Bab 30

1K 47 9
                                    

Obsessed (speed up) : Mariah Carey
Harini scene light2 je tau ...tak heavy pun 😘
Warning dulu , scene chapter ni banyak ulat bulu tau 🤣 tapi masih dibendung jangan risau ...


Hari demi hari berlalu sangat pantas , kini Kayla dah terima kenyataan Shadow dan Khalish adalah tetap orang yang sama . Dia juga menjalani kehidupan bersama Khalish seperti biasa.

         Sepanjang yang dia perhatikan ,Khalish sangat berbeza dari yang sebelum ni. Dia boleh jadi sangat softspoken tetapi dia juga boleh jadi sangat dingin seperti kutub utara . Semalam, Kayla keluar malam tanpa memberitahu dia . Khalish mengamuk . Tetapi dia memilih keluar dari terus bergaduh dengan Kayla.

          Harini , Kayla bangun dan mendapati Khalish tiada di sebelahnya.

          Dia mengeluh perlahan. "Dia masih marah ke kat aku ? tapi aku bukan sengaja . Semua salah Izz ! ajak aku ride , terus lupa nak bagitahu dia .."

          Kayla mengusap kasar wajah dia . Selimut ditolak ketepi dan kaki menapak turun dari katil sebelum dia pergi mandi .

      
           Selesai itu , dengan rambut yang masih basah Kayla keluar dan pergi turun kebawah cuba mencari suaminya.

           "Abang?" kepala keluar menjenguk kebawah . Kosong.

         Tetapi , dia seperti terdengar bunyi deting cawan dari arah dapur . Kaki pun dibawa turun ke bawah cuba mengintai siapa di sana .

           "Hello ?" senyap . Tiada sahutan .

          Kayla pun pergi ke arah dapur dan langkah dia terhenti . Serta merta wajah dia dihiasi dengan senyuman lebar apabila melihat Khalish berseluar pendek tanpa baju sedang membuat air . Roti digigit , dibiarkan dimulut .

          Kayla dengan senyuman nakal dia berjingkit perlahan pergi ke arah Khalish .

          Tangan bersedia untuk menjerkah Khalish .
   
          1...2.... baru dia nak terkejutkan tiba-tiba....

         "Too slow .." datar Khalish memegang tangan Kayla tanpa memusingkan badan kebelakang.

          Sebenarnya dia sudah lama sedar, kehadiran Kayla sedari tadi . Cuma saja dia menunggu apa tindakan Kayla.

          Kayla membulatkan mata tersentak . Khalish berjaya halang dia . Terkebil-kebil mata Kayla sebelum Khalish pusingkan badan tanpa melepaskan tangan Kayla.

          Kening dijungkitkan sebelah tanpa secalit senyuman di wajah. "What do you want , mia moglie ?" tangan Kayla masih di udara dipegang olehnya.

            "Sorry?" senyum Kayla tak bersalah . Sebaris deretan gigi ditayangkan pada Khalish. Dia tahu mesti Khalish masih marahkan dia soal semalam.

           Khalish hanya diam dengan riak wajah yang sama , membuatkan Kayla menelan air liur kelat. Selepas lipas , suami dia benda kedua menakutkan pernah dia jumpa . 

           "Abang....." rengek Kayla ingin kedepan dan memeluk pinggang Khalish namun Khalish masih menahan tangan dia .

         "Jangan pegang abang sebelum jelaskan mana Kayla pergi semalam ?"  datar Khalish memandang Kayla tajam.

            Begini lah Khalish , jika dia sedang marah ataupun tak suka dengan apa yang Kayla buat. Dia mesti akan panggil nama Kayla berbanding nama panggilan manja dia pada Kayla.

             "K-kayla pergi ride makan aiskrim llao dengan Izz kat Sepang .." terketar-ketar suara Kayla menjawab. Wajah ditundukkan kebawah tak berani memandang Khalish.

Mia Moglie  (C)Where stories live. Discover now