BAB 36 🌼

7.1K 287 7
                                    

SUASANA canggung mula merebak di dalam bilik tidur itu. Mereka berdua baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak secara berjemaah buat kali pertama sebagai suami isteri.

Faiq memegang kemas kedua-dua tangannya kerana berasa berdebar. Hawra yang masih bertelekung tidak berani untuk dipandang. Jantungnya sudah berdetak kencang saat itu.

"Kenapa tak nak pandang wajah saya, Faiq?" Soal Hawra.

Dia pelik dengan sikap lelaki itu. Sebentar tadi di bawah, kemain petah Faiq membuka mulut. Sekarang menjadi diam pula.

"Saya segan..." Sebut Faiq dan cuba mengawal bibirnya daripada tersenyum.

Hawra terus ketawa selepas mendengar jawapan Faiq. Wajah tegang itu adalah seorang yang pemalu? Dia seolah tidak percaya.

"Jangan lah ketawa Hawra," ucap Faiq dan menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya.

"Hahaha. Awak ni comel sangat lah Faiq. Cuba pandang mata saya. Sekejap je," tutur Hawra dan menyentuh lembut tangan Faiq.

Faiq menurunkan tangannya perlahan-lahan dan memandang ke arah Hawra. Pipinya masih terasa bahang kerana malu dengan jarak mereka yang agak dekat.

"Mata awak cantik sangat," puji Hawra dan seolah khayal dengan anak mata Faiq yang bewarna cinnamon itu.

"Mata Hawra pun cantik. Sebab tu saya jatuh hati," balas Faiq dan tersenyum.

Hawra terus mengalihkan pandangannya ke bawah. Dia berasa berdebar saat melihat wajah Faiq yang tampak tenang dengan sebuah senyuman.

"Boleh saya tanya sesuatu?" Soal Faiq dengan nada teragak.

"Awak nak tanya tentang sakit saya ke Faiq?"

Anggukan Faiq membuatkan Hawra tersenyum tipis. Tangan Faiq dipegang lembut.

"Saya dah sembuh. Saya dah bebas daripada kanser sejak setahun yang lalu. Walaupun saya diambang maut, tapi Allah beri saya peluang untuk mencari bahagia. Tapi ada satu perkara yang saya nak awak berjanji dengan saya. Boleh ke?" soal Hawra dengan penuh berhati-hati.

"Alhamdulillah. Boleh. Apa tu?" Faiq memandang ke arah Hawra dengan pandangan sayang.

"Kalau awak dah tak cintakan saya atau awak tak sayangkan saya dah, beritahu saya ya. Saya akan undur diri dengan cepat."

Faiq tergamam. Di dalam fikirannya, hal itu tidak pernah terdetik. Tetapi dia tahu pasti trauma Hawra pada perkahwinannya yang lepas masih ada.

"Pertama kali kita jumpa dekat hospital, Allah dah jentikkan sebuah rasa yang saya sendiri tak faham dalam diri saya. Saya cuba menidakkan perasaan saya sebab saya sedar awak masih isteri orang ketika itu. Tapi lama-kelamaan, perasaan tu makin bertambah. Saya mohon petunjuk daripada Allah supaya jauhkan kita berdua. Dan doa saya makbul saat awak terpaksa pergi ke UK. Selama dua tahun saya rasa sesal sebab tak luahkan pada awak isi hati saya yang sebenar. Saya hanya beritahu pada mama sahaja. Dan takdir Allah itu sentiasa indah. Allah hadiahkan pada saya amanah terbesar ini untuk saya jaga."

Faiq mengelus lembut tangan Hawra dengan senyuman tipis. Hawra terus berasa terharu dengan pengharapan Faiq dalam menunggunya.

"Saya ada trauma saya untuk sayang orang baru. Sebelum terima pinangan mama, saya buat solat Istikarah setiap hari. Dan Allah tetap munculkan awak dalam mimpi saya. Dan saya percaya pada takdir yang disusun oleh Allah itu. Pasti semuanya ada sebab," balas Hawra dengan mata yang sudah berair.

Faiq terus menarik tubuh Hawra ke dalam pelukannya. Dia begitu sayang dengan wanita itu.

"Awak adalah amanah buat saya, Hawra. Saya akan usaha untuk buat awak jatuh cinta dengan saya. Selamanya..."

"Dan awak hampir berjaya, Faiq." Hawra mengemaskan pelukan mereka berdua.

Dia hanya mampu berdoa supaya Allah merahmati perkahwinannya yang kedua ini. Hatinya sudah mula terpaut dengan lelaki itu.

"Tapi Faiq. Saya ada kekurangan yang besar. Maaf kalau buat awak kecewa." Pelukan dileraikan dan Hawra tatap mata Faiq.

"Apa dia kekurangan awak, Hawra?" soal Faiq dengan lembut.

"Saya mandul."

Kata-kata Hawra diakhiri dengan air mata yang menitis jatuh ke pipinya. Faiq mengusap lembut air mata yang mula mengalir lebat itu. Rasa hancur dirinya bukan kerana kekurangan Hawra tetapi kerana air mata yang menitis lebat itu.

"Rezeki Allah itu luas, sayang. Sangat luas. Bila kita rasa diri kita ada kekurangannya, pasti kita akan diberi kelebihan pada sesuatu yang lain. Soal anak itu semuanya rahsia Allah. Jangan fikir Allah itu kejam. Ada hikmah kenapa diri sayang macam ni. Saya tak kisah dengan semua tu. Ada anak, alhamdulillah. Takde anak pun alhamdulillah. Asalkan amanah yang Allah beri pada saya ni ada dengan saya buat selamanya. Perkahwinan ini hanya memerlukan kita berdua untuk bercinta dan anak sebagai pelengkap cinta kita. Tapi kita boleh sebahagia yang kita tak pernah jangka andai ikhlas itu hadir dalam diri," tutur Faiq sambil mengusap air mata di pipi Hawra.

"Saya minta maaf Faiq sebab tak dapat lahirkan zuriat buat awak..." rintih Hawra.

"Awak ada dengan saya pun dah cukup. Nikmat kesembuhan yang Allah beri pada awak dah cukup membuatkan saya rasa bahagia. Terima kasih Hawra kerana kembali berjuang dalam menyembuhkan diri awak sendiri. Saya berjanji akan sentiasa gapai tangan awak andai awak berada dalam fasa terendah dalam hidup. I will always be with you sayang. I love you so much bidadari saya."

Faiq mengucup lembut dahi Hawra. Hawra berasa cukup terharu dengan segala pujukan daripada Faiq. Andai itu jodohnya buat ke syurga, dialah wanita yang paling bahagia.

🌼

PADA Subuh itu, Faiq merenung ke wajah bersih Hawra yang masih lena. Dia tidak menyangka bahawa dia sudah bernikah dengan wanita yang dicintainya sejak dua tahun yang lain. Hebatnya percaturan Allah sangat dia syukuri.

"Hawra...bangun. Dah Subuh ni," kejut Faiq dengan lembut.

Hawra terus merengek kecil kerana berasa tidak senang selepas berasa pipinya disentuh seseorang. Dia terus membuka mata dan memandang ke arah Faiq yang sedang merenung ke arahnya sambil mengelus pipinya. Sepantas kilat Hawra bangun dan menjadi statik.

"Hawra?" Faiq sudah terkejut melihat reaksi Hawra.

"Dah Subuh kan? Saya mandi dulu ya..." Selepas itu Hawra terus berlari masuk ke dalam bilik air.

Faiq hanya terkebil-kebil di atas katil sebelum dia melepaskan tawa. Dia yakin pasti Hawra berasa malu selepas melihat dirinya yang tidak berbaju. Dia memang tidak suka memakai baju ketika tidur. Malam semalam juga, selepas Hawra lena barulah dia menanggalkan baju itu.

Rasa segannya sudah hilang selepas dia percaya bahawa Hawra selesa dengannya. Luahan isi hati Hawra semalam membuatkan dia berasa tenang.

Di dalam bilik air, Hawra memegang pipinya yang sudah memerah. Dia benar-benar berasa malu selepas melihat badan kekar itu. Dengan pantas Hawra menampar pipinya supaya kembali sedar. Selepas itu barulah dia mencuci muka dan membersihkan diri.

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now