Bab 9 (ladang pertiwi)

591 75 8
                                    

Setelah parkir keretanya Faqih menoleh ke arah isterinya yang sudah tertidur. Dilihat wajah cantik Dhiya yang kelihatan polos. Kini bibirnya menguntumkan senyuman bahagia. Seronok dia melihat Dhiya akur untuk menutup auratnya dengan sempurna. Dia nekad mahu membimbing isterinya itu menjadi muslimah yang solehah. Faqih yang ralit memandang Dhiya bagai terpaku sebentar  tangannya mengelus pipi Dhiya kemudian turun menyentuh bibir mungil isterinya.

"Sayang... bangun kita dah sampai ni." Panggil Faqih perlahan sambil tangannya masih menyentuh wajah isterinya yang cukup cantik di pandangan matanya.

"Kau buat apa ni hah? Apasal sentuh bibir aku?" Marah Dhiya lalu diundurkan sedikit tubuhnya  ketepi hingga tubuhnya terkena pintu kereta di belakangnya. Faqih sudah ketawa kecil melihat kecomelan Dhiya.

"Abang tolong lap air liur basi Dhiya yang meleleh tadi. Nyenyak betul Dhiya tidur ya. Sampai banyak betul air liur Dhiya keluar." Faqih  ketawa lagi. Sengaja dia hendak mengusik isterinya. Merona merah wajah Dhiya apabila Faqih kata begitu pantas tangannya dia lap disekitar bibirnya. Manalah tahu kot ada lagi kesan air liur yang tertinggal. Tapi pelik dia tak rasa pun air liurnya keluar.

"Hei! Mana ada air liur basi aku keluar. Kau ni saja je kan nak tipu aku!" Marah Dhiya.

"Yer abang tipu. Saja je abang nak usik Dhiya." Faqih mengaku

"Kau ni ustaz apa hah? Suka hati je tipu-tipu orang macam tu." Dhiya sudah menarik muka masam macam jeruk kelubi.

"Sayang abang ni kuat betul marah-marah kan. Abang kan kata abang nak bergurau dengan Dhiya je tadi tu. Abang minta maaf yer. Jangan marah okey." Faqih cuba memujuk isterinya. Dhiya hanya menjeling suaminya sambil memeluk tubuh seperti merajuk.

"Dhiya Kamila..." Panggil Faqih dengan nada lembut. Dhiya senyap, malas mahu respon.

"Sayang..." Ucap Faqih lagi apabila Dhiya senyap. Namun Dhiya masih diam.

"Honey, baby, Intan payung, emas, permata, intan berlian abang. Janganlah diamkan abang macam ni." Faqih masih memujuk. Dhiya tahan senyum sambil memaparkan raut muka serius padahal hatinya rasa bersorak gembira. Entah kenapa hati Dhiya rasa berbunga-bunga apabila Faqih memujuknya begitu. Aihh ustaz ni sweet juga yer. Bisik hatinya.

Faqih yang melihat Dhiya masih berdiam melepaskan keluhan kecil. Dhiya ni memang keras kepala. Kalau merajuk memang dia suka diamkan Faqih seperti ini. Faqih pula selalu rasa tidak senang duduk apabila Dhiya berdiam.

"Dhiya Kamila si jeruk kelubi abang." Kali ini Faqih tersenyum nakal ke arah isterinya.

"Hei! Kenapa pula kau panggil aku jeruk kelubi." Marah Dhiya. Makin meletus tawa Faqih. Tadi dia panggil gelaran sweet-sweet semua Dhiya abaikan. Bila panggil jeruk kelubi tahu pula Dhiya respon.

"Dah tu, Dhiya nak abang panggil Dhiya apa? Tadi abang panggil nama Dhiya, abang siap panggil sayang, baby, honey, emas, intan berlian semua tu Dhiya tak peduli. Dhiya tak nak cakap dengan abang pun. Tapi bila abang panggil jeruk kelubi boleh pula Dhiya cakap kan. Kalau ginilah, lepas ni abang terus panggil Dhiya jeruk kelubi yer." Usik Faqih lagi.

"Eee, kau jangan berani nak panggil aku jeruk kelubi ya. Tak ada class langsung you know." Dhiya jegilkan matanya pada Faqih sambil buat muka.

"Buatlah muka macam tu. Nak kena cium ke?" Ugut Faqih.

"Eee gatallah kau ni." Dhiya merengus.

"Gatal dengan jeruk kelubi abang ni jer takpe sebab halal." Bidas Faqih selamba. Dhiya sudah menjulingkan kedua bebola matanya ke atas. Itu je la jawapan si Ustaz ulat bulu ni. Bisik hatinya.

"Sayang..." Panggil Faqih lagi.

"Ermm." Itu saja Dhiya balas.

"Lepas ni tolong jangan cakap aku kau dengan abang. Abang tak suka sebab nampak macam tak mesra pula suami isteri panggil aku kau. Jadi panggil abang dengan panggilan yang lebih mesra yer." Pinta Faqih.

Ustaz Faqih RuzainWhere stories live. Discover now