CHAPTER 27

24 0 0
                                    

Setelah mereka berdua tiba di restoran yang berada di dalam mall tersebut. Mereka berdua terus mengambli pesanan sebaik saja pelayan restoran itu datang ke arah mereka, dan berdiri ditepi Bunga sambli tangannya ligat menulis segala pesanan dari Eider dan Bunga.

"Okey itu saja thanks." Ucap Eider dingin. Sebelum pelayan tersebut berlalu pergi daripada situ.

"Eider, boleh tak senyum sikit.. jangan dingin sangat, takut dia tadi tau." Ujar Bunga. Yang duduk berhadapan dengan Eider.

"Macam mana nak buat tu..awak tunjuk kat saya." Balas Eider selamba badak dia.

Tercengang Bunga dibuatnya.

"Buat muka macam saya ni, senyum." Kata Bunga lalu tersenyum lebar, untuk tunjukkan kepada Eider.

Eider berdehem. Lalu dia tersenyum tapi sekilas saja.

Bunga menepuk dahinya sendiri. Aduh.

"Awak, kalau awak senyum macam tu lebih baik takyah senyum.. buat sakit hati orang aje." Bunga menutur sambil dagu direhatkan diatas kedua tapak tangannya.

"Saya tak pandai la nak senyum-
senyum ni, tapi kalau dengan awak..saya boleh senyum." Lalu Eider mengukir senyuman lebar di bibirnya.

"Ada-ada je awak ni Eider.." Terlepas tawa kecli keluar dari bibir Bunga.

"Mana ada saya ada-ada kan.. memang saya akan tersenyum bila dengan awak seorang saja."

"Awak ni terlebih makan gula ke apa sampai mulut tu jadi manis betul." Jari telujunk nya dituding ke arah bibir Eider yang kemerahan itu. Tanda lelaki itu tidak merokok.

"Macam mana awak tahu bibir saya manis, Bunga pernah rasa ke? Bunga pernah cium saya ke?" Usik Eider dengan kening dinaikkan ke atas untuk berapa kali.

Terus terbeliak mata Bunga dengan bicara Eider sebentar tadi.

"Astaghfirullahalazim.. awak ni okey ke tak ni." Ujar Bunga dengan terkejut. Lalu dia melihat sekeliling restoran itu dan nasib baik tak ramai orang sangat di tempat mereka duduk.

Kerana mereka memilih tempat yang agak tersorok sikit.

"Lek-lek saya gurau aje." Balas Eider lalu ketawa tatkala melihat wajar terkejut Bunga. Comel!

"Nak bergurau pun agak-agak la awak ni Eider, tempat awan ni kalau orang dengar macam mana."  Mata Bunga mencerlung tajam ke arah Eider.

Wow garang nya tapi tetap comel! ahaks. Sah angau dah si Eider ni!

"I'm sorry okey." Pujuk Eider dengan kedua-dua telapak tangan dicantum memohon.

Meminta maaf kepada Bunga. Eider tahu yang dia sudah keterlaluan dalam gurauan tadi. Jadi untuk selesai masalah ini adalah dengan meminta maaf.

"Okey, saya maafkan awak.. tapi jangan buat lagi tau!" Ujar Bunga dengan muka garang.

Eider mengangguk sekali.

••༺☆༻••

Tak lama berapa minit kemudian pesanan mereka sudahpun tiba dan makanan tersebut diletakkan diatas meja itu dengan berhati-hati oleh pelayan tadi, takut tertumpah pula nanti nak salahkan siapa? Pelayan tu la!

"Thank you." Ucap Bunga kepada pelayan tadi. Pelayan tersebut hanya membalas dengan senyuman saja lalu beredar daripada situ.

Eider pula? Dia diam saja tak ada sedikit pun senyuman di wajarnya. Hanya wajar yang dingin saja yang dia pemarkan.

"Okey jom makan." Ujar Eider dengan ceria semula. Bunga mengangguk.

Sebelum mereka berdua menjamah makanan yang berada di atas meja itu, Eider dan Bunga membaca doa makan terlebih dahulu.

WE MEET AGAIN [OG] Where stories live. Discover now