Kuda hitam pekat yang sedang laju berlari di tengah padang itu dipandang takjub oleh semua orang. Penunggangnya pula tangkas melepaskan anak panah ke papan target tanpa gentar.Tepukan gemuruh bergema di segenap ruangan terbuka itu apabila lima anak panah berjaya dilepaskan pada papa target tanpa terlepas walaupun satu. Putera mahkota dari negara Emmeria itu memang sangat handal dalam aktiviti memanah sambil berkuda.
Ditambah pula dengan baka kuda yang digunakan oleh Putera Han, lagi membuatkan lelaki itu terkenal di dalam sukan kuda itu. Kuda milik Putera Han merupakan seekor kuda yang berbaka thoroughbred di mana ianya merupakan salah satu baka kuda yang termahal di dunia.
"Performance kau memang tak pernah jatuh dari dulu, Han. You're the best equestrian and archer that I ever know." Puji Putera Aril setelah sepupunya itu melompat turun daripada kuda.
Putera Han tersengih sedikit sebelum meneguk air dari dalam botol. Kain tuala kecil digunakan untuk mengelap wajah dan leher yang terasa basah dek peluh. Berpuluh-puluh pasang mata yang sedang memerhati dan merakam, dibuat tidak endah.
"Ni, lepas ni jangan balik lagi. Malam nanti ada makan-makan, datang lah dulu jumpa ayahanda aku sebelum balik Emmeria."
"Bolehlah. Aku pun dah lama tak jumpa ayah long." Putera Han mengangguk setuju dengan ajakan Putera Aril.
"Lepastu, kau terus balik Emmeria ke macam mana? Aku dengar dari bonda kau yang kau nak balik malam ni jugak."
Memandangkan Putera Han tidak terlibat dengan aktiviti pada hari esok, lelaki itu memutuskan untuk pulang awal ke Emmeria.
"Lepas makan malam nanti aku balik terus lah. Banyak kerja nak tak settle lagi."
"Ikut kau lah. Yang penting jangan lupa datang malam nanti."
"Ya, aku tak lupa." Putera Han mencekak pinggangnya. Geram pula dengan Putera Aril ni, takut sungguh dia tak datang malam nanti. Haih.
"Malam nanti, balik sekali dengan doktor peribadi kau tu lah?"
Kening Putera Han terjungkit sedikit. Dah kenapa tanya soalan yang luar alam sangat ni?
"Kenal pulak kau dengan si Alis tu."
"Aku sembang dengan Wakeel tadi. Kebetulan, terserempak dengan Alis. Okayla, not bad." Komen Putera Aril selamba.
"Fikir yang bukan-bukan dah la tu. Aku dengan Alis tu kawan semata-mata. Nothing special between us." Ujar Putera Han pendek. Matanya memaku pada tengah padang dimana masih ada beberapa perlawanan sedang berlangsung.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...