PINNN!!
"Huh... tak sangka aku kena lawan dengan kau." sinis suara Dania datang dari belakang Arriesya.
Arriesya memutarkan bebola matanya. Malas mahu melayan perangai tak semenggah gadis itu. Dia kembali fokus kepada peserta acara larian yang sedang bermula memandangkan sebentar lagi dia bakal masuk barisan bagi player terakhir rumah sukan biru.
"Eh, perempuan. Kau pekak ke?" Dania bengang. Mahu saja dia tolak badan Arriesya dihadapannya ini.
"Bisinglah lalat ni." gumam Arriesya perlahan tetapi dapat didengari Dania.
"What?!"
"Bagi pemain giliran keempat, sila ambil lorong masing-masing." kata cikgu yang mengurus acara tersebut. Terus Arriesya berlalu pergi membuatkan Dania hentak kaki geram.
Nafas ditarik lalu dilepaskan. Kau boleh buat, Riesya! Terasa jantung berdebar-debar apabila player ketiga semakin menghampiri dengan membawa batang baton. Rumah sukan pertama yang berjaya menukar baton kepada ahli yang terakhir adalah rumah sukan biru. Pantas Arriesya membuka langkahnya selepas dapat menyambut baton tersebut. Diikuti pada rumah sukan merah. Seterusnya rumah sukan hijau dan akhir sekali rumah sukan kuning.
"Go, Riesya! Go!" jerit Medina memberi sokongan terhadap rakannya. Dia sudah berlari sebagai player pertama rumah sukan biru.
Faris memerhati Arriesya sedang berlari di tengah kawasan padang itu. Rumah sukan merah semakin menghampiri belakangnya. Dia turut rasa berdebar melihat aksi tersebut.
"Haura Arriesya! You can do it! Cepat!"
Jeritan Tengku Faris Adrian berjaya mengundang tarikkan perhatian ramai pelajar Smk Ayer Damai. Ada segelintir pelajar yang terkejut lalu berbisik sesama sendiri. Mana pernah lihat ketua pengawas mereka begitu. Tak pernah lagi Faris menjerit beri sokongan pada pelajar perempuan melainkan hanya pelajar lelaki saja.
Tapi, ini Haura Arriesya?
Anis dan Medina turut terkejut. Nak terletus ketawa pun ada. Wow... abang ketua pengawas kita ni dah berubah ke?
Saat Arriesya dengar jeritan sokongan dari Faris itu, serta merta larian dia semakin laju. Seolah-olah Faris memberi salur kekuatan buatnya. Garisan penamat hampir tiba. Jeritan sengit setiap rumah sukan semakin kedengaran. Dan mata tempat pertama bagi acara larian 4x100 meter itu dimenangi oleh...
Rumah sukan biru!
"Kita menang!" jerit Medina teruja. Dia terus berpelukkan dengan Shila sebelum berlari mendekati Arriesya.
Suara dari pelajar rumah sukan biru menjerit gembira. Faris pula tersenyum bangga. Air mineral pada tangannya digenggam kemas. Dia berjalan menghampiri tempat Arriesya berada. Sempat dia melihat Arriesya sedang berpelukkan dengan rakannya meraikan kemenangan bagi kumpulan mereka.
"Psstt... Faris datang." bisik Medina pada Arriesya apabila terlihat kehadiran Faris semakin mendekat. Arriesya terus menoleh belakang.
"Tahniah, Haura." ucapnya sambil menghulurkan botol air mineral tadi.
Arriesya terkejut. Terus dia pandang sekeliling. Ah, sudah! Ramai pelajar berbisik-bisik lepas tu ada juga yang menjeling ke arahnya terutama sekali Dania. Agaknya panas mata dia lihat babak mesra aku dengan Faris. Haha.
"T-terima kasih." balas Arriesya perlahan. Malunya...
Faris merendahkan sedikit badannya. "Nanti balik sekali dengan aku. Mama kau dah pesan dekat aku. Jumpa kat parking pagar belakang." bisiknya pada paras tepi telinga Arriesya. Badan kembali ditegakkan semula dan Faris melangkah pergi.
Terkebil-kebil mata Arriesya. Buat seketika wajahnya terasa panas membahang. Faris Adrian!! Mamat ni sedar ke tak sekarang kita tengah kat sekolah? Tengah-tengah padang sekolah pula tu! Dahlah semua orang betul-betul tertumpu perhatian pada dia dan Faris.
"Faris bisik apa dekat kau?" soal Medina sambil tersengih. Hah! Nak mengusik akulah tu.
Arriesya mencebik. "Dia kata balik nanti aku kena naik dia. Mama dah pesan. Bila masa entah mama sempat cakap dekat dia." balas Arriesya acuh tak acuh. Mama ni... tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia kena balik dengan mamat kutub utara tu pula.
"Eh, perempuan!"Dania menolak kasar bahu Arriesya dan hampir gadis itu tersungkur jatuh dari anak tangga. Arriesya segera berpaling. Haih... nak apa lagi sotong kurita ni?
"Assalammualaikum."
Zzap!
Dania menjeling.
"Dah tak reti nak bagi salam ke? Cik Puteri Dania, kita sebagai umat Islam mestilah diwajibkan untuk memberi salam kepada sesama umatnya. Malulah sikit perangai seorang perempuan tapi tak reti nak bagi salam bila tegur orang." pedas sekali Arriesya menyindirnya.
"Kau tak payah nak ajar aku sangatlah! Eh, dengar sini. Aku dah bagi amaran dekat kau banyak kalikan jangan rapat dengan Faris Adrian! Dia tu aku punya! Kau ni bodoh ke? Suka jadi perempuan murahan?"
Pang!
Entah kenapa ringan tangan Arriesya ingin menampar pipi gadis itu lepas saja Dania melabelkan dirinya sebagai 'perempuan murahan'.
"Mulut tu... cakap elok sikit. Aku ke kau yang selalu terhegeh-hegeh dekat Faris?" soal Arriesya masih cuba menahan amarahnya dari terletus. Karang meletup larva gunung berapi kat sini mahu ada yang balik rumah muka dah macam kena cakar hantu Kak Limah.
"Kau siapa nak tampar aku?" jerit Dania. Sebelah tangannya menekup pipi yang baru di tampar Arriesya.
"Perempuan macam kau ni, elok kena ajar dengan cara macam tu. Cepat sikit sedar diri." Arriesya berpeluk tubuh. Aku ni nak balik cepat. Boleh pula sotong kurita ni datang halang.
Dania merenung tajam ke arah Arriesya. "Kau... takkan sesekali dapat hati Tengku Faris Adrian. Kau belum kenal siapa diri dia sebenarnya. Dan kau belum kenal isi hati dia, Haura Arriesya." kata Dania seakan cuba mengundang rasa resah dalam hati Arriesya.
'Tak kenal isi hati dia? Apa Dania cuba maksudkan?' bisikkan jahat bermain di minda dan hati Arriesya. Apa lagi yang dia tak tahu tentang Faris? Apa yang Faris rahsiakan dari dia?
"Aku malas nak layan perempuan gila macam kau ni." kata Arriesya sebelum berpaling ingin kembali meneruskan langkah untuk menuruni anak tangga.
Tiba-tiba Dania menolak tubuh Arriesya dari belakang. Gadis itu terasa badannya hilang imbangan lalu mata dipejam rapat. Hanya pasrah apa bakal terjadi pada dirinya.
'Kenapa tak rasa sakit?' gumam Arriesya dalam hati.
Perlahan-lahan dia membuka mata sebelum membulat apabila terlihat wajah beku Faris. Kelihatan juga lelaki itu sedang merenung tajam ke arah Dania. Dania juga terkejut dengan kehadiran Faris. "F-faris..."
"Apa kau dah cuba buat, Puteri Dania Izzati?" dingin Faris bertanya.
"T-tak... you dah salah faham. I... I..."
"I apa?! Dah hebat sangat ke sampai nak bunuh orang?!" jerkah Faris. Bukan hanya Dania saja, Arriesya juga turut terhinjut bahunya terkejut dengan suara Faris.
"Faris... aku o- auh..." berkerut wajah Arriesya saat merasakan kakinya seperti terseliuh. Terus dia bertahan pada besi pemegang tangga. Kaki kanannya berdenyut. Faris berpaling.
"Kau okay tak ni?" soalnya risau.
Arriesya sekadar menganggukkan kepalanya. "Aku... okay. Cuma rasa macam terseliuh sikit dekat kaki ni."
"Jom, aku bawa pergi klinik. Bahaya dibiarkan nanti. Dan kau, Puteri Dania Izzati... esok pagi masuk bilik disiplin. Aku tak kira semua ni tetap salah berpunca dari kau. Aku nampak kau tolak Haura Arriesya tadi. Biar cikgu disiplin yang uruskan hukuman atas kesalahan kau ni." kata Faris tegas sebelum bantu memapah Arriesya untuk sambung menuruni anak tangga dan menuju ke arah keretanya berada.
Dania merengus geram. Semakin membara hati apabila Faris lebih menyebelahi Arriesya dari dirinya. Tak apa... tunggulah nanti bila kau sendiri tahu kisah silam Tengku Faris Adrian.
YOU ARE READING
SU | From Hate To Love
Romance[STAND ALONE STORY] 🌻 Tengku Faris Adrian X Haura Arriesya 🌻 Aturan dari keluarga. Perasaan dari benci menjadi sayang. Siapa sangka, satu hari dia bakal membuka hatinya yang terluka kembali menyayangi lelaki bernama Tengku Faris Adrian atau lebih...