05

0 0 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Dua,"

"Sa..."

KLAK!

Pintu dibuka dari dalam. Fathiya melangkah pelan sambil tundukkan wajah. Figura tinggi lampai Tengku Wafiq di sisi dibuat tak endah.

Tengku Wafiq pula sembunyi senyum. Rasa terhibur, senang kata dengan kesungguhan yang Fathiya pamerkan.

"So, the first option huh?"

Fathiya terus melangkah ke longgokan pakaiannya. Usaha Tengku Wafiq untuk memancingnya bersuara tetap dibiarkan sahaja.

Tengku Wafiq kecilkan bebola matanya. Tak percaya sebenarnya dengan tingkah Fathiya waktu ini.

Senyap semacam. Serupa bukan wujud aslinya.

Belakang tubuh yang sudah berjalan melepasinya itu dipandang lama.

Hmm, ingatkan Fathiya akan keluar berkemban dan bukannya dalam keadaan berbungkus seperti ini. Rosak imaginasi Tengku Wafiq dibuatnya.

Tanpa sedar, dia turut sama mengikut jejak Fathiya. Tubuh itu dirapati kemudiannya.

Terasa seperti diri diekori, Fathiya lantas kalih tubuhnya 360 darjah.

Mata Fathiya membulat. Pastinya tidak menyangka kala dia pusing seluruh badan, hanya beberapa jengkal sahaja jaraknya dan Tengku Wafiq yang tersisa. Memang kalau dia maju sedikit sahaja lagi, Fathiya berani kerat jari yang kulit mereka tentu berlaga.

Dek masih dalam fasa terkejut, tanpa sedar Fathiya lepaskan genggaman tangannya pada kain cadar yang dia sendiri gunakan untuk tutup seluruh tubuh daripada penglihatan Tengku Wafiq.

Sedar - sedar sahaja, sudah terasa ada angin sejuk daripada penyaman udara yang mula menampar badan Fathiya.

Tengku Wafiq teruja dengan pemandangan yang berada di hadapannya. Langsung tak menyangka pada akhirnya dia berpeluang melihat pakaian itu tersarung di tubuh Fathiya.

Yalah, kalau diimbas semula Fathiya mati - matian tidak berminat mahu mengenakannya.

Rasa tamak mula mengulit diri. Tengku Wafiq mahukan lebih. Dia jelas tak berpuas hati kerana cuma bahagian bawah tubuh sahaja yang kelihatan dan bukan selebihnya.

Jari - jemari Tengku Wafiq mula menari pada celahan anak rambut Fathiya, menyelitkan rambut yang berjuntaian pada telinga Fathiya.

Automatik, Fathiya yang sedari menunduk pantas dongakkan wajahnya.

Bibir Fathiya bergetar, lagi - lagi saat pandangan matanya dan Tengku Wafiq kini bersabung.

Kalau tadi Fathiya eratkan pegangan pada kain cadar, sekarang dia genggam kuat fabrik dress yang tersarung di tubuh.

Kalau tadi tujuannya untuk elakkan Tengku Wafiq daripada melihat tubuhnya yang terdedah, kali ini Fathiya lakukannya demi pertahankan maruah diri yang tersisa daripada bakal terus dicarik tanpa belas.

Fathiya teguk liur sendiri kasar. Serasa benar - benar mahu larikan diri daripada situasi yang semakin menyesakkan itu. Namun apakan daya, kakinya seolah terpasung di situ. Langsung tak mahu beri kerjasama.

Wafiq'sWhere stories live. Discover now