"YOU ready, my precious?" Tubuh langsing isterinya dipeluk dari belakang. Wajahnya dijatuhkan di leher Amanda dan dia menghirup dalam haruman yang buat dia gila bayang itu. Rindu betul dia dengan Amanda. Tiga hari mereka meluangkan waktu di pulau ini. Berbual tentang banyak perkara. Hanya mereka berdua tanpa memikirkan sesiapa. Ternyata, masih tak mampu melepaskan rindu yang tersimpan berminggu-minggu saat Amanda tiada di sisi.
"Yes,"
"Let's go,"
Beriringan, mereka melangkah keluar dari bilik luas itu untuk meinggalkan pulau indah mereka.
"Can I ask you something, sayang?"
"Apa dia?"
"You tahu dekat mana Emylia Rose sekarang?"
Wajah yang tadi tersenyum terus hilang senyumannya. "Kenapa tanya pasal dia lagi? Kan I dah cakap I tak suka you tanya tentang orang lain,"
"I cuma terfikir. I dah lama tak dengar apa-apa tentang dia,"
"Tak payah fikir, sayang. Dia dah besar. Bukan urusan kita lagi," balas Daniel sambil melabuhkan satu ciuman halus di sisi kepala Amanda.
Amanda akhirnya anggukkan kepala. Entahlah kenapa dia tanyakan soal Emylia Rose padahal dia tahu Daniel tak suka bila dia tanya tentang wanita itu. Dia cuma terfikir, dia tak dengar apa-apa berita tentang Emylia. Biasanya, ada aje hal yang berkaitan wanita itu ingin mengganggunya.
Sedang leka mereka berjalan tenang, langkah Amanda tiba-tiba berhenti di ruang tamu vila pertama itu. Matanya tertumpu pada satu arah dan jika sesiapa lihat ke dalam anak matanya, orang itu akan nampak sinaran terpantul dari iris kelabu terang itu.
"Kenapa sayang?" soal Daniel yang turut mematikan langkah.
Amanda tidak menjawab, dia berjalan tenang kearah meja konsol megah yang menghiasi ruang tamu itu. Tanzanite germstone yang terhias indah diatas meja disentuh dengan hujung jemari telunjuknya. Dia biasa nampak batu kristal blue-violet asal Tanzania itu namun hari ini batu itu begitu menawan di matanya.
"I want this." Batu sebesar telapak tangannya itu dimasukkan ke dalam Birkin kesayangannya dan dia kembali meneruskan langkah untuk keluar dari vila itu.
Daniel tersenyum senget. "Whatever you want, my love."
•••
"WHO is she?" soal Amanda. Matanya kini tepat menuju kearah seorang wanita yang sedang berbual-bual dengan Tan Sri Syed Zeffar dan seorang lagi lelaki sebaya lelaki tidak jauh dari Amanda dan Daniel. Wanita itu, dalam fesyen yang sangat minimal ada terselit karismanya yang luar biasa. Dia seperti pempengaruh di media sosial terkenal yang berkongsikan tips-tips menjadi usahawan wanita berjaya dan sering memotivasi wanita untuk jadi hebat. Ya, itu first impression Amanda tentang wanita itu.
Dari awal wanita itu melangkah masuk bersama Rayyan Haydeen, entah kenapa Amanda tertarik untuk berkenalan dengan wanita itu cuma wanita itu terlalu sibuk disapa dengan banyak orang. Takkan dia nak kacau?
Senyumannya menawan, dalam jelita ada terselit seksi. Tadi, dia ada tanyakan perihal ini kepada Bella. Manalah tahu Bella mengenali wanita itu memandangkan mereka didalam industri perniagaan yang sama tetapi Bella juga tidak mengenali wanita itu.
Wanita itu, nampak sangat rapat dengan Tengku Haiqarl, Farris, Daniel, Rayyan dan Tengku Harith. Seperti kenalan lama.
"Isteri Rayyan Haydeen."
Tak sampai sesaat sebaris nama itu keluar dari mulut Daniel, kepala Amanda sudah terteleng kearah lelaki itu. "What?"
"Bila Rayyan kahwin?"
YOU ARE READING
Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...