SPECIAL CHAPTER 🔥

4.1K 150 5
                                    


20 tahun kemudian...

"Raisa Adelina!"

Jerit Carissa dari tingkat bawah sambil mencekak pinggang. Naik turun nafasnya menahan geram.

"Alaaa Adel nak pinjam je pun!" balas Adelina dari tingkat atas. Dia menjelir lidah sebelum berlari masuk kedalam biliknya.

Aayden yang mendengar kekecohan diluar bilik terus keluar dari bilik bacaannya. Dia memandang Carissa yang mencekak pinggang dihadapan tangga.

"Carissa Azzalea binti Aayden Nadhif.." meleret suara Aayden memanggil puteri pertamanya.

Carissa menghembus nafas sebelum memusingkan badan memandang Aayden yang berada dibelakangnya. Menunduk sahaja wajahnya.

"Kenapa Ica jerit-jerit ni? Tak manislah anak dara terjerit macam ni" tegur Aayden. Serius wajahnya ketika menegur anak-anak.

"Adel ambil laptop Ica. Ica nak siapkan tugasan yang pensyarah Ica bagi" adu Carissa. Dia memintal hujung baju.

"Kan Ica boleh minta baik-baik dengan Adel? Kenapa kena menjerit sayang?"

Berair tubir mata Carissa. Dia merasa Aayden seperti menyalahkan dia. Sedangkan Adelina yang memulakan terlebih dahulu.

Adelina mengambil laptop ketika Carissa meninggalkannya sekejap untuk membancuh air. Ketika dia kembali ke ruang tamu, dia melihat Adelina sedang memeluk laptopnya.

Aysar turun dari tingkat atas bersama laptop milik Carissa ditangan. "Nah laptop Ica. Esar minta dekat Adel tadi" hulur Aysar.

Carissa mengangkat wajah yang sedikit basah. Dia mengambil laptop itu dan terus memanjat tangga dengan laju. Dia mengelip mata berkali-kali agar airmata tidak jatuh.

"Papa tak boleh marah Ica macam tu. Its not her fault" kata Aysar.

Aayden menghela nafas berat. Pasti Carissa menangis kerananya. Papa minta maaf sayang. Papa taksengaja.

Dia menepuk bahu Aysar sekilas. "Papa minta maaf" ujar Aayden.

Aysar tersenyum nipis sebelum menggeleng. "Jangan minta maaf dengan Esar. Minta maaf dengan Ica. Papa tahu Qin sayang Ica macam mana kan? Kalau dia balik nanti tengok Ica tengah menangis. Runtuh rumah ni dia mengamuk"

Dia menepuk bahu Aayden sebelum berlalu ke dapur untuk mengisi perut.

Aayden memandang ke tingkat atas dan menghembus nafas. Biar Carissa tenang dahulu, dia akan meminta maaf nanti.

Dengan perlahan Aysar merapati Camelia daripada belakang. "Mama tahu Esar ada belakang mama" terhenti langkah Aysar.

Aysar terus menempel disebelah mama. "Mama ada mata ke dekat belakang? Macam mana mama tahu Esar dekat belakang mama?" soal Aysar dengan dahi berkerut.

"Instinct mama kuat hehe" tersengih Camelia. Dia menyusun potongan buah tembikai kedalam pinggan.
Buah kegemaran anak-anaknya. Kalau sebiji tu boleh habis dalam masa sehari.

1 | Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now