Seorang lelaki remaja masuk kedalam bilik gelap. Didalam bilik itu ada beberapa orang pengawal, tetapi dia tidak gentar. Pakaiannya yang berwarna hitam membuatkan dirinya 'halimunan'. Cuaca yang buruk, hujan lebat dan kilat sabung-menyabung menyembunyikan suara tapak kakinya.
Hari yang baik untuk cuaca begini. Dengan mudah, lelaki itu bergerak melepasi setiap pengawal.
'Kalaulah setiap kali aku perlukan -----, cuaca macamni, kan senang..' kata lelaki itu, suaranya seakan-akan suara seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun.😏
Remaja lelaki itupun bergerak laju melepasi halangan dan pengawal. Dia sampai ke simpang T lorong tertutup. Dia melihat sebelum mendadak bersembunyi di sebalik bayang-bayang.
Dua orang pengawal bersenjatakan Kriss Vector 45 melepasi remaja itu sambil berbual-bual kosong.
'Haih, penatlah buat kerja ni! Aku nak balik, nak terus tidur!' Pengawal pertama berkata seakan memberontak.
'Eleh, kau ni. Benda simple pun nak complaint. Kata jantan!' Pengawal kedua mengejek.
'Eh, aku ni dari tadi bertugas, tahu! Naknya masa makan aku tergendala sebab ada orang tiba-tiba ceroboh vault tempat aku berkawal. Bila aku dah siap, aku balik, makanan aku habis kena kebas!''Seriuslah? Hahaha'
'Yelah, aku serius! Nak pulak malam ni pun kena jaga vault yang sama sekali lagi!'
'Hahaha, relakslah. Siapa nak ceroboh tengah malam buta ni?'Kedua-dua pengawal itu berjalan.
Remaja tadi mula menganalisis.
Pengawal elit(sebab senapangnya lain), pencerobohan, vault yang sama..
Inilah dia vault yang dia cari!Dia berasa lega seperti baru menyelesaikan masalah tersusah dalam buku matematik.
Tetapi dia perlu bertindak dengan pantas.
Sebab bukan dia seorang sahaja yang mencari barang itu.
***
Remaja tadi melepasi pintu utama dengan mudah kerana dua pengawal tadi terbukti berkesan menambah kebarangkalian rompakan sehingga 5 kali ganda!
Selepas itu, matanya tertangkap pada satu vault kecil ditengah-tengah bilik itu. Sekali pandang sahaja sudah boleh agak, kerana bilik itu kosong, hanya ada beberapa alatan seperti tong cat dan berus. Di hujung bilik ada tingkap besar yang saiz bingkainya sama besar dengan lebar dan tinggi bilik.
Vault ini tidak dilindungi oleh sebarang sekuriti. Tiada kamera CCTV, tiada laser 'mustahil lepas'... Rasa macam terlalu kosong pula bilik ni.
Ah, pedulikan! Remaja itu terus bergerak untuk membuka pintu vault. Tetapi fokusnya terganggu apabila melihat bayang seakan-akan dua ekor burung dari luar tingkap.
Matanya difokuskan. Tiba-tiba bayang dua ekor burung tersebut semakin mendekat dengan kelajuan mendadak!
Kchiiieeeekk!!
Serta-merta alarm kecemasan berbunyi nyaring. Bising satu bangunan.
Semua pengawal sedang menuju ke bilik yang diceroboh. Yang paling laju, dua orang pengawal tadilah.Bang!
Pintu masuk bilik ditendang. Semua pengawal elit masuk dalam bentuk formasi. Malangnya, sudah terlambat.
Vault sudah berlubang.'Tadikan aku cakap siapa nak ceroboh malam-malam buta, kan? Aku tarik balik.'
'Takde function cakap.'Remaja lelaki tadi terbaring diatas lantai, bersebelahan dengan vault yang berlubang. Dia cuba untuk bangun, namun dia dikepung oleh pengawal-pengawal elit.
Dia hanya boleh mengalah; mengangkat kedua-dua belah tangan secara terpaksa...***
Hero Berdarah : Kita Jaga Kita
Prolog
***
YOU ARE READING
Hero Berdarah: Kita Jaga Kita
Fanfiction"Hero tak semestinya baik macam malaikat. Tapi, tak semestinya hero yang berentap sampai membunuh tu jahat, Itu namanya 'mangsa keadaan'." - Ali ------------- Hero Berdarah : Kita Jaga Kita Alicia, seorang ejen MATA secara tidak sengaja termasuk kaw...