BAB 43 🌼

6.7K 277 2
                                    

DUA minggu berlalu dan Hawra mula dapat menyesuaikan diri dengan kerjanya itu. Hatinya berasa lega kerana semuanya membantunya dalam urusan yang dia kurang jelas. Hanya seorang insan sahaja yang tidak bersuara apabila bertembung dengannya. Dan Hawra berasa cukup lega.

"Hawra," panggil Syura dari arah belakang.

Hawra lantas menoleh dan menanti ayat Syura.

"Malam ni Hawra datang tak dinner?" soal Syura.

Pada malam itu, syarikat itu akan melaksanakan sebuah dinner bagi ulang tahun penubuhan syarikat itu selama 14 tahun.

"InsyaAllah Kak. Papa nak saya datang," bisik Hawra perlahan.

Rata-rata pekerja lain tidak mengetahui bahawa dia adalah menantu Dato' Mazlan. Dato' Mazlan juga tidak memberikan layanan istimewa buat Hawra di pejabat. Tetapi di rumah, dia sering berbual bersama Dato' Mazlan. Tambah pula Faiq sudah kembali ke Johor kerana mempunyai kerja.

Jadi di rumah hanya ada Juna, Datin Farisya dan Dato' Mazlan sahaja. Faiz dan Hasya agak sibuk di hospital.

"Yes. Akak ada kawan malam ni. Hawra datang dengan Dato' ke?"

"Tak Kak Syura. Hawra datang sendiri je."

Itulah hajatnya. Dia tidak mahu para pekerja ternampak tentang dirinya yang datang bersama dengan Dato' Mazlan.

"Kalau macam tu, datang dengan akak nak? Akak ambil Hawra dekat rumah. Macam mana?" cadang Syura. Suaminya juga tidak dapat menemaninya malam ini.

"Tak susahkan akak ke? Rumah Dato' jauh sikit dengan hotel tu," ucap Hawra dengan rasa serba-salah.

"Don't worry lah Hawra. Akak dah biasa pick up Dato' dengan Datin kalau ada event dekat hotel tu. Boleh ya Hawra."

"Okay lah kalau macam tu. Saya tunggu akak nanti ya," balas Hawra.

Tidak sampai hati pula dia mahu menolak ajakan Syura. Alang-alang sendiri sahaja, baik dia memilih Syura sebagai temannya.

🌼

SUASANA di dalam dewan hotel itu cukup meriah. Lampu yang terpasang cukup menghangatkan suasana yang ada. Malah para pekerja juga sudah berpusu-pusu masuk ke dalam dewan. Pelbagai department telah hadir atas jemputan itu. Semuanya segak dan anggun memakai pakaian mengikut tema yang ditetapkan.

Hawra berjalan masuk ke dalam bersama Syura di sisi. Saat dia berjalan, dia dapat merasakan ada mata yang memandang. Pakaiannya juga tidaklah menarik mana. Dia hanya mengenakan blouse bewarna dark blue dan tudung berona hitam. Itu pun pemberian daripada Datin Farisya.

"Semuanya tercengang tengok Hawra sekarang," ucap Syura dan tersenyum lebar.

"Kenapa akak? Saya takut lah."

"Hawra cantik sangat malam ni. Sebab tu dia orang pandang. Masing-masing mesti tertanya-tanya Hawra bekerja dekat tingkat berapa. Dia orang tak tahu ke ni menantu Dato' Mazlan," ucap Syura dengan nada bangga.

Hawra hanya tergelak kecil mendengar ayat Syura. Dia boleh bayangkan jika Faiq berada dengannya pada malam itu. Pasti lelaki itu akan menjeling tajam ke arah mereka yang sedang merenungnya.

Syura mengajak Hawra untuk duduk di sebuah meja yang sudah dikhususkan buat mereka. Hawra sudah teruja melihat juadah yang sudah tersedia. Perutnya juga masih kosong kerana tidak menjamah makan petang.

Dari jauh dia dapat melihat Dato' Mazlan dan Datin Farisya di meja VVIP. Arjuna juga ada bersama dengan Hasya dan Faiz. Mereka berdua tiada syif pada malam itu. Jadi mereka turut menghadiri majlis pada malam itu.

Walaupun Hasya dan Datin Farisya memintanya untuk duduk semeja dengan mereka, Hawra tetap menolak dengan baik. Cukuplah dia duduk bersama dengan Syura. Dia tidak mahu ada mulut jahat yang berkata-kata kelak.

Buat seketika Hawra dan Syura berbual, tiba-tiba muncul sepasang suami isteri di meja mereka. Majlis pada malam itu memang membenarkan para pekerja membawa ahli keluarga mereka.

Jantung Hawra bagaikan mahu pecah saat itu. Mata yang sedang bertentang dengannya juga mempamerkan reaksi yang sama.

Izzul juga mengeluh perlahan kerana tidak sedar dengan Hawra yang duduk di meja itu. Hanis di sebelahnya sudah berubah riak muka ke wajah yang cukup masam.

"Kenapa tak duduk Izzul? Dato' dah nak bercakap tu," tegur Syura apabila melihat Izzul dan Hanis yang masih berdiri.

Izzul hanya mengangguk dan meminta Hanis untuk duduk di sebelahnya. Hawra juga hanya berpura-pura untuk tenang saat itu walaupun dia dapat merasakan jelingan tajam daripada Hanis.

Makan malam berjalan dengan baik selepas ucapan daripada Dato' Mazlan selesai. Para tetamu yang lain rancak berbual antara satu sama lain. Saat inilah peluang untuk mereka mengenali rakan sekerja daripada bahagian lain.

"Saya tak sangka pula dekat pejabat abang ada perempuan secantik ni," ucap Hanis tiba-tiba.

Mereka yang duduk semeja dengan mereka mula mengerutkan dahi. Mujurlah Jamil tidak dapat hadir pada malam itu. Jika tidak, sudah pasti jantan itu akan menyimbah minyak ke atas api lagi.

"Hanis..." tahan Izzul. Dia tidak suka Hanis membuka mulut tentang hal lama.

"Kenapa? Saya cuma nak puji salah seorang pekerja abang. Abang takde pun cerita dekat saya yang ada pekerja baru dalam bahagian abang," tambahnya lagi.

Syura mula berasa pelik. Dia juga perasan dengan perubahan di wajah Hawra saat itu. Siapa je pekerja baru selain Hawra di meja itu? Hanya Hawra yang baru masuk bekerja untuk beberapa minggu ini. Yang lain sudah bertapa selama beberapa tahun.

"Ya saya Cik. Saya memang pekerja baru. Dan thanks sebab puji saya cantik. Saya tak sangka pula kecantikkan saya ni ganggu mata Cik," ucap Hawra tiba-tiba.

Suasana di meja itu mula menjadi hangat. Pekerja yang berada semeja juga tersenyum mendengar ayat Hawra.

Hanis mula mengetap bibirnya tanda geram dan marah. Dia tidak sangka Hawra akan membidasnya seperti itu.

"Jangan nak berlagak sangat dengan kecantikkan awak tu. Entah-entah ada kekurangan besar dalam diri tu yang orang lain tak tahu," perli Hanis.

Izzul terus berdehem kepada Hanis. Alur matanya meminta supaya Hanis berhenti tetapi isterinya itu hanya membuat muka sombong.

"Jadi saya kena buka aib saya sendiri ke untuk bagi awak puas? Saya kenal dengan awak sebenarnya cik. Cik ni yang rampas suami orang tu dulu kan? Yang minta dengan bekas isteri Izzul supaya lepaskan Izzul. I'am right?" balas Hawra dan tersenyum lebar.

Syura tergelak kecil dengar cara Hawra membalas. Nampak tenang tetapi dia tahu Hawra sedang bersabar.

Wajah Hanis terus berubah ketat. Dengan segera dia berdiri dan berlalu keluar dari dewan itu. Izzul pula dengan cepat mengejar Hanis keluar. Tambah pula masalahnya dengan situasi itu.

Pekerja-pekerja yang lain juga sudah mula bercerita dan berbisik antara satu sama lain.

"Wow Hawra. Akak tak tahu pula yang Hawra tahu Izzul tu kahwin dua dulu," ucap Puan Mastura.

"Dia kenalan lama saya. Lama sangat," tutur Hawra dengan makna yang cukup dalam.

Hatinya masih terbakar dengan cara Hanis sebentar tadi. Pada mulanya dia mahu berdiam diri, tetapi selepas Hanis memetik perihal kekurangannya, dia tidak dapat menahannya lagi. Dia tidak mahu dipijak seperti dahulu. 

PELENGKAP HATI DIA [ C ]Where stories live. Discover now