Inspired from Kdrama "VIP" (2019)
Adegan kejar mengejar di antara sebuah kereta pegawai polis dan sebuah teksi sedang berlaku di kota Seoul yang sibuk. Pihak polis sedang mengejar suspek utama kes pembunuhan bersiri yang terjadi baru-baru ini dan pembunuh tersebut sedang melarikan diri menggunakan sebuah teksi yang dicurinya tadi.
"Pasukan peronda B, suspek sedang menuju ke arah berdekatan dengan kalian. Mohon kerjasama kalian untuk mengepung teksi yang digunakan oleh suspek untuk melarikan diri" ujar ketua pasukan, Seo Youngho melalui walkie talkie.
"Arahan diterima"
Dalam masa yang sama, satu figura wanita berpakaian serba hitam ala penunggang motor ninja kawasaki berkuasa tinggi mendengar arahan yang sama melalui walkie talkienya langsung menghidupkan motor miliknya.
"Waktu yang tepat untuk buat kemunculan semula," ujarnya lalu memakai topi keledar full face kemudian langsung bergerak menuju ke lokasi yang dikatakan melalui walkie talkie tadi.
Kembali ke adegan kejar mengejar tadi, suspek kini sudah berada di arah selatan bandar. Nasibnya menjadi lebih buruk apabila pasukan polis tadi telah menghampirinya dari tepi diikuti oleh pasukan peronda dari belakang.
"Minhyung, mendekat dengan keretanya. Kita terpaksa kepung dia dari tepi supaya dia berhenti,"arah Youngho kepada salah seorang ahli pasukannya yang sedang memandu di sebelah, Lee Minhyung.
"Baik tuan,"
"Park Jinyoung! Hentikan kenderaan kau!Serah diri dengan cara baik sekarang juga,"teriak Youngho dari sebelah. Namun, suspek itu enggan menyerah diri malah dia memecutkan keretanya meninggalkan pasukan Youngho di belakang.
Youngho menggeram kerana suspek enggan menyerah diri. Sudah hampir setengah jam mereka mengejar suspek tersebut, namun suspek tersebut masih enggan mengalah. Ketua pasukan polis itu terpaksa menggunakan cara kasar dengan melukai suspek agar dia tidak dapat melarikan diri lagi.
"Laju lagi, Minhyung. Kita tak boleh terlepas," ujar Youngho. Minhyung pun menurut dan meningkatkan kelajuan kenderaan mereka. Ketika itulah, mereka berdua berjaya dipotong oleh sebuah motor berkuasa tinggi yang sepertinya turut mengejar suspek yang sama.
"Haish, orang gila mana pula yang masuk campur ni?" Minhyung membebel. Dalam waktu berbahaya ini pula, orang tersebut berani memotong kenderaan polis yang sedang mengejar suspek. Apa orang itu buta kah? desis Minhyung.
Penunggang motor tadi terus memecut mengejar teksi tadi dan tidak mengambil masa yang lama dia langsung berjaya memotong teksi tadi lalu berhenti mengejut di hadapannya membuatkan teksi yang dipandu oleh suspek hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan. Penunggang tadi langsung mendekati suspek dan membawanya keluar dari kereta yang sudah teruk hancurnya.
Melihat kejadian itu, pasukan Youngho dan pasukan peronda tadi berhenti tidak jauh dari kawasan kejadian. Mereka pun langsung mendekati dan memberkasnya untuk dibawa ke balai polis bagi meneruskan siasatan sebelum kes dibawa ke mahkamah untuk dibicara.
"Hei,kau. Kau tahu tak kau telah membahayakan diri tadi. Dan kau juga telah masuk campur urusan polis. Bagaimana kalau terjadi sesuatu tadi?" ujar Minhyung selesai saja menggari suspek.
"Begitukah cara kau menyambut kepulangan orang atasan kau, Lee Minhyung?" ujarnya lalu membuka topi keledar yang dipakainya membuatkan Minhyung terkejut lalu terus membungkukkan badannya memberi tanda hormat.
KAMU SEDANG MEMBACA
Undercover Lies
RomanceKisah tentang bagaimana sebuah pasukan penyiasatan menyelesaikan kes jenayah dan juga kisah tentang konflik rumahtangga Na Yuri dan Seo Youngho.