"Mira."
"Bagi Hero satu peluang boleh?"
"Kenapa awak tak nak langsung bercakap dengan dia? Awak tak kesian ke dekat dia?" Aku mengeluh kasar. Kaki diangkat untuk beransur pergi jauh daripada Aqil.
Aqil terpana. Matanya dikebil-kebilkan sebelum dia tergelak tidak percaya. Tangan ditepuk sekali. Cepat-cepat dia berpusing ke belakang. Berlari di laman hijau yang luas itu untuk dapatkan Mira semula. "Excuse me, ma'am,"
"Tinggalkan saya macam nangka busuk, tak laku macam itu je tadi is totally rude," terang Aqil. Dia berjalan seiringan dengan Mira. Belum sempat Mira nak sumbatkan earphone ke dalam telinganya, tangan Aqil sudah diangkat terdahulu menghalang Mira berbuat sedemikian. Earphone itu dirampas Aqil.
"Yeah, no."
"Gurlllll?! Attitude."
"Lack of manners." Bertubi-tubi dia campak komen. Senyuman manis masih diukir dengan terpaksanya oleh Aqil. Gadis di hadapannya itu dinilai atas bawah. Mira hentikan langkah. Rampas semula earphone dia daripada genggaman Aqil. "Apa?" Aqil dipandangnya malas. Aqil tersenyum kemenangan apabila dia berjaya membuat Mira fokus pada dirinya.
"Awak ingat lagi tak yang Iman pernah betulkan jamban apartment awak?"
Angguk.
Aqil masih tersenyum.
Tapi kali ini... senyumannya ada makna.
"Dan... awak ingat lagi tak yang saya lah orang yang tukarkan nama awak untuk condominium awak duduk sekarang ini?" Pelipis diurut Mira. Buku-buku yang dibimbit tadi dipeluk erat ke dada. "Aqil... awak nak buat saya rasa sebal ke dengan ungkitan awak ini semua?"
"Saya tahulah saya ini tak kaya macam awak. Tak tahu malu, terima tawaran awak itu dengan muka tembok semua. Berani goyang kaki dalam rumah yang bukannya datang dari hasil titik peluh sendiri."
"Tapi percayalah, saya tak akan jadi kacang yang lupakan kulitnya. Kalau awak nak saya keluar daripada condo itu, saya terima dengan hati yang terbuka."
"Bila-bila masa sahaja saya boleh keluar." Aqil membulatkan matanya. Jari telunjuknya digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan laju depan mata Mira. Hampir juling sahaja Mira dibuatnya mengikut pergerakan jari lelaki itu. Aqil menggeleng. Matanya dikecilkan sebelum dia genggam kedua-dua belah tangannya bersama ke paras dada.
"Gurlie pop... that's not what I meant—" Aqil diam seketika. Ruas dahi dia berkerut. Dagu diusap-usapnya. "Itulah maksud aku..." Mula lah si Aqil ini borak sama dia je.
"Eh, tapi bukanlah semua dia cakap tadi maksud aku."
Aqil kembali menatap Mira yang kebingungan.
"Gurl, what I meant is... sometimes, in life. you owe people and sometimes, kita tak sedar pun yang kita terhutang budi dengan orang itu."
"Tapi apa-apa pun, Mira." Belum sempat Mira mahu membuka mulutnya, pantas Aqil memotong. Dia tahu sangat apa yang mahu dilontarkan gadis itu.
Jujur dia kata memang sudah niat dia untuk bantu Mira. Jadi, dia tak mengharapkan pun budi baiknya dibalas.
Aqil anggap diri dia ini tak lah baik mana pun.
Dia tak suka mengharap.
Biarlah apa yang dah jadi dilepaskan.
Kalau seseorang itu memang betul sudi untuk membalas, barulah dia akan terima.
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Любовные романы3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...