11 : N & M

11 3 9
                                    

Selepas jenazah Tuan Emelda selamat dikebumikan, Ain hanya diam. Jika ditanya, responnya hanya mengangguk dan menggeleng.

Najmuddin dan Ghaffar gusar. Saat Ain menutup kemas pintu bilik, mereka terus memandang setiap ahli Setalamz yang ada di ruang tamu rumah agam itu.

Hanya Aiden, Qizz dan Fatihah yang tiada kerana mereka masih ditahan di hospital. Tengku Mellisa, Tengku Aiden Haris dan Tuan Firdaus turut sama berada di ruang tamu.

"Siapa yang buat semua ni?" Nada suara Najmuddin beku, datar. Menegakkan bulu roma semua yang mendengarnya.

"Helena," jawab Zik. Walau dia menjawab berani, tangannya menggigil kecil.

"Anak betina jahanam tu?" Kata Ghaffar, bernada sindiran.

"Jaga mulut, Tuan Mikail Ghaffar. Ayah tak ajar anak-anak ayah untuk kurang ajar macam tu." Tuan Firdaus bersuara.

"Maaf, ayah."

"Kita kena ajar mak dengan anak tu."

"Aku ikut. Kotorkan tangan sikit tak salah." Faleeq mengangkat kedua belah tangannya.

"Setalamz untuk Setalamz," respon Ija.

"Hutang nyawa dibalas nyawa," ujar Hanni.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Najmuddin boleh mengagak itu siapa. Dia membuka pintu.

Jelas, sepupunya yang mengetuk.

"Lambat."

"Sorry, mak suruh aku sidai baju." Jejaka itu tersengih.

"Eh, Luqman. Masuklah," pelawa Tuan Firdaus.

"Anyways, aku dengar Ain wakil batch dia untuk perkhemahan peringkat negeri? Guess what, aku berjaya dapat tempat sebab ada kekosongan. Aiden pun ada, kan? Dengan kau sekali. Nama kau siapa? Zidan?" Luqman duduk dan terus berbicara.

Semua yang ada menahan gelak.

"Luq, kita kawan tak kurang 2 tahun dah. Nama aku pun kau lupa? Aku Zikrul Luq, bukan Zidan. Anak siapa Zidan tu?" Merah pipi Zik, malu.

"Aku dengan Ghaffar dah buat keputusan, kita orang akan duduk Malaysia," ujar Najmuddin.

"Tapi macam mana dengan study kau dekat Al-Azhar sana? Study Ghaffar dekat Jepun?" Tanya Rynz.

"Aku baru tahun pertama. Ghaffar pun memang sepatutnya balik Malaysia untuk SPM tahun depan. Tak apalah," jawab Najmuddin.

Ya, jarak umur mereka adik-beradik agak jauh. Najmuddin sekarang berusia 18 tahun. Ghaffar pula berusia 16 tahun sementara Ain berusia 14 tahun. Namun kerana kematangan, kemandirian dan tinggi mereka, mereka terlihat seperti orang dewasa.

"Kau sendiri tahu seberapa kita orang sayang Ain. Dia bunga dalam keluarga penuh kumbang. Dan sekarang dia hanya sekuntum bunga rapuh, perlu dijaga oleh kumbang yang menyayanginya." Perumpamaan Ghaffar betul-betul mencerminkan minatnya pada bidang sastera.

"Kau sebenarnya takut kehilangan Ain, bukan?" Suara wanita misteri bergema di ruang tamu itu.

"Hai, Walinong. Nampaknya kau sudah lama mendengar perbualan kami." Najmuddin menjawab dingin dengan sedikit nada menyindir. Bulu roma Setalamz berdiri.

"Ampunkan beta. Beta hanya ingin tahu, apakah permasalahan yang melanda keluarga sahabat beta," kata Walinong Kesuma Ratna Dewi.

"Aku memang takut kehilangan Ain. Mengapa? Kerana dia terlalu rapuh. Serapuh ilusi. Namun kekuatannya merupakan antonim kepada sifatnya," kata Najmuddin.

"Ingat, batas penggunaan kuasa memorinya hanya 2 kali lagi. Sebelum aku menariknya ke duniaku."

"Kami tahu," jawab Ghaffar. Sejurus itu, tiada lagi suara Walinong Kesuma Ratna Dewi. Sunyi.

"Ayah kena pergi Perancis esok. Ada urusan kerja. Jaga Ain." Tuan Firdaus berjalan untuk masuk ke dalam biliknya.

"Lari lagi?" Tanpa sedar Najmuddin terlepas kata.

"Apa?" Tuan Firdaus berpaling.

"Ayah nak lari dari masalah lagi?" Najmuddin berdiri. Wajah si ayah direnung.

"Untuk apa ayah lari?"

"Sebab ayah takut dengan akibat, kan? Ingat ayah, Naj pemerhati macam arwah ibu. Sejak kecil lagi Naj dah perhatikan ayah. Ayah sentiasa lari dari masalah. Kenapa? Serabut sangat? Penat? Atau sebenarnya dah hilang rasa?" Panjang Najmuddin berbicara. Sedikit nada sinis terselit dalam kata-katanya.

"Kamu jangan melampau Najmuddin. Ayah ni ayah kamu tau!" Nada suara Tuan Firdaus naik seoktaf.

"Naj tahu. Tahu sangat. Ayah, sebenarnya ayah dah bosan kan dengan keluarga ni? Ayah dah bosan dengan arwah ibu, ayah dah bosan dengan anak-anak ayah ni, sebab tu ayah curang. Sampai hari terakhir arwah ibu pun ayah curang lagi eh?" Suara Najmuddin bergetar perlahan.

"Apa kamu cakap ni Najmuddin?"

"Naj tahu semuanya ayah. Naj tahu ayah pergi Perancis untuk temankan Sephia kan? Naj tahu, sebab Naj nampak semuanya. Chat ayah, kemesraan ayah, oh tak lupa... Kawan Naj sendiri nampak ayah bersayang-sayang dengan Sephia. Ayah rasa, macam mana malunya Naj bila kawan sendiri nampak ayah Naj dengan perempuan lain?"

"Haih. Nampaknya kamu dah tahu juga. Ya, memang ayah curang dengan Sephia. Sebab ayah dah bosan dengan arwah ibu kamu yang asyik pentingkan kerja dia. Dan ayah pergi Perancis untuk kahwin dengan Sephia. Dah lama kami rancang, ingatkan nak bincang dengan arwah ibu kamu eh tapi dia pergi dulu." Nada Tuan Firdaus seolah tiada salahnya.

"WAH, HEBATNYA. Rupanya selama ni kasih sayang tu sandiwara belaka. Aunty Sephia tu pun rupanya duri dalam daging. Suami kawan baik sendiri dia rampas. Mesti arwah ibu kecewa, kan bila tahu?" Air mata mula bertakung di mata remaja lelaki itu.

"Do I look like I care?"

Pertanyaan itu seolah menghancurkan hati seorang Tuan Najmuddin Fathullah. Ghaffar yang duduk di sisi Najmuddin juga terpaku. Apatah lagi Setalamz.

"Ayah, arwah ibu baru je pergi. Takkan ayah dah macam ni?" Giliran Ghaffar berbicara.

"Macam ayah cakap, ayah dah bosan dengan ibu."

"Ya, Naj tahu ayah kahwin dengan ibu sebab nafsu semata. Haha. Naj kan anak luar nikah ayah? Anak paling jahanam, tak berguna, s*al, bawa malang, tak diingini, bodoh, kan?" Suara Najmuddin bergetar hebat.

"Kau..."

"Naj takkan pernah lupa apa yang pernah jadi, ayah. Macam ayah tahu, Naj istimewa. Naj ingat semua memori sejak lahir. Dan ayah takkan lupa, Naj pesakit talasemia. Oh mungkin juga ayah tak lupa, Naj pun bekas pesakit kanser paru-paru. Ayah sendiri tahu, itu semua akibat cinta terlarang genetik arwah ibu dan ayah." Air mata mengalir juga akhirnya, membasahi pipi mulus Tuan Najmuddin Fathullah.

Tanpa mereka sedari, Ain mendengar semua perbualan itu dari dalam biliknya. Dia betul-betul terpukul dengan kenyataan.

"Naj, sudah. Kau sendiri tahu kau sakit, jangan nanti kau pengsan dekat sini." Luqman menarik perlahan lengan Najmuddin.

"Ayah tetap akan pergi esok. Jaga rumah." Tuan Firdaus masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu.

Setalamz betul-betul terpaku, tidak tahu apa untuk diperkatakan. Ghaffar terduduk, Najmuddin masih membatu.

"Jadi selama ni keharmonian tu lakonan belaka?" Ain keluar dari biliknya dengan mata merah. Jelas, dia baru lepas menangis.

"Sini." Najmuddin membuka sedikit tangannya, memberi isyarat untuk Ain memeluk.

Ain terus berlari memeluk abang sulungnya. Dia menangis tanpa menghiraukan siapa yang ada.

Dia dihentam terlalu keras oleh realiti. Dia terjunam ke dalam gaung kehampaan, lemas dalam lautan kesedihan. Hanyut dengan perasaan.

Wajah Najmuddin memucat, dia tahu dia tidak boleh terlalu penat atau stres begini, tetapi entah kenapa dia betul-betul kehilangan rasa untuk terus hidup.

Ghaffar memeluk Ain dan Najmuddin. Berkongsi rasa yang sama. Tubuh Najmuddin tiba-tiba melemah, dan dia perlahan pengsan tidak sedarkan diri.

"Naj!"

Setalamz : Nanti...Where stories live. Discover now