Zyan Rafael berlari masuk kedalam hospital.Mata-mata yang memandangnya di abaikan,dia terus berlari kearah kaunter ingin bertanya.
"Ya Tuan."Ucap jururawat yang bertugas itu.
"Pesakit nama Alya Qaisara ada?" Soal Zyan Rafael dengan nafas yang tidak teratur.
Jururawat itu terus mencari nama pesakit di dalam kertas sebelum menjawab.
"Maaf Tuan.Pesakit nama Alya Qaisara takde dalam catatan."
"Tadi ada tak perempuan kena bawa dengan ambulan?dia kemalangan.Baru jee apa nama dia?"
"Ouh ada.Ni nama dia Sera."
Zyan Rafael yang mendengar itu menarik nafas lega kerana bukan isterinya.Tapi hanya seketika sebelum dia meraup kasar wajahnya.Kalau bukan isterinya yang kemalangan,maknanya isterinya sudah betul-betul lari.
"Pael Liya ke?" Soal Puan Sri Rasya apabila sampai di depan kaunter.Tan Sri Ziyad,Zafran Rafiqie dan Carl Ayden mengikutnya dari belakang.
"Bukan ma.Tapi Pael risau.Qaisara takde tempat tinggal,macam mana dia sekarang hiks." Balaa Zyan Rafael sambil menangis di depan keluarganya.Dia tidak hiraukan lagi dia sedang di mana,orang yang melihatnya.Dia tidak peduli.
Zafran Rafiqie yang diam sedari tadi terus menarik leher baju pengantin yang masih tersarung di tubuh tegap abang kembarnya itu sebelum melepaskan satu tumbukan kuat pada wajah abangnya.
Puan Sri Rasya dan Tan Sri Ziyad terkedu melihat itu.Carl Ayden hanya beriak biasa.Kalau ikutkan hatinya dia juga sama seperti Zafran Rafiqie.
"Iqie!apa Iqie buat ni?" Soal Tan Sri Ziyad dengan nada tegas.Dia menarik tubuh tegap anak sulongnya dari terus mendapat tumbukkan daripada anak bongsunya.Zyan Rafael hanya diam walaupun tepi bibirnya sudah pecah akibat penangan adik kembarnya.
"Sial!Liya tak lari kalau jantan dayus ni tak buat hal!Hye Zyan!kau ingat aku tak tahu apa kau buat dekat Liya belakang kitaorang huh!"Ucap Zafran Rafiqie dengan lantang.
"Apa?Iqie mama tak faham." Balas Puan Sri Rasya.
"Kalau mama papa nak tahu,jantan ni tak jaga Liya pun!dia masih pukul Liya,dia layan Liya tak ubah macam hamba dia!dia kongkong hidup Liya!dia tak bagi Liya keluar rumah walaupun hanya pergi rumah mama!dia juga tak bagi Liya duduk sebilik dengan dia!dia bagi Liya duduk bilik bawah dekat dapur rumah dia tu.Bilik stor,dia bagi Liya duduk dalam bilik sempit tu!Dia jijik dengan isteri dia sendiri!Dia patut kena panggil jantan dayus!Iqie takde abang macam dia!" Ucap Zafran Rafiqie lagi.
"Zyan Rafael betul ke apa adik kamu kata ni!?" Soal Puan Sri Rasya sambil menghampiri tubuh tegap anak sulongnya yang berada di samping suaminya.
Zyan Rafael tanpa teragak-agak mengangguk.Dia tidak mahu menipu lagi dia tahu dia salah.
Melihat anggukkan anak sulongnya,wajah anak sulongnya itu di pandang dengan mata yang berkaca.Tangannya naik kewajah anak sulongnya itu.
Wajah Zyan Rafael terteleng ketepi setelah tangan ibunya naik kewajahnya.
"Mama tak sangka kamu macam ni.Kamu tipu mama Zyan!kamu tipu!"
Sekali lagi tangannya naik kewajah anak sulongnya."Mama ingatkan kamu dah berubah.Mama kecewa dengan kamu.Sekarang kamu puas menantu mama dah pergi!kan?kamu puas kan!"
"Ma hiks Pael minta maaf ma.Pael salah hiks."Ucap Zyan Rafael sambil melutut di kaki ibunya.Zafran Rafael dan Carl Ayden melarikan pandangan apabila melihat itu.Manakala Puan Sri Rasya hanya diam menangis.Dia kecewa dengan anak sulongnya.
"Bangun Zyan Rafael!" Ucap Puan Sri Rasya dengan nada tegas.Tiada lagi nada lembut dalam bicaranya.
"Ma ampunkan Pael ma.Pael salah Pael mengaku Pael dayus Pael tak jaga isteri Pael hiks Pael salah hiks.Pael menyesal ma." Ucap Zyan Rafael lagi.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...