Takkan pernah jauh : KataHati
Hospital ....
Perlahan Kayla cuba mencelikkan mata sebelum dia kembali menutup rapat apabila cahaya lampu menyilau matanya."Mia moglie ..."
Suara yang sangat dia kenali membuatkan Kayla kembali membuka mata dia perlahan. Pandangan pertama dia disuakan dengan satu tapak tangan yang melindungi mata dia dari cahaya .
"Hai there ..." tapak tangan dijauhkan sebelum wajah Khalish yang tersenyum manis menyapa dirinya.
"A-abang ..." gumam Kayla perlahan .
"Ye , selamat pagi cantik .." sapa Khalish memberi satu ciuman di dahi mulus Kayla.
Kayla mengerah tenaga cuba untuk duduk dari baringnya. Khalish tidak duduk diam , dia membantu Kayla sambil meletakkan bantal di belakang badan isterinya.
"Abang .."
"Ye, isteri abang . Kenapa ?" soal Khalish sambil menyelak rambut Kayla ke belakang.Kayla memandang Khalish sendu sambil kedua tapak tangan dia diletakkan di atas perut besar dia apabila teringat kejadian sebelum ini. Kayla pun taktahu apa yang merasuki diri dia sehingga hampir sahaja membahayakan nyawa sendiri dan bakal anak mereka.
"Kayla , Kayla minta maaf .."
"For what?" soal Khalish lagi dengan nada tenang.
Kayla menggeleng perlahan sambil menundukkan pandangan dia . Tidak berani bersua muka dengan Khalish.
"Kayla sendiri taktahu , macam mana Kayla boleh ada dekat situ . Setahu Kayla , Kayla cuma main air ombak dekat tepi pantai je ..." jelas Kayla yang sendiri tidak faham apa yang berlaku.
Khalish mengangguk faham . Dagu Kayla ditolak lembut supaya Kayla memandang wajah dia.
"Mi amore , percaya kan abang tak ?"
Pertanyaan Khalish membuatkan mata dia melilau heran . "M-maksud abang ?"
"Yes , or not sayang .."
Kayla berfikir sejenak sebelum dia mengangguk perlahan mengatakan dia percaya dengan suami dia sendiri.
Senyuman segaris muncul di wajah Khalish menandakan dia senang mendengar jawapan Kayla . Tempat hujung katil Kayla menjadi tempat duduk dia . Mereka kini menghadap satu sama lain.
"Tell me about your past , sayang .."
"H-huh?"
"You need someone who can listen to you and i'm here .." tutur Khalish lembut. "Cerita pada abang tentang trauma sayang , all your pain and sadness . Abang akan dengar .." sambung Khalish lagi cuba memujuk isterinya untuk meluah apa yang dipendam Kayla selama ini.
Khalish merenung wajah Kayla lama menunggu jawapan dari isterinya. Dia teringat kata-kata doktor yang memeriksa Kayla semalam...
"Dia perlukan bantuan pakar psychology.."
"What?! doktor nak cakap isteri saya gila ke ?" geram Khalish mencekak kolar baju doktor itu. Aariz dan Izz yang tiba tepat pada waktu , dengan pantas cuba meleraikan cengkaman Khalish.
"Khalish! calm down , kita kat hospital.." tegur Aariz tegas . Dia cuba lepaskan tangan Khalish yang mencengkam kuat kolar doktor itu.
Khalish merengus geram sebelum dia lepaskan cengkaman dia . "Isteri saya tak gila , dia mengandung and she's need help .."
YOU ARE READING
Mia Moglie (C)
ActionSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...