Chapter 24 | ED

27 1 0
                                    

Damia sedang mencuci pinggan di dapur setelah mereka selesai makan malam tadi manakala Eijaz sedang berehat di ruang tamu. Walaupun dia tengah merajuk, tetap juga dia masak untuk Eijaz. Nanti dicop isteri derhaka pula.

Arrghhh!

Tiba-tiba Damia menjerit dan berlari ke ruang tamu lantas memeluk Eijaz yang berada di situ. Eijaz yang sedang bermain dengan telefonnya tersentak dengan jeritan dan pelukan Damia.

"Eh kenapa ni?" soal Eijaz cemas. Risau dia sekiranya ada perompak yang pecah masuk.

"Sa..saya nampak ada benda putih lalu kat tingkap tadi" jawab Damia yang masih ketakutan. Mukanya dibenamkan di dada bidang Eijaz.

"Hah benda putih?". Difikirannya hanya terfikirkan Cik Pon saja. Eijaz meneguk air liur memikirkan 'benda' itu

"Biar aku tengok". Eijaz cuba melepaskan pelukan Damia untuk menuju ke dapur.

Dia bukan la berani sangat pun kalau melibatkan benda ghaib ni tapi dia perlu tunjuk berani depan Damia.

"Ta..tapi saya takut" ucap Damia sambil memegang tangan Eijaz.

"Takpe kita pergi tengok sama-sama"

Damia memeluk lengan Eijaz dan sama-sama menuju ke dapur dengan perlahan-lahan. Eijaz menjenguk ke arah tingkap yang ditunjuk Damia. Hanya kegelapan malam yang kelihatan diluar rumah itu.

"Takde apa pun. Kau salah tengok kot". Eijaz cuba menyedapkan perasaan Damia. Dia tak mahu Damia terlalu takut.

"Betul saya nampak tadi". Kata Damia dengan bersungguh.

"Dia dah pergi tempat lain la tu. Kau dah siap cuci pinggan ke belum?"

Damia hanya menggelengkan kepalanya.

"Kau siapkan la dulu. Aku teman kau". Eijaz bersandar di tepi singki  sambil memerhatikan Damia mencuci pinggan. Sesekali matanya melilau ke arah tingkap.

"Hah tu 'dia' datang balik" gurau Eijaz. Sengaja dia ingin mengusik Damia.

Arrgghhh!

Jerit Damia sekali lagi lalu memeluk Eijaz. Suka Eijaz apabila Damia memeluknya. Eijaz hanya ketawa melihat Damia yang ketakutan. Tiba-tiba terdengar suara Damia yang teresak.

"Weh kau nangis ke?". Eijaz segera melihat ke arah wajah Damia yang disembamkan ke dadanya.

"Weh aku gurau je tadi. Benda tu takde pun". Menyesal pula dia takut-takutkan Damia. Tak tau pula dia yang Damia betul-betul takut hantu.

"Please jangan nangis Damia. Aku sorry okay?". Eijaz cuba memujuk Damia. Dia mengusap-usap belakang badan Damia untuk menenangkannya. Esakan Damia beransur reda apabila dipujuk Eijaz.

"Jom kita masuk tidur eh?". Eijaz menyeka air mata yang masih bersisa di pipi Damia.

Damia mengangguk lalu mengikuti langkah Eijaz. Tangannya masih lagi memeluk Eijaz.

"Awak..kita tidur sekali boleh? Sa..Saya takut" ucap Damia perlahan. Kepalanya ditundukkan kerana malu. Tadi orang ajak tidur sekali tak nak.

Eijaz hanya tersenyum mendengar ajakan Damia. First time dia rasa berterima kasih pada hantu.

"Okay. Dah jom masuk tidur. Dah pukul 11 lebih ni". Eijaz menarik tangan Damia memasuki bilik.

"Awak tidur la atas katil ni sekali. Atas lantai tu sejuk". Nak tak nak Damia terpaksa benarkan Eijaz tidur sekali di atas katil. Kalau dibiarkan Eijaz tidur dilantai takut demam pula dia esok.

Damia membaringkan tubuhnya lalu Eijaz turut berbaring di sebelah Damia. Baru saja Damia ingin melelapkan matanya, terasa ada tangan berlingkar di pinggangnya.

"Eh kenapa peluk saya?" soal Damia terkejut.

"Tadi kau peluk aku boleh pulak?" kata Eijaz tak puas hati.

"Tadi tu saya takut. Kalau tak saya tak peluk awak la"

"Aku pun takut. Takut jatuh katil. Katil ni sempit tau tak". Katil di rumah Damia agak kecil berbanding di rumah Eijaz. Maklum la katil lama peninggalan arwah ibu bapa Damia.

Damia hanya diam mendengar jawapan Eijaz. Dia membiarkan tangan Eijaz dipinggangnya dan mengiringkan badannya membelakangi Eijaz.

Eijaz berasa gembira sambil turut mengiring menghadap belakang Damia. Haruman bau rambut Damia menusuk ke hidungnya apabila dia merapatkan tubuhnya ke Damia.

"Good night" bisik Eijaz ke telinga Damia.

"Good night" balas Damia dengan wajah merah padam apabila jelas terasa hembusan nafas Eijaz ditelinganya.



TBC

Damia untuk EijazWhere stories live. Discover now