Ghaffar hanya termenung di sisi katil kayu itu. Ain pula meletakkan tuala basah pada dahi Najmuddin. Rambut abang sulungnya diusap dan dimainkan perlahan.
"Kenapa eh, semua mesti jadi macam ni?" Air mata Ghaffar jatuh. Rambutnya diserabaikan.
"Keluarga Aiden pun diam je. Mungkin dia orang dah bosan, penat dengan sandiwara keluarga kita," sambung Ghaffar. Ain masih diam.
"Kami diam sebab nak lihat sedalam apa masalah kamu. Bukan sebab kami bosan dengan sandiwara keluarga semua tu." Pintu bilik ditolak perlahan. Wajah Tengku Mellisa muncul di muka pintu.
"Boleh kami masuk?" Tanya Tengku Aiden Haris.
"Masuklah," jawab Ain perlahan.
"Macam mana keadaan Najmuddin?" Tengku Mellisa mengambil tempat di sisi Ain, di atas katil besar itu.
"Lebih baik daripada tadi. Cuma belum sedar." Ain melentokkan kepalanya pada bahu Tengku Mellisa.
"Ghaffar, uncle tahu Ghaffar dah tak percayakan sesiapa sekarang. Sebab semua nak berahsia dengan Ghaffar. Tapi Ghaffar kena tahu, ada benda yang kadang kita tak sepatutnya tahu." Tengku Aiden Haris mengusap lembut belakang teruna itu.
"Kenapa realiti mesti kejam macam ni?"
"Jangan persoalkan. Ini aturan Tuhan. Percayalah... Takdir itu sempurna kerana yang mengaturnya Maha Sempurna." Rambut Ghaffar diusap perlahan.
Dia sendiri terkejut mengetahui sahabatnya curang. Retak hatinya, apatah lagi anak-anak ini. Mungkin yang paling terkesan itu Najmuddin... Kerana remaja itu yang hidup paling lama dengan ibu bapa mereka. Banyak yang Najmuddin sahaja tahu.
"Bloody Moon perlu kembali. Hutang nyawa balasannya nyawa." Luqman muncul di muka pintu. Dia bersandar pada dinding dan memeluk tubuh. Anak mata coklat gelap itu tajam melihat Najmuddin yang terbaring lesu.
"Tapi semua kerja tu tak elok! Terlalu berdarah..." Ain ingin membantah namun tenaganya tiada. Boleh kata, dia juga setuju.
"Kalau itu yang kita perlukan untuk dapatkan keadilan, jadi aku tak kisah kotorkan tangan. Juvana berapa tahun pun lantaklah," ujar Luqman. Penumbuk digenggam.
"Luq, kita tak sekuat tu sekarang. Mama dah tak ada. Qizz, Fatihah dengan Aiden sekali terlantar dekat hospital. Abang Naj sakit macam ni. Macam mana kita nak lawan ular licik tu?" Tanya Ain. Suaranya menandakan kehancuran hatinya.
Mana pernah seorang Tuan Ain Irrisa merengek, menangis sebegitu rupa?
"SEBAB TU AKU KATA HUTANG NYAWA BALASANNYA NYAWA. KAU TAK FAHAM LAGI KE TUAN AIN IRRISA!?" tengking Luqman. Seisi bilik itu tergamam.
"Kau, aku, Ghaffar, Setalamz, semua ada untuk balas. Selama ni kau pandang 5 orang tu je ke? Kau tak yakin dengan diri kau sendiri? Kau tak yakin dengan yang lain? Apa nilai kita orang pada mata kau, Ain? Haiwan diancam kepupusan yang perlu dijaga?" Lirih suara Luqman kali ini.
Ain seolah dibangunkan dari mimpi yang lama. Air matanya tidak lagi mengalir. Dia sedar, Luqman benar.
"Aku minta maaf, Luq. Maaf sebab lambat sedar." Air matanya dihapus. Ain memandang Luqman.
"Bangun Ain, bangkit. Tuan Ain Irrisa takkan kalah. She's a Queen. She don't play games, she conquer it." Air mata Luqman jatuh membasahi pipi. Dia penat.
"Ain, apapun jadi... Angah akan jaga Ain. Nyawa taruhannya sekalipun, kita tetap akan jaga satu sama lain. Percayakan angah... Percayakan Tuan Mikail Ghaffar." Ghaffar menggenggam tangan Ain. Erat.
"Sampai akhir hayat, kita tetap keluarga," ucap Ain. Jam menghampiri tengah malam. Mata Ain semakin layu.
"Tidur. Angah bawa Ain masuk bilik," arah Ghaffar. Ain tertidur di sisi Najmuddin. Ghaffar mencempung tubuh kecil itu.
"Aunty, uncle, apapun jadi... Jangan sampai Helena dapat pergunakan Aiden. Jangan sampai Aiden terpengaruh dengan ular licik tu," ujar Ghaffar sebelum dia naik untuk menghantar Ain ke dalam bilik.
"Luqman, tolong jaga Aiden dan Ain masa perkhemahan minggu depan," kata Tengku Aiden Haris. Dia mengeluh perlahan.
Mengapa dunia seolah berpaling dari mereka?
"Sentiasa."
Keesokan harinya...
"Ayah dah bertolak," ujar Ghaffar sebaik sahaja melihat kelibat Najmuddin turun. Ghaffar yang sedang memegang gitar kesayangannya memandang Najmuddin.
"Ain mana?" Tanya Najmuddin.
"Dia main dengan Oncit dekat luar tu haa," jawab Ghaffar.
"Ghaffar, apapun jadi... Kalaupun nyawa kita jadi taruhan jangan sesekali tak hormat ayah. Cukup aku je yang boleh memberontak, cukup aku je jadi anak derhaka. Kau anak kedua tersakiti terlupakan sekalipun, cukup aku yang jadi anak berdosa," kata Najmuddin tiba-tiba.
"Buat apa aku hormat orang tua tu?"
"Tuan Mikail Ghaffar, dengar cakap aku. Cukuplah aku sorang derhaka, berdosa, jadi ahli neraka. Aku tak nak kau orang rasa apa aku rasa. Jaga Ain macam mana aku jaga kau. Jangan terlibat dalam masalah dengan ayah." Najmuddin meletakkan tangannya di atas kepala Ghaffar. Kepala adiknya digosok perlahan.
"Kau tak payah acah anak pertama pelindung tersakiti bagai. Kita adik-beradik. Susah ke senang ke semua sama-sama. Kalau kau susah aku dengan Ain tolong. Apapun kau cakap, aku takkan diam bila ayah dah mula melebih." Ghaffar tetap dengan pendiriannya.
"Ikut kau lah dik." Najmuddin ketawa perlahan.
"Kau dengan arwah mama sama je. Tengah-tengah serius kau boleh gelak. Tengah-tengah orang stres kau senyum. Macam mana erk?"
"Reda." Najmuddin duduk bersila di hadapan Ghaffar.
"Aku lahir dari kesilapan lampau mama dengan papa. Tapi aku berjaya jadi kebanggaan dia orang kan? Cuma aku silap bila aku lupa aku ni siapa. Aku tak sama dengan kau dan Ain. Jadi aku buat segalanya untuk jaga kau orang. Aku tak nak apa yang jadi pada aku jadi pada kau, pada Ain." Najmuddin berhenti seketika, membiarkan Ghaffar mencerna kata-katanya.
"Apa yang jadi pada kau? Tolonglah, aku merayu Naj. Cerita. Aku penat dengan rasa nak tahu ni," pinta Ghaffar. Dia mengeluh. Najmuddin terlalu perahsia.
"Kau... Nak tahu?" Tanya Najmuddin.
"Ya."
"Mungkin sampai masanya kau patut tahu kesilapan papa dan arwah mama." Najmuddin mengambil nafas, berat untuk menceritakan kisah lalu.
"Kau tahu aku lahir dari kesilapan papa dan arwah mama, kan? Kau lahir dua tahun lepas aku... Tapi dalam dua tahun tu, banyak yang jadi. Arwah mama pernah cuba bunuh aku sebab dia stres. Papa dan arwah gaduh hampir setiap hari. Tapi lama-lama keadaan membaik sebab arwah mama makin reda. Tapi ayah..."
"Lepas kau lahir pun, ayah masih benci dengan aku. Dia benci sebab wujudnya aku paksa dia kahwin dengan arwah mama masa umur 23 tahun. Dia belum sedia. Sampai kau tadika pun, papa masih pukul aku. Cuma kau tak nampak sebab arwah mama selalu bawa kau pergi tempat lain." Najmuddin ketawa kecil.
"Itu silap dia, kenapa salahkan kau? Dasar egois." Ghaffar mengepal penumbuk.
"Tapi semuanya membaik... Walaupun rasa benci tu masih ada sebesar atom, tapi aku okey je. Aku tahu aku anak yang menyusahkan. Yalah, sejak lahir kerjanya sakit. Sakit, sakit, sakit. Mesti mahal belanja." Najmuddin mengetuk kepala Ghaffar perlahan, tanda tidak setuju dengan kata-kata adiknya itu.
"Tapi kenapa eh kau selalu sakit?" Tanya Ghaffar.
"Sebab genetik. Arwah mama pembawa genetik Talasemia... Sama dengan papa. Papa ada bawa genetik kanser paru-paru. Rupanya arwah mama pun sama. And aku lahir tak cukup bulan," jawab Najmuddin.
"Kenapa aku dengan Ain tak kena apa-apa?"
"Mana aku tahu, Allah dah tentukan macam tu."
Tiba-tiba Ain masuk mengejar kucing berbulu putih milik mereka, Oncit.
"Hoi perut buncit ekor kompot jangan lari! Kau dah gigit aku, nanti aku jadi drakula kucing macam mana?" Ain mengejar kucing itu sambil membebel.
"Sejak bila ada drakula kucing?" Najmuddin ketawa kecil.
"Kau duduk sini jangan gatal nak kejar Ain. Biar aku urus dia tu." Ghaffar menyerahkan gitarnya pada Najmuddin. Terus dia mengejar Ain untuk menghentikan gadis itu.
YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
Fiksi RemajaSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...