlaku sebentar sahaja lagi. Dato' Mazlan yang turut datang untuk menghantar Hawra juga berasa sayu di dalam dirinya.
Faiq yang sedang mendukung Arjuna hanya berdiri jauh sahaja. Dia hanya melihat mereka semua mengalirkan air mata. Mahu mendekat, dia berasa tidak layak.
"Jaga diri Hawra baik-baik ya. Aunty doakan Hawra kembali sembuh," tutur Datin Farisya dengan esakan.
"Terima kasih Aunty sebab doakan untuk saya. Terima kasih sebab sudi jaga Hawra selama ni." Air mata Hawra sudah mengalir lebat.
Osman dan Aina hanya tersenyum tipis. Mereka berdua juga serba salah dengan semua itu. Tetapi dengan cara itu sahaja, mereka dapat menunaikan tanggungjawab dalam menjaga Hawra.
"Hawra ingat kan pesan Aunty?"
"InsyaAllah Aunty. Hawra akan ingat pesanan Aunty dan jaga hati Hawra sehingga sembuh semula," jawab Hawra dengan lembut.
Datin Farisya mengangguk perlahan sebelum memeluk tubuh kurus itu. Sayangnya pada gadis itu bagaikan anak sendiri. Selepas bersalaman dengan semua, Hawra membuka langkah untuk masuk ke dalam.
Arjuna juga melambai-lambai ke arah Hawra. Hawra juga membalas dengan senyuman manis di bibir. Dia berharap dapat berjumpa dengan budak kecil dan keluarga baik itu lagi. Dia akan rindukan mereka semua.
Matanya juga sempat bertentang dengan mata bewarna cinnamon itu. Bentuk mata tajam itu seolah memanah hatinya. Hawra terus memandang ke depan kerana berasa debar. Dia tidak mahu memasukkan rasa cinta lagi di dalam hatinya. Tetapi dia sedar bahawa dia dan Faiq tidak akan dapat bersama. Dia masih waras dengan semua itu.
🌼
FAIQ duduk termenung dengan nafas yang masih deras. Dia baru sahaja melakukan senaman ringkas dengan menumbuk punching bag. Peluh di dahi dikesat ke tepi.
"Kau kenapa ni Faiq? Ada masalah ke?" Soal Ali dan duduk di sebelah Faiq.
Ssjak dia masuk, dia perasan dengan kelainan pada diri Faiq. Faiq jarang bersenam seperti itu. Sebentar tadi juga, Faiq terlihat seolah sedang melepaskan marah.
"Aku marah dengan diri aku sendiri," luah Faiq tiba-tiba.
"Kenapa? Ada sesuatu yang kau pendam sekarang ke?"
"Ya. Aku rasa aku dah lepaskan satu peluang yang Allah hadirkan untuk aku." Faiq mengeluh perlahan.
"Setiap yang berlaku, Allah dah tentukan. Kenapa kau fikir yang kau dah terlepas sebuah peluang? Apa punca sebenarnya ni?" tanya Ali.
"Aku ada perasaan dekat seseorang ni. Tapi aku tahu cinta aku ni bakal ditolak oleh dia," luah Faiq dan berbaring di atas tikar getah itu.
"Kau serius ke ni Faiq? Hati batu macam kau ni akhirnya jatuh cinta? Aku amazed dengan kau sekarang ni. Speechless." Ali mempamerkan wajah terkejutnya.
Sejak dia berkawan dengan Faiq, dia tidak pernah melihat Faiq dengan perempuan. Mahu mendengar nama perempuan disebut juga hanyalah nama Datin Farisya dan juga Hasya sahaja. Nama perempuan lain tidak pernah disuarakan oleh Faiq padanya.
"Kau tak payahlah terkejut sangat. Aku tengah frust ni." Faiq keluh perlahan.
"Takde lah. Kau kan memang tak minat perempuan. Aku nyaris fikir kau ni gay. Nasib baik aku ni dah kahwin. Selamat."
Kepala Ali terus diluku oleh Faiq. Geram pula dia mendengar tuduhan Ali padanya.
"Sorry lah. Marah pula dia. Okay sekarang siapa perempuan tu? Kenapa kau frust? Kenapa kau tak beritahu luahan cinta kau tu?" soal Ali dan menjadi serius.
"Dia ada kanser. Dan kanser dia sekarang dah di tahap 4," ujar Faiq dan dapat merasakan sakit yang dirasa oleh Hawra.
Ali terus mengucap kerana terkejut. Dia terus berasa sedih saat melihat wajah Faiq yang berubah muram.
"Jadi kau tak berani nak luahkan sebab kau takut dia pergi dulu?" duga Ali.
"Tak. Aku takut kalau dia terbeban dengan isi hati aku. Aku risau dia akan rasa serba salah dengan apa yang aku cakap dekat dia."
"Tapi sekarang kau yang terbeban dengan rasa tu kan?"
Kata-kata Ali membuatkan Faiq tersenyum sesaat. Benar apa yang dikata oleh Ali. Sejak Hawra berlepas ke UK pada bulan lepas, fikirannya menjadi tidak menentu.
Dia hanya membayangkan tentang diri Hawra sahaja. Disebabkan itu dia sering melalukan solat Hajat, Taubat dan Tahajud bagi mengembalikan dirinya yang dulu. Dia terlalu terbawa-bawa dengan rasa yang berdosa itu.
"Aku tahu kau sayangkan dia lebih daripada seorang kawan. Apa yang aku boleh pesan, doa yang terbaik untuk dia. Andai dia jodoh kau, mesti Allah akan satukan. Tentang sakit dia sekarang, mungkin akan ada keajaibannya. Mungkin atas sebab doa kau juga. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di depan nanti. Tapi kita ada doa. Kita ada kepercayaan pada ketentuanNya. Kau kena ikhlas lepaskan dia buat sementara waktu sehinggalah Allah pertemukan kalian semula. Kalau kau tak lepaskan dia sekarang, kau hanya akan rasa sakit dalam hati kau Faiq," pesan Ali.
Kali ini dia serius. Perihal hati tidak boleh dibuat main. Setiap insan mempunyai masalah tentang perasaan mereka sendiri yang akhirnya memusnahkan diri sendiri. Andai dipendam buat selamanya, ianya hanya meruntuhkan diri sendiri dalam menggapai bahagia sendiri.
"Aku tak terfikir tentang semua tu. Aku hanya fikir tentang perasaan aku je. Terima kasih Ali sebab sedarkan aku. Aku lupa yang di atas sentiasa melakar takdir yang indah," balas Faiq dan tersenyum.
"Apa jua yang berlaku. Aku akan doakan yang terbaik buat kau. Qada' dan Qadar Allah itu sentiasa indah walau memerlukan air mata untuk menerimanya." Bahu Faiq ditepuk lembut.
Faiq mengangguk perlahan. Dia akan cuba memperbaiki dirinya sehingga dia bertemu dengan seorang insan yang boleh digelar sebagai jodohnya suatu hari nanti. Dia akan cuba mengikhlaskan apa jua yang berlaku ketika ini.
YOU ARE READING
PELENGKAP HATI DIA [ C ]
RomanceSebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selamanya musnah kerana kemunculan orang ketiga dan sikap mertuanya sendiri. Ditambah pula dengan kekurangan diri yang tidak dapat disembuhkan. Ha...