UNIVERSITY #1

6 0 0
                                    

(maaf jika ada kesalahan ejaan atau bahasa)

character:
> Keon Matthew
> Veyle Meredith
> Eddy Jordan

   Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang berlari mengejar rakannya iaitu Veyle , pelajar di universiti yang sama dengannya. "Vey tunggu!" kata pelajar lelaki itu sambil membetulkan beg galasnya itu. "Haha! bye Ed! aku gerak dulu-"

Veyle sempat menghabiskan ayatnya lalu terlanggar seorang lelaki yang sedang berdiri didepannya tetapi Veily hanya sambung berlari tanpa mengucapkan maaf kepada lelaki itu. "err... maaf ye bang.." kata Ed sambil menunduk sedikit tanda hormat. Lelaki itu terlihat seperti pelajar Universiti seperti mereka tetapi Ed hanya memberikan senyuman lalu dia pergi mencari Veyle semula.

KETIKA DI RUMAH KEON

Kedengaran pintu dibuka oleh Keon lalu dia meletakkan kunci pintunya diatas meja sambil membuka mask setelah Keon masuk ke dalam biliknya. "...hah..." mengeluhnya kerana kepenatan setelah seharian mendaftar ke Universiti baharu. "Aduh penatnya...," tiba-tiba Keon teringat tragedi ketika dia berada di tempat perhentian bas. Keon masih bengang kerana dilanggar oleh remaja itu tanpa meminta maaf. "Huh... biadab betul lah, nasib baik kawan dia yang minta maaf. Kalau tak tu, memang aku dendam." kata Keon sambil membuka telefonnya untuk memeriksa matlumat yang dia dapati di link yang telah diberi oleh Penyarah itu. "Diorang tu patut bersyukur yang aku ni baik lagi tau..." dia mengeluh lagi sekali. Keon menutup telefonnya lalu termenung ke arah tingkap biliknya itu. "hmm...tak sia-sia aku sewa kondo ni..." katanya sambil mendekatkan badan dan menghayati ke arah tingkap tersebut.

SETELAH 1 MINGGU BERLALU

Sebuah bangunan yang besar dan tinggi iaitu sebuah Universiti yang telah didaftar oleh Keon beberapa hari yang lalu. Keon melihat pelajar-pelajar yang lain juga hadir di situ. Keon merasa sedikit segan dan teruja dengan kehadirannya disitu walaupun dia tahu mencari kawan situ amatlah sukar untuknya. Dia melihat kehadiran pelajar-pelajar lain yang berada di dalam pula, terlalu ramai.

Keon mengeluh. 'aduh, ramainya...' Keon hanya mampu berkata dalam hatinya dan berharap dia akan terjumpa dengan kelasnya. Setelah berjalan beberapa minit, Keon akhirnya dapat memasuki ke kelas nya.

Keon telah pun selesai dengan kelas sehariannya jadi dia bercadang untuk sambung mengulang kaji di perpustaaan di sana. "haha! kau dengar tak apa professor cakap? aku tertidur lah..." Kedengaran suara wanita yang berhampiran di tempat dia berada. Lalu kedengaran pula suara lelaki yang hampir dengannya. Keon mengambil headphone nya, memasang lagu dan menumpu perhatian kepada pembelajannya.

Lelaki yang bersama perempuan itu memandang kearah Keon dengan perasaan ingin tahu. Lalu lelaki yang bernama Ed itu terus maju kearah Keon. "kau kan lelaki yang Veyle langgar hari tu?" tanya Ed kepada Keon yang masih kebingungan itu. Keon cuba untuk mengingat kejadian tersebut. OH!!! KAU LA LELAKI TU!!- err sorry...hehe..."

Ucap Veyle dengan keadaan teruja lalu dengan pantas dia meminta maaf walaupun kedengaran seperti tidak serius. Keon hanya angguk lalu memandang semula kearah mereka berdua. "eh takpe... aku okay je-" Lalu Veyle dan Ed bertentangan mata lalu tersenyum sinis.

|

|

|

|

|

|

|

|

Hye gaissss!!! erm saya comeback hehe, setelah lama saya menghilangkan diri... sorry ya!!! mungkin kita akan bertemu lagi!! jangan lupakan Fafa tau! thank you semua yang dah tolong Fafa!!!! byebyee!!!

KERANA DIAWhere stories live. Discover now