🛑Siapa yg baca bab ini dulu, sila ke belakang balik. Sebab yuna pub dua bab. Dan selalunya ramai yg terlepas pandang. Bagi mengelakkan tak faham jalan cerita sila ingat bab berapa anda baca. Huhuhuhu maaf, bukan salah yuna. Wattpad yg cari pasal sebab lompat bab.
"Puteri Ufaira nak ke mana itu?" Melur bangun dari kerusi bila melihat dari jauh Ufaira yang tengah melarikan diri.Ubai turut memandang ke arah yang sama.
Didi dan Jojo dah panik bila puan Nana menjeling ke arah mereka. Tadi diaorang bagi jaminan yang Puteri Ufaira akan turun. Sekarang lain cerita pula, bila Puteri Ufaira tertangkap melarikan diri.
Ubai pakai cermin mata. "Biarkan dia. Nanti dia datang balik. Kita tunggu."
Didi dan Jojo menarik nafas lega.
Melur tunduk hormat menerima arahan.
Amboi. Kita punya risau pasal dia. Ufaira ketap bibir geram. Kelihatan Bahzi tengah tersenyum melihat sekumpulan awek kulit putih yang duduk di tempat menunggu bas. Huh? Ketawa pula.
Hilang niat nak minta maaf bila teringat perbualan mereka semasa dalam penerbangan ke sini.
"Ufaira, aku dulu susah tau nak mengorat perempuan. Pandang pun sebelah mata je. Sebab aku takut aku salah pilih untuk jadi teman hidup. Jadi aku tak fikir untuk berkawan dengan perempuan."
"Kenapa kau cerita dekat aku?"
"Sebab kau satu-satu nya kawan perempuan aku sejak sekolah menengah."
Hah? Ufaira tayang wajah terkejut dan tak percaya.
"Betul. Jadi kau boleh dikatakan istimewa sebab dapat jadi kawan aku." Bibir tak berhenti tersengih.
Geleng kepala. "Apa-apa je lah, Bahzi."
"Kau tak percaya?"
Angkat kedua bahu dan diam.
"Aku berani jamin dengan kau. Aku susah nak bergaul dengan perempuan."
"Ye ke?"
YOU ARE READING
( OG) HANYALAH DIRIMU (BAHZI ISA)
Mystery / ThrillerHanyalah Dirimu (Bahzi Isa) Mimpi nyataku Bahzi Isa & Ummu Ufaira