"Ke... You ada lelaki lain selain i?" Razaleigh tak dapat tahan lagi, sejak lama dia ingin menanyakan soalan ini kepada Elisya akhirnya terluah juga.
Dengan wajah yang terlihat berdebar, Elisya memandang sekeliling. Tidak berani dia memandang wajah Razaleigh yang seperti menahan marah.
"Tolong jujur dengan i Elisya, you ada lelaki lain ke?" Razaleigh kembali bertanya. Dia perlukan jawapan dari Elisya sekarang.
Elisya semakin berdebar, kenapa Razaleigh tiba-tiba tanya soalan macam ni. Soalan yang hanya dia je yang tahu jawapannya, kalau boleh dia tak nak jujur. Sekarang bukan waktunya tapi nampaknya, rahsia yang selama ini dia simpan sudah terbongkar sedikit demi sedikit.
"You baru jumpa tak sampai satu hari dengan betina tu you dah tuduh i macam-macam. Apa yang dia dah racunkan otak you ni haa?! Baru satu hari tau tak kahwin lagi. Nanti entah-entah time tu you terus minta putus dengan i." Soalan Razaleigh tak dijawab Elisya dah lemparkan fitnah kepada Razaleigh.
"So, let's get married. You takkan jadi yang kedua and i pun takkan putuskan you." Sekali lagi Razaleigh mengajak Elisya berkahwin.
"Kenapa you jadi kemaruk sangat nak kahwin ni Raza, dulu tak macam ni pun kan."
"Sebab i nak you buktikan cinta you kat i dengan perkahwinan," balas Razaleigh. "I tak faham dengan you. Kalau perempuan lain dia takkan sanggup bila pasangan dia nak kahwin dengan perempuan lain. Kenapa you sanggup? You tak sayangkan i? You memang lebih utamakan kerja you kan, you memang nak hubungan kita macam ni je ke Elisya?" tanya Razaleigh dengan dahi yang sudah berkerut, sakit kepala dengan perangai Elisya.
"Ish! I tak boleh lah Raza! I tak nak kahwin dan itu tak bermakna i tak nak kahwin dengan you, i tak sayang you. Kita boleh buktikan kat nenda dengan cara lain tapi bukan dengan perkahwinan." Elisya dah tak tahu nak bagitahu macam mana lagi kat Razaleigh agar lelaki itu faham yang dia tak nak kahwin.
Razaleigh mendengus dan terus menyandarkan tubuhnya di kerusi. Maksud Elisya dengan cara apa? Nak berkahwin pun dia harus fikir banyak cara untuk meyakinkan Elisya kepada nendanya. Apa lagi cara yang Elisya mampu buat ni?
"Cara apa? You yakin ke nenda akan terima?"
"And then, you yakin yang nenda akan terima perkahwinan kita ni?" Soal Elisya semula.
"Ke betul apa yang Qaisara bagitahu nenda pasal you? You simpan banyak lelaki belakang i?" Razaleigh hilang sabar dengan Elisya, dia perlukan jawapan bukan kata basa-basi dari Elisya.
"Y-you biadap!" tempik Elisya bersamaan dengan hatinya, jantung Elisya sekarang berdegup kencang setelah menerima soalan dari Razaleigh itu.
"Kenapa you nak marah ni?" Soal Razaleigh. "Dari tadi Elisya i perlukan jawapan you, tapi you lebih banyak soal dan persalahkan i je. You nak elak dari semua ke?" Sambung Razaleigh lagi.
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔
No FicciónRazaleigh Shah, jejaka yang memilih untuk membenci seorang wanita yang sama sekali tidak mempunyai salah dengannya. Hanya kerana wanita itu disayang dan dikasihi nendanya, dia rasa kasih sayang yang dia miliki selama ini berbagi. Tapi siapa sangka...