"Bonda."
Permaisuri Ranisya tersentak sedikit apabila pipi dikucup. Dijeling tajam Putera Han yang sedang tersenyum nakal ke arahnya itu.
"Nak apa?" Wajah Putera Han, dipandang curiga. Jarang-jarang sekali anaknya yang satu itu datang duduk bersembang dengannya.
"Nak cakap."
"Cakap apa, Han? Sebelum tu, demam dah kebah?"
"Dah kebah sikit."
"Okay, so esok dah boleh balik lah kan?" Tanya Permaisuri Ranisya lagi. Dia mahu Putera Han pulang segera ke Emmeria supaya pergerakan Bunga dan juga Yara tidak terbatas.
"Itu lah yang Han nak cakap dekat bonda."
Kening Permaisuri Ranisya terangkat sedikit. Memandang Putera Han untuk meminta penjelasan yang lebih jelas. Cakap separuh-separuh macam tu ikut siapa lah agaknya. Geram betul.
"Han akan stay dekat sini lagi." Beritahu Putera Han bersahaja. Majalah yang ada di atas meja dibelek-belek bosan.
"Untuk apa?" Permaisuri Ranisya mengerutkan dahi. Jelas tidak suka dengan keputusan lelaki itu.
"Saja. Ayah long ada plan nak bukak equestrian school. Jadi dia minta kerjasama Han dan Han terima. Jadi, Han mungkin akan tinggal dekat sini sampai projek tu siap."
Tubuh Permaisuri Ranisya serta merta mengeras. Dipandang wajah anaknya itu dengan penuh tidak percaya.
"Bonda rasa dah lama ayah long ajak Han join project ni. Tapi Han tak nak terima. Kenapa sekarang tiba-tiba terima?"
"Entah. Han rasa nak terima, jadi Han terima lah. Kenapa? Bonda tak suka?"
"Bukan bonda tak suka." Pelipisnya di picit. Entah kenapa, dia rasa tidak sedap hati dengan keputusan yang dibuat oleh Putera Han itu.
"Okay then?"
"Bonda..."
"Ke bonda ada sembunyikan sesuatu dari Han?" Anak mata Putera Han langsung tidak lepas dari menganalisis riak wajah yang dipamerkan Permaisuri Ranisya.
"Han merepek apa ni?"
"Han gurau je, bonda." Putera Han tertawa kecil.
Permaisuri Ranisya memejamkan matanya sesaat. Jantungnya yang berdegup agak laju cuba dikawal menjadi seperti biasa kembali.
"Kalau itu yang Han nak, bonda ikutkan je."
Putera Han menarik senyum. Senyuman yang tenang namun mampu menggusarkan sekeping hati milik si bonda. Dia kenal akan setiap anaknya. Putera Han... Seolah-olah sedang mencungkil segala perkara yang disimpin rapi.
"Oh ya, bonda. Petang tadi Han keluar joging dan Han terserempak dengan seorang perempuan." Cerita Putera Han secara tiba-tiba.
"Siapa?"
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...