🥀Bab 46🥀

8.8K 439 32
                                    

Zyan Rafael masih mencari isterinya walaupun sudah hampir setahun isterinya menghilang.Dia tidak datang kerja,setiap hari hanya mencari isterinya sahaja sehingga,syarikat yang di binanya tidak lagi terjaga,banyak staff yang berhenti,client juga sudah tarik semula projek yang dikongsi dengannya.Tapi dia hanya menghiraukan semua itu.Dirinya sudah tidak terjaga.Makan minumnya juga tidak terjaga, bukan seperti semasa isterinya masih ada.

Kini dia sedang di luar,bukan lepak atau jumpa keluarganya,tapi dia mencari isterinya.Dia masih tidak berputus asa.

Dia berada di dalam keretanya sambil memerhati sekeliling.Dalam dia sibuk melihat jalan,matanya
tidak sengaja terlihat kesatu arah.Dia mengosok matanya mahu memastikan itu betul atau mimpi.

Setelah melihat itu dia cepat-cepat keluar dari perut kereta dan berlari menghampiri sosok tubuh yang dia kenali itu.Dalam dia berlari,dia terhenti apabila ada kereta yang lalu.Setelah itu dia kembali berlari tetapi sosok itu sudah menghilang.Takkanlah.

Zyan Rafael terus bertanya pada orang yang ada di sekitar itu.

"Maaf boleh tanya tak?" Ucap Zyan Rafael pada seorang wanita yang mahu masuk kedalam kereta.

"Boleh."Balas wanita itu.

"Cik dah lama ke berdiri dekat sini?cik ada nampak tak perempuan pakai tidung hitam tadi?dia berdiri dekat tepi kereta cik ni?"Soal Zyan Rafael

"Maaflah encik,saya tak nampak,lagipun saya baru jee lepas beli barang.Saya tak nampak dia."Balas wanita itu.

"Ouh.Takpelah thank you."Ucap Zyan Rafael pula.

Wanita itu mengangguk tanda jawapan.

Zyan Rafael kembali masuk kedalam keretanya.Dia meraup kasar wajahnya sebelum bersuara.

"Takkan aku salah kot.Mata aku belum rabun lagi,aku nampak kau Qaisara.Aku tak mimpi kan?" Ucap Zyan Rafael pada dirinya sendiri.
Kemudian dia menggeleng kepala.

"Qaisara,tolong balik dekat abang,abang janji abang akan jaga sayang."Ucap Zyan Rafael lagi.Dan apa yang di lihatnya tadi adalah betul.Itu isterinya.Dia tidak mimpi.

"Liya kita nak pergi mana lagi?"Soal Fira Setelah melihat Alya masuk kedalam kereta.

"Takde dah.Semua dah cukup." Balas Alya.
Semenjak tinggal di rumah Fira,dia tidak di benarkan keluar kerja oleh Fira di sebabkan kesihatannya,tapi dia tidak pula duduk goyang kaki di rumah itu,dia membuat nasi lemak serta kek untuk di jual dan jualannya itu akan di bawa oleh Fira ke hospital tempatnya bekerja.Fira tolong jualkan,bukan dia yang mahu,tapi Fira yang mahu membantunya.Kata Fira,rakan sekerjanya semua sibuk kadang tidak sempat mahu keluar makan.Oleh sebab itu dia menjual semua jualan Alya.Dan Alhamdulillah setiap jari semua jualan yang di buat Alya habis di beli oleh rakan sekerja Fira.

Alya ada juga memberi sebahagian duit hasil dari jualannya pada Fira,tapi di tolak oleh wanita itu.Kata Fira dia tak minta balasan.Dia hanya membantu.Alya jadi segan.

Dia hanya keluar jika bahan jualannya sudah habis di rumah.Jika tidak dia hanya terperuk sahaja di dalam rumah.

"Okeylah kalau macam tu kita balik.Ouh ya saya lupa nak bagitahu awak,kawan saya nak oder kek coklat dua,dengan nasi lemak dua.Dia kata tolong simpankan dia.Sebab tiap hari dia cuma dapat satu nasi lemak jee.Kek dia tak dapat sebab semua berebut."

"Yeke?nanti saya siapkan oder dia.Terima kasih la Fira sebab awak dah tolong saya.Kalau awak takde,saya tak tahulah nasib saya sekarang macam mana." Balas Alya.

"Alaa tak payahlah nak terima kasih bagai.Kita kan kawan mestilah tolong menolong.Kalau bukan saya yang tolong awak siapa lagikan.Awak jangan sedih-sedih lagi.Ni awak minum tak ubat yang saya bagi tu?"

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now