bahagian 36 🌼

14 0 0
                                    

dengan pantas ia menunduk mengelak dari terkena tembakan itu.

nafasnya direngus kasar. Ia berdiri semula lalu memandang lelaki itu dengan tegas

"Charlie.. kau okay?" soal Charles.

mereka yang baru sahaja naik itu terhenti tatkala mendengar bunyi tembakan yang bergema dari arah bilik yang hendak mereka tujui itu.

"aku okay.." jawabnya perlahan.

Wilma memejam erat kedua matanya. Telinganya pula terasa sakit dengan bunyi tembakan itu tadi.

"baik. Kitorang dah standby kat luar ni tinggal tunggu arahan kau je lagi" ujar Charles.

"okay. Tuan aku nak bagi makluman tawanan akhir ada kat sini"

"Roger." Jawab Charles.

Jeda.

"Sein?" panggil Jimi perlahan. Tubuhnya dibawa mendekat ke arah Sein yang terbaring lemah diatas tanah itu.

"Jimi.. aku nak minta maaf"

"Sein.. kau cakap apa ni?" soal Jimi. Tubir matanya mulai mengeluarkan airmata.

"aku minta maaf kalau aku dah aniaya kau selama ni.. aku jahat" ujarnya lemah.

Jarjit yang tadinya berdiri itu berlari kearah mereka.

"Sein.." panggilnya juga. Lalu matanya disorot memandang kearah lelaki yang terbaring tidak bernyawa itu diatas tanah.

"tak Sein.. kau tak aniaya aku pun" ujar Jimi sambil memandang kearah Sein yang menahan rasa sakit itu.

"kau kena kuat Sein.." ujar Jarjit walaupun ia masih belum tahu kisah sebenar antara mereka berdua itu.

"polar buat tinjauan terus menerus disekeliling tempat ni, risau kita akan diserang hendap sekali lagi" arah Jarjit sambil memandang sekeliling tempat itu.

Jimi yang duduk diatas tanah itu mendongak sambil memandang kearah Jarjit yang sedang memberi arahan itu.

"Jimi.." panggil Sein

"ya" sahutnya.

"aku nak bagitau.. semua bahan letupan tu ada kat bilik sebelah pejabat M" ujarnya.

"ah?" soalnya kembali.

"Charlie hanya ada masa tinggal dua puluh minit saja lagi nak bawa keluar perempuan tu dari sana.. pergi Jimi bagitau Charlie cepat!" Arahnya.

"Adam.." panggil Jimi sambil berdiri mendapatkan Jarjit yang berdiri tidak jauh darinya itu.

"hm kenapa?" soalnya. Reaksi panik Jimi itu menyapa pemandangannya.

"Sein cakap bangunan Joshua tu tak lama lagi akan meletup. Charlie hanya ada masa dua puluh minit lagi untuk bawa Wilma keluar dari sana."

"Ah?" soalnya kembali. Tanpa berlengah alat penghubung itu pun ditekan sekali lagi.

"Yan to Alpha leader."

"ya Yan, alpha disini" jawab Charles.

"Tuan! saya baru dapat makluman, bangunan khas Joshua akan meletup tidak lama lagi, Charlie hanya ada masa dua puluh minit lagi untuk bawa tawanan keluar dari sana" lapornya.

"Apa!?" jawabnya tersentak. Nafasnya dihela perlahan sambil matanya disorot memandang kearah Ahcong yang tenang bersamanya itu.

"terima kasih atas makluman Yan. Beret, Misi korang dah selesai bawa semua mangsa keluar dari dalam bangunan tu ke?" soalnya perlahan.

"dah tuan. Kami sedang bergerak membawa mereka semua keluar dari kawasan ni." jawab Hadi.

"baik. Yan, polar kamu pula ada dimana?" soal Charles.

HER LOVE STORYWhere stories live. Discover now