TAK terasa sebulan sudahpun berlalu. " lama ke abang Arfan kena pergi? " soalnya. Dia membantu melipat pakaian uniform sang suami lalu dimasukkan ke dalam beg besar itu, sementara Jibrail sedang bersiap.
" insyaallah kalau tak ada apa-apa. Bertugas dalam dua atau tiga minggu saja. " jawab Jibrail. Ya dia perlu pulang ke pangkalan memandang pihak sana sudah memanggilnya untuk melaporkan diri.
Aryana mengganguk. Nasibnya memiliki suami yang berkerja untuk negara.
Jibrail menoleh melihat si isteri sebelum perlahan dia menghampiri tubuh gadis itu. " jangan sedih ok? Kalau nak balik jumpa Ummi balik lah. Tapi ingat, hati-hati. Jangan cari sakit kalau tak ada sakit. " kata Jibrail meninggalkan pesanan.
Aryana mengganguk. " rindunya Ari nanti. " cebik gadis itu. Jibrail menarik senyuman senget.
" kalau rindu, simpan gambar abang bawah bantal buat teman tidur, nak lagi kaw peluk. " usik Jibrail. Bahu lebar lelaki itu ditampar. Gatal!
Meletus tawa Jibrail melihat riak wajah isterinya. " comel dia marah. "
" tapi kan... " ujar Aryana tiba-tiba. Jibrail angkat kening.
" macam mana kalau- "
" no... Doakan Ari sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT. Dan abang sentiasa akan mendoakan keselamatan Ari. " ujar Jibrail. " Ari kini tanggungjawab abang untuk dilindungi dan dijaga dengan baik. Abang cuba sedaya upaya untuk beri apa yang Ari nak lindungi Ari dari bahaya. " sambungnya lagi.
Aryana terdiam. Dia tersentuh dengan kata-kata suaminya. Dia mengganguk perlahan.
SATU senyuman senget terukir di sudut bibir.
" Glad to hear. Inilah peluang keemasan aku. " sinisnya." puan nak buat apa? " soal salah satu lelaki disitu. " kau rasa apa aku patut buat selepas aku dapat dia? Hiris? Potong? " katanya sungguh kejam. Amat kejam.
Emily tersenyum sinis. Sambil jarinya bermain-main dengan pisau flip yang berada di dalam genggamannya.
" nasib kau lah perempuan, berani cari pasal...berani terima padah. " ditikam sekeping gambar di atas meja kayu itu. Gambar Aryana.
Malam itu, Aryana lebih memilih untuk bersantai di ruang tamu. Memandangkan sang suami tiada jadi inilah masanya Me Time!
Dia mencari beberapa siaran yang menarik namun tiada yang menarik untuknya. Alhasil-nya dia membuka Netflix di TV lalu mencari filem yang menarik.
Dia amat suka dengan filem yang bergenre Action. Itu sebabnya dia mendapat suami tentera. Ahaks!
Dia menekan punat ok di alat kontrol jauh itu sebelum diletakkan kembali di sisi. Dicapai keropok yang dia ambil tadi lalu dibuka.
Malam itu dia menghabiskan masanya menyendiri, sehinggalah jam menunjukkan jam dua belas malam. Dia putuskan untuk tidur.
Belum sempat dia melangkah ke tangga selepas mematikan televisyen, mendengar ketukan pintu rumah buatkan dia hairan. " siapa pula malam-malam macam ni datang rumah? " soalnya sendiri.
Namun dia gagah juga kakinya melangkah ke pintu. Tombol pintu dipulas sebelum di tarik ke dalam.
" ya siap-hump! "
Satu kain hitam disarung ke kepalanya dan diheret keluar bersama dua tubuh tegap dan besar. Dia cuba meronta-ronta, namun dia terhidu sesuatu buatkan dia perlahan-lahan terbuai ke alam tidur.
MELIHAT wajah Jibrail yang sedari tadi tak tenang buatkan dia hairan. Haih? Dah kenapa pengantin baru satu ini?
" oi, termenung apa? " soal Amir. Haikal pula entah kemana hilangnya selepas latihan kawad pagi tadi.
Jibrail masih diam. Air kosong diteguk. Amir sekadar memerhati tingkah Jibrail itu. " kau ok? " soal Amir. Pasti ada yang tidak kena. Bergaduh dengan Aryana mungkin?
" kau gaduh ke? " soal Amir. Jibrail menggeleng. " habis itu? "
" aku...aku rasa tak sedap hati... " jujur Jibrail. Semakin berkerut dahi Amir. " tak sedap hati apa pulak? "
" aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena... Aku tak boleh nak fokus kerja. " ujar Jibrail. Amir mengganguk faham.
" ya Allah...kau lindungi sesiapa yang aku sayangi jika dia di dalam bahaya. Hanya kau aku berharap, ya Allah. " doanya di dalam hati. Sungguh dia langsung tidak boleh duduk tenang saat ini.
" dah lah, jangan fikirkan sangat. Jom ke kantin. Perut minta diisi ni. " ajak Amir. Jibrail anggukan sahaja. Dia bangkit menuju ke kantin diikuti oleh Amir di belakang. Hatinya tetap bergelut dengan resahnya.
" harap tak ada apa-apa. " bisik hatinya.
YOU ARE READING
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔
ActionARFAN JIBRAIL | EMILY ADRIANA " kau siapa? Mengapa kau disini? " - Arfan Jibrail " kau ni lelaki purba ke? " - Emily Adriana * no copy right, sepenuhnya dari idea author sendiri, juga terdapat scene ganas * Pesanan author: Story ini sangat cringe. ...