MIKAEL • 5 • MARIA

35 3 0
                                    

HELENA mendengus geram saat kawalan ke atas dirinya semakin diketatkan. Joker sanggup mengupah dua orang pengawal untuk mengiringinya sehingga masuk ke dalam hotel. Jika sebelum ini, Helena pernah tertangkap kerana mengupah wanita lain untuk menggantikan tempatnya gara-gara dia tidak mahu bersama client. Kali ini Joker nampaknya lebih berhati-hati dan dia pula yang susah hati disebabkan semakin sukar meloloskan diri.

"Masuk."

Helena mengerling ke arah dua jejaka bermuka ketat itu. Jari-jemarinya bermain sesama sendiri. Gelisah.

"You berdua tunggu depan pintu boleh? I takutlah..."

"30 minit sahaja kami tunggu. Selepas itu Joker nak jumpa kami berdua dekat bawah. Kau nak cuba lari ke?" Soal salah seorang pengawal itu.

Helena tergelak. Jari-jemari runcingnya sempat bermain di dada pengawal itu. Pipi jelas-jelas berbahang kemerahan tatkala digoda oleh wanita secantik Helena.

"I janji takkan lari. You all berdua jangan risau. Nak tunggu depan pintu sampai tiga jam pun lagi bagus," ucap Helena sambil mencarik senyuman penuh makna yang hanya dia seorang sahaja yang mengerti.

"Hm. Baik. Kalau macam tu masuk cepat. Jangan buat client Joker tertunggu. Dia bayar you mahal Ellen." Pengawal itu sempat berpesan dan Helena hanya mampu mendengar sahaja dengan hati yang sebal.

Bersama langkah yang berat, dia akhirnya terpaksa menapak jua kakinya ke dalam bilik hotel tersebut. Saat pintu tertutup rapat, bebola matanya liar mencari figura client VIP tersebut. Dia melangkah lagi ke dalam sehingga terdengar bunyi pancuran air dari kamar mandi. Helena menarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk bertenang. Kakinya menapak laju ke dapur. Tangan cekap mencapai cawan buat membancuh kopi.

Helena menarik keluar bungkusan kecil yang diselitkan di dalam bajunya. Lantas, dengan berhati-hatinya dia menuang serbuk putih itu ke dalam cawan milik si VIP. Nafas dihela penuh kelegaan apabila taktikalnya berjalan lancar setakat ini. Sekarang, tinggal menunggu masa sahaja saat minuman tersebut dihabiskan.

Mati sahaja bunyi pancuran air, senyuman manis lekas dipasang. Dulang berisi secawan kopi dibawa menuju ke kamar tidur.

"Ouh it's you my darling..."

Helena menapak dengan lenggok menggoda. Sempat lagi dia menggigit bibir di hadapan client yang dipanggil sebagai Mr. Alex sehingga lelaki itu tersenyum kegirangan.

"You nampak lebih cantik daripada first time I jumpa you haritu."

Pujian Mr. Alex hampir sahaja membuatkan Helena tertawa. Helena meletakkan dulang di hadapan Mr. Alex yang mengambil tempat duduknya di sofa. Sepasang mata Mr. Alex langsung tidak lepas daripada memandang tubuh seksinya itu. Ikutkan hati, mahu sahaja Helena mengorek biji mata lelaki gatal itu dan diberi makan kepada ikan yu. Jijik!

"Maybe kecantikan I dah membutakan mata you? But don't worry dear. Malam ni I akan pastikan you cuma mimpikan I buat selama-lamanya." Mulut manis Helena mula menyusun ayat demi memancing perhatian Mr. Alex.

Lelaki itu sekadar menyarung sehelai bathrobe. Kepala botak yang masih basah itu Helena usap lembut. Dia boleh melihat pantulan wajahnya sendiri di kepala botak berkilat Mr. Alex. Cuci guna axion agaknya.

"Wanginya you sayang. Boleh tak kalau I nak you sekarang?"

Liur Helena terasa tersekat di celah kerongkong saat jari-jemari Mr. Alex mula meliar di belakang tubuhnya. Helena cuba bersabar. Kali ini dia injak sedikit tubuhnya ke sisi sofa, tetapi Mr. Alex pula lebih laju menahan dirinya sehingga tiada ruang untuk dia berganjak.

MIKAEL: FIRST SCARWhere stories live. Discover now