BAB 9

10 1 0
                                    

PERANCANGAN Abang Reez untuk pulang ke Florida terpaksa dibatalkan disebabkan kes mahkamah oleh Zahir itu.

Abang Reez putuskan untuk menjadi peguam bela mewakili dirinya sendiri di mahkamah. Alang-alang dia lebih tahu bukti tu, kan.

Seumur hidup, aku belum pernah lihat Abang Reez bersidang di mahkamah. Aku hanya tahu yang dia peguam jenayah sahaja. Tidak pernah pun lihat dia beraksi.

Selama ini aku memang tidak berminat dengan kerjayanya itu. Jadi aku sentiasa malas untuk ambil tahu hal kerja dia. Aku sibuk buat hal sendiri sahaja.

Perbicaraan berlangsung berkali-kali, dan aku disibukkan dengan kuliah.

Tapi kata mama dan papa, pihak pendakwaan berjaya sediakan sebegitu banyaknya bukti kukuh. Saksi-saksi juga dengan sepakat membantu Zahir. Kawan-kawan lelakiku sejak kecil berjaya dikumpulkan untuk lagi mengukuhkan bukti tentang sifat overprotective seorang Reez Haikal terhadap adik perempuannya Cinta Qaisara. Abang Reez dilihat mempunyai motif yang cukup jelas untuk mengaitkannya dengan kes ini.

Abang Reez didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Akta 574) cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara maksimum dua puluh tahun.

Hari ini hari terakhir perbicaraan. Aku susah hati fikir masa depan, jadi pagi itu aku paksa diri ponteng kelas. Hadir ke perbicaraan.

Sewaktu aku membuka pintu belakang dewan bicara, persidangan sedang berlangsung. Abang Reez sedang menyoal Zahir yang di meja pendakwaan.

Senyap-senyap dan berhati-hati aku masuk dewan. Duduk bersama-sama hadirin lain di kerusi wartawan. Di sebelah mama dan papa.

Aku perasan satu tabiat Abang Reez yang tidak pernah kulihat selama ini. Dia gemar menyelit sebatang pensel di celah dua jarinya. Dia mengetuk-ngetuk perlahan batang pensel itu ke meja.

"Adakah kamu tahu siapakah yang kamu tiduri pada waktu itu sehingga gadis itu hamilkan zuriat kamu?"

Zahir, dia sudah lumpuh separuh badan dan hanya mampu duduk di atas kerusi roda. Tapi yang kesalnya, dia masih utuh memeluk keangkuhan.

"Dia adik defendan, mestilah saya tahu." Nada Zahir bongkak. Siap senyum bangga dengan kejayaannya menghamilkan anak orang.

Abang Reez menentang sepasang mata Zahir. Abang Reez serius.

"Di atas kejayaan kamu menghamilkan adik perempuan defendan, itu bermaksud yang kamu mengumumkan di hadapan semua lelaki yang pernah sukakan adik defendan, bahawa kamu adalah pemenangnya di dalam pertarungan mendapatkan beliau. Setuju?"

"Saya setuju." Dengan mudah Zahir menyambut pujian Abang Reez terhadapnya.

Abang Reez tidak mempamer sebarang emosi yang sedang dirasakannya. Yang aku tahu, keadaan semakin memihak Zahir dan pasukan pendakwaan.

"Kamu mengatakan yang defendan risau yang berlebihan terhadap adik perempuannya, dengan tanggapan bahawa adik perempuannya belum tahu menjaga diri. Jadi atas tujuan itu, defendan memberi amaran kepada lelaki-lelaki supaya menjauhi adik perempuannya. Kamu setuju?"

"Saya setuju."

"Jadi di atas alasan itu, kamu mendakwa defendan nekad mahu membunuh kamu."

"Tiada yang lebih benar melainkan yang benar sahaja," jawab Zahir.

"Jika pihak defendan membuat cubaan membunuh kamu disebabkan kamu telah menghamilkan adik perempuannya dan tidak mahu bertanggungjawab, itu bermakna kamu tahu konflik yang berlaku di antara defendan dan adik perempuannya. Kamu setuju?"

Sekali lagi Zahir angguk angkuh.

"Dia sukarela ditiduri, selepas berlaku pergaduhan besar di antara dia dengan defendan."

STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]Where stories live. Discover now