Hi Qhalis." Sapa Aurora dengan gaya melambai. Gugup.
Hi cantik, ada apa nak jumpa dengan saya." Balas Qhalis dengan senyuman manis lalu bertanya kembali pada Aurora.
"Duduk la dulu." Pelawa Aurora lalu medaratkan punggung di kerusi yang jenis kayu.
Begitu juga dengan Qhalis. Duduk bertentangan dengan Aurora.
"Hm saya nak jumpa awak ni.. sebab nak bagitahu yang saya akan berpindah duduk kat Beijing nanti." Jelas dan jujur Aurora memberi tahu tentang hal itu.
"Boleh saya tahu sebab apa? Awak kena pindah?" Suara Qhalis saat ini kedengaran sedikit sayu.
"Saya kena uruskan syarikat daddy saya kat Beijing tu." Balas Aurora monyok.
Qhalis menbulatkan mulutnya sambli angguk.
"So mungkin lepas ni kita akan jarang berjumpa?" Aurora menyambung kata-katanya.
Aurora dan Qhalis sudah berkawan sejak Eider bawa Qhalis ke cafe ini berapa bulan yang lalu, walaupun pada mulanya mereka merasa agak janggal dan malu namun mereka cuba untuk biasa diri dan mengenal diri mereka masing-masing dengan lebih dalam lagi? Mereka selalu berkongis masalah dan rutin seharian mereka di chat. Boleh dikatakan hubungan mereka saat ini sangat akrab.
"Hm okay, tak apa Qhalis faham, alah jangan la sedih nanti kita call jela ataupun buat video call sebab waktu Malaysia dengan Beijing kan sama." Tutur Qhalis tenang dan lembut.
"Memang la boleh call tapi tak boleh jumpa depan-depan, nanti pula rindu kat awak.." Balas Aurora namun diujung bicara nya dipelahan sedikit.
Qhalis mengamam bibirnya cuba untuk menahan dari senyum. Dia dengar apa yang Aurora cakap tadi walaupun kedengaran agak perlahan di telinga orang lain namun tidak untuk Qhalis.
"Kalau awak nak jumpa dengan saya ataupun rindu dengan saya, awak cakap je nanti saya datang betul-betul depan mata awak nanti." Kata Qhalis tersenyum.
Meletus tawa kecli dari mulut Aurora.
Lalu terkoyak senyuman lebar di bibir Aurora.Alahai cantiknya awak ni Aurora. Qhalis berkata dalam hati.
"Nanti saya call jangan tak datang pula, kalau awak tak datang.. ni makan dia." Amaran Aurora selari tunjuk buku lima pada Qhalis.
"Setakat tangan kecil awak ni..saya rasa awak yang sakit dulu, bukan saya, awak nak tahu tak sebab apa."
Aurora mengangguk dengan perasaan geram. Nak tahu juga kenapa?
Kecil sangat ke tangan aku ni? aku rasa tangan Bunga lagi kecil dari aku. Bisik Aurora didalam hati.
"Sebab kalau awak pukul saya dengan tangan awak tu, tangan awak yang akan sakit sebab badan saya ni besi tau, kalau awak pukul perambok pun tak jadi apa pun,malah perambok tu ketawa kan awak, macam saya sekarang ni HAHAHA." Qhalis ketawa sambil pukul meja.
Krik kirk. Qhalis berhenti ketawa.
"Tak lawak erk?" Aurora geleng kepala.
"Saya nak happy-happykan awak, awak boleh pula tak ketawa dengan lawak saya, hmph." Qhalis berpeluk tangan di dada selari memandang ke arah lain.
Merajuk.
Aurora tersenyum kecli sebelum dia ketawa besar pabila melihat kerenah Qhalis yang satu ini. Comel aje dia merajuk.
"Ketawa pula dia ni." Qhalis menjeling sekilas ke Aurora yang sedang tertawa.
"Comel saya tengok awak ni." Kata Aurora dengan tertawa masih tersisa.
"Baru tahu ke?" Qhalis buat muka comel depan Aurora.
"Dahlah tu tak malu ke orang tengok." Sempat Aurora tepuk lengan Qhalis.
"Tak apa, ada awak saya tak malu." Qhalis tersengih.
"Awak tak malu, tapi saya malu." Aurora menongkat dagu dengan tapak tangannya.
••༺☆༻••
B
unga, kitorang balik dulu." Ujar Eider pada Bunga yang sedang berjalan menghampiri ke arah mereka bertiga.
"Nak balik dah, tak nak tunggu Qhalis ke?" Balas Bunga.
"Haah Qhalis lupa pula pasal dia, Qhalis kat mana?"
"Qhalis tengah berborak lagi dengan Aurora, tak apa la kau orang balik dulu.. nanti Qhalis tu saya suruh Aurora hantarkan."
Eider mengangguk.
"Okey bye awak." Eider melambai tangan sebelum dia keluar dari cafe.
"Bye Bunga nanti kita lepak lagi." Tutur Qash yang turut melambai tangan ke arah Bunga.
Bunga hanya membalas dengan anggukkan. Manakala Harzan pula hanya tersenyum kecli sebelum dia turut keluar dari cafe itu.
"Cik Bunga, mana yang lain dah balik ke?" Tanya Qhalis yang baru saja mendekati ke arah Bunga yang sedang berdiri di tengah ruangan.
"Haah, baru je diorang keluar tadi." Balas Bunga sambli mengangguk.
"Aduhai kesianya saya ditinggalkan begitu saja oleh Tuan saya sendiri dan kawan-kawan dia." Ujar Qhalis lalu kepala digelengkan untuk berapa kali.
Ketawa terkekeh-kekeh Bunga dan Aurora dibuatnya.
Qhalis datang sekali dengan Eider. Namun kereta itu diguna oleh Eider masa balik tadi. Manakala Qash dan Harzan pula masing-masing bawa kederaan sendiri.
"Apa kata Aurora hantarkan Qhalis balik, boleh kan Rora.. alang-alang tak ada ramai orang sangat ni?" Cadang Bunga sambli kening dijongket ke atas untuk berapa kali sekali dengan senyum sengat.
Aurora mengerutkan alisnya sebelum
dia mendekatkan dirinya sedikit ke Bunga yang memang berada di tepi nya lalu dia berbisik di telinga Bunga."Kau memang sengaja kan!" Bisik Aurora dengan begitu perlahan.
"Tak la mana ada kau ni, alang-alang tak ada orang sangat ni, baik kau hantar Qhalis balik kat office, nanti bising pula si Eider tu, dah pergi cepat-cepat tu." Kata Bunga lalu menolak tubuh Aurora dan Qhalis menuju ke pintu dan mengeluarkan mereka dari cafe dia.
••༺☆༻••
please vote and comment my lovers
- happy reading 💘
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...