Hari ini merupakan hari yang dia rasakan hari bahagianya. Bukan.. Hari ini memang hari bahagianya..Dia mengintai dari luar jendela untuk melihat keadaan di luar. Ramai tetamu yang menghadiri majlis perkahwinannya ini.Dia juga dapat melihat kelibat ahli keluarganya yang duduk di bahagian hadapan sekali.
Tiba-tiba dia teringat dua rakan baiknya yang telah dia undang untuk menghadiri majlisnya namun bayang mereka berdua langsung tidak dia lihat.Fokusnya terganggu tatkala pintu bilik diketuk kuat lalu dibuka.
Dia langsung tidak mempunyai masa untuk memberi sebarang reaksi kerana dua makhluk itu terus memeluknya.
"Oh my god!You look so damn elegant with that wedding dress,Becky!"
puji Irin.
Irin,kawan baiknya yang merupakan seorang artis terkenal.Kawan baiknya yang satu ini sangat comel dan terpaling baik di dunia..Tapi,jangan main-main kalau dia marah..
"Thank you Irin..Aku yang pilih gaun ni sendiri..Kau pun tahu,aku ni pandai pilih barang"balas Becky sambil menahan tawanya.
"You're not.Kalau kau bijak kau takkan pilih kahwin dengan kambing..Serius ah Bec,taste kau kat laki sumpah..Sumpah teruk"sampuk rakannya yang lagi satu,Jane.
Jane memang mempunyai perwatakan yang agak kasar tetapi sebenarnya dia amat baik.Dia merupakan salah satu penerbit muda drama serta filem.Karya yang dihasilkan olehnya sering mendapat perhatian dan liputan ramai.
Becky tahu Jane memang tidak menyukai Mike sejak dari dahulu lagi dan Jane sendiri sudah mengatakannya. Becky tidak boleh memaksa rakannya itu dan dia menghormati pendirian Jane.
"Jane,we already talk about this"tegur Irin. Jane memandang wajah kedua rakannya sebelum mengeluh.
"I know but still..Aku tak boleh terima yang dia akan terikat dengan ikan keli tu selama-lamanya"ucap Jane sambil menyandarkan tubuhnya di dinding.
"Kenapa kau asyik samakan Mike dengan haiwan yang hodoh je?Cuba samakan dengan kucing ke?"tanya Becky pelik.
"Duh?Sebab dia tergolong dalam kategori tu..Ugly."
Jane mengakhirkan kata-katanya lantas membaringkan dirinya di atas sofa. Sejujurnya dia tidak patut dan tidak mahu berada di situ. Dia sepatutnya menghabiskan masanya di atas katil,makan makanan ringan sambil memikirkan karya apa yang bakal dibuatnya selepas ini. Tetapi si gergasi ni,Irin,pecah masuk rumahnya dan memaksa dia untuk bersiap. Jika dia membantah,Irin pasti akan menarik telinganya.
Becky hanya mampu tersenyum hambar. Jane tetap Jane,dan Becky terima rakannya itu dengan seadanya. Sekurang-kurangnya Jane jujur dan tidak berpura-pura.
"So this is truly happening!Akhirnya hari single kau dah berakhir"ejek Irin lalu meletakkan sejambak bunga yang dibelinya di atas meja.
"Single days? Merepek apa.. Aku dah taken sejak enam tahun lepas Irin.. I'm not single for six years.. Yang single tu korang berdua"balas Becky sehingga membuat Irin dan Jane tertawa.
"Well aku admit kitaorang ni memang single dah lama.. tapi sekurangnya kitaorang memang single.. Engkau? Orang ingat kau single padahal dah taken sebab tak pernah tengok boyfriend kau.. Kitaorang yang rapat ngan kau pun tengok dia berapa kali je?Lima or enam kali je dalam masa enam tahun"nyata Janee.
"Mike kan busy"Becky memberikan alasan.
"Aku pun busy gak..Jane pun sama.."
Baru sahaja Becky ingin mempertahankan Mike,perbualan mereka diganggu dengan ketukan pintu menandakan yang Becky perlu menyediakan dirinya untuk keluar.
"Get ready.. Lima minit lagi turun.."
"Okaylah.. As a friends,mestilah aku nak yang terbaik untuk kau.. Walaupun kitaorang tak suka kau punya future husband..Tapi kau tahu kan?Apa yang buat kau happy,kitaorang happy. .And kau ingat eh?If dia sakitkan kau tak kisah lah fizikal or mental,kau bagitahu je. .Aku yang akan kubur dia hidup-hidup"tegas Jane.
Becky tertawa apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Jane.
"That's so sweet.. Walaupun agak brutal,but thank you guys.."
Becky terus memeluk kedua rakannya itu sambil senyuman manis masih menghiasi wajahnya. Sungguh dia sangat bahagia hari ini!
"Marilah keluar"ucap Irin.
Baru sahaja Becky ingin melangkah,lengannya di tarik lembut oleh Jane. Tindakan itu berjaya membuatkan Becky berpaling melihat wajah rakannya.
"Why?"lembut Becky berkata.
"Sempat lagini kalau kau nak lari dari ikan keli tu Beck"serius Jane membalas sebelum Irin memukul lengannya.
"Sakitlah"cemberut dibuatnya wajah Jane setelah Irin memukulnya.
"Jangan risau Jane.. Aku tak menyesal .. Aku percaya Mike tu lelaki yang tepat untuk aku"ungkap Becky.
"Huish loya tekak aku dengar"sinis Jane berkata.
Becky hanya tersenyum di saat mendengar kata-kata Jane sebelum memutuskan untuk melangkah keluar di iringi dengan kedua rakannya.
Seperti biasa,Jane dan Irin diberi penghormatan untuk duduk dibarisan hadapan sekali. Tempat yang mereka duduki memang betul-betul dapat melihat wajah Mike dengan jelas. Mereka berdua dapat melihat Mike sedang tersenyum tatkala melihat Gabriella.
Ini membuatkan Jane mencebik bibirnya.
"Ughh.. He looks like a chimpanzee" kutuk Jane perlahan. Sungguh dia merupakan 'haters' Mike yang paling utama.
"Shh! Diam kejap boleh tak? Kalini je.. Aku nak hargai kecantikan kawan baik kita tu"Irin memarahi Jane. Matanya tidak lepas dari melihat Becky tetapi bibirnya memarahi Jane yang berada disebelahnya.
"Fine.. But look at him.. Muka dia memang macam chimpanzee.. Tak sesuai betul dengan kawan kita"kata Jane lagi.
"I swear to.. Haah lah.. Betul la wei"ungkap Irin tatkala matanya melihat Mike.
Jane cuba menahan tawanya. Mujur suara dari pendeta mampu membuatkan dia menjadi sedikit serius. Hampir sahaja urat tawanya nak terputus tadi..
"Now quiet..Nak start da ni"arah Irin agar Jane tidak bersuara lagi.
Majlis perkahwinan berakhir tanpa sebarang bantahan dan sekarang ini,dua sekawan sedang menikmati makanan yang dihidangkan. Hanya pada waktu ini sahaja Jane dapat menutup mulutnya.
Becky datang ke arah mereka dengan senyuman yang mekar di bibir.
"I hate to say.. But,congrats."Jane berkata kepada Becky sebelum memeluk tubuh kawannya itu.
"But I hope you break up soon"tambahnya lagi sebelum Irin mencubit lengannya.
Becky hanya tertawa melihat gelagat rakannya itu.
"Sorry but that won't happen"ungkap Becky yakin.
"Oh yeah? Kita tengok je lah.."
So macam mana untuk bab 1??Bolehlah bagi komen yaaaa!!
YOU ARE READING
ONSRA
RomanceDia sudah mencuba sehabis baik buat menahan godaan namun akhirnya dia gagal.. Curang..Adakah ianya satu kesilapan atau pilihan?