Bab 48

256 51 8
                                    

"Selamat.... pengantin baaaaruuuu...."

"Selamat.... berbahgiaaaa..."

"Selamat... ke anak cucuuuu...."

"Selamat sejahtera..."

Misyah geleng kepala sebelum ketawa apabila dua sahabat kerjanya itu sakan menyanyi sebaik saja dia masuk ke dalam kedai. Dia thumb print terlebih dahulu sebelum duduk sebelah Zuhairi yang sedang minum coffee.

Sedap pula bau coffee.

"Kalau hujan kejap lagi bermakna langit tak terima suara korang berdua menyanyi." Guraunya.

"Eh eh mak cik ni. Elok sikit. Suara aku ni boleh pergi jauh tau." Balas Yusuf sambil bercekak pinggang. Tak terima apabila Misyah mahu mengatakan suaranya sumbang.

"Ha'ah boleh pergi jauh sana."

Zuhairi gelak terbahak-bahak.

"Dah tak payah nak merajuk. Ni ada ole-ole untuk korang." Dia menghulurkan dua plastik sederhana besar pada mereka berdua.

"Wahhhh terima kasih Puan Misyah. Ingat juga pada kami ya walaupun tengah berbulan madu." Usik Zuhairi. Dia ambil plastik tersebut dan melihat isi dalam plastik tersebut.

Ada key chain dengan buah strawberry.

"Heh kantoi pergi honeymoon dekat Cameron." Yusuf terus mengeluarkan sebekas strawberry dan coklat untuk makan. Fresh ni. Gemok-gemok buahnya.

"Cameron best apa. Banyak tempat menarik boleh pergi. Oh ya Kak Syu mana? Belum datang lagi ke?"

"Ada dekat belakang tengah on call." Jawab Yusuf sambil mengunyah strawberry. Dia mempelawa Zuhairi untuk makan sama.

Celup dengan coklat memang umph!!!

"Busy betul Kak Syu ya. Pagi-pagi ada orang call." Komen Misyah.

"Oh ya ada cerita baru babe sepanjang kau tak ada." Kata Yusuf sambil membetulkan cara duduknya.

"Kau ni pagi-pagi ajak gosip macam mana rezeki nak masuk? Tapi takpe teruskan cerita kau. Hah ada apa-apa yang berlaku ke?"

"Ceit aku ingat kau nak tazkirah budak ni rupanya dua kali lima sama naik."

Misyah sengih.

Tak syoklah takde gosip ahahahaha....

"Ada orang ngorat kakak aku."

"Hah? Siapa? Customer ke?" Hah ni betul-betul cerita terhangat ni.

"Abang customer."

"Aik? Macam mana tu?" Soal Zuhairi pula.

"Ceritanya kakak aku tu pergi hantar muffin dekat sorang customer ni. Perempuan. Tapi bila sampai rumah customer tu yang munculnya lelaki. Call customer minta kepastian apa semua rupanya tu abang kepada customer tersebut. Habis situ. Setakat ni faham kan?"

Misyah dan Zuhairi angguk.

"Malamnya kakak aku terima panggilan. Macam biasa Kak Syu mesti lah angkat sebab risau yang call tu orang nak buat order dengan kita ke apa kan? Sekali haaaa abang customer tu yang call. Kak Syu kena ngorat terus. Malangnya, lelaki tu kena block disebabkan Kak Syu malas nak melayan. Tak habis situ ya. Lelaki itu sangat bijak call Kak Syu menggunakan nombor adiknya. Memang taklah kakak aku nak block nombor customer tu kan? Jadi, begitu lah ceritanya." Habis cerita dia menyumbat sebiji buah strawberry dalam mulutnya. Terkenyit matanya apabila terlalu masam.

MY MRS TURKISH √√ Where stories live. Discover now