Bab 19 (Bahzi Isa)

1K 105 16
                                    

🛑Siapa yg baca bab ini dulu, sila ke belakang balik. Sebab yuna pub dua bab. Dan selalunya ramai yg terlepas pandang. Bagi mengelakkan tak faham jalan cerita sila ingat bab berapa anda baca. Huhuhuhu maaf, bukan salah yuna. Wattpad yg cari pasal sebab lompat bab.

Tak tahu kenapa rasa berat hati nak kembali ke hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak tahu kenapa rasa berat hati nak kembali ke hospital. Masih belum percaya. Betul ke Ufaira dah pergi tinggalkan dia?

Bahzi masih berdiri di tempat yang sama sejak Ufaira melangkah pergi. Satu satu nya kawan yang boleh nampak dia dah tak ada.

Haih! Bahzi duduk mencangkung dengan satu tangan menolak hoodie dari atas kepala ke belakang. Selalu kalau dia menghilang dan pergi sembunyi-sembunyi untuk belajar. Dia tahu ada Ufaira yang menunggu. Sekarang?

Dia pandang ke arah jalan raya. Healing dekat sini sekejap lah. Pantas dia duduk dengan kaki bersila. Redup sebab dia berada di bawah pokok. Angin pula sepoi-sepoi bahasa. Memang sesuai nak layan perasaan.

Dari jauh nampak sekumpulan awek tadi dah menaiki bas. Teringatkan Ufaira lagi. Dia pandang luka dekat telapak tangan. Luka sebab berlawan dengan makhluk ghaib. Ini bukti aku ada untuk kau, sweetdream.

Kalau dengan makhluk bernama wanita tak pernah lagi dia rasa tertarik. Tapi dengan Ufaira ini, berapa kali dah dia rasa dia tak jaga pandangan. Tanpa sedar bibir tersenyum teringat. 

Ufaira pegang pinggang. Hampir 14 jam dia duduk dalam kapal terbang. Kali pertama pula itu, mana tak rasa patah pinggang. 

"Aduh!" Tanpa sedar bibir mengadu sakit. Tangan masih di belakang pinggang. Di urut perlahan. 

Bahzi tersenyum kecil. Comel pula wajah Ufaira bila mengadu sakit itu. Astaghfirullahalazim! Astaghfirullahalazim! Baru tersedar. Jaga pandangan, Bahzi. Dia geleng perlahan.

"Kenapa?" Ufaira menegur bila melihat Bahzi tergeleng-geleng sambil menunduk. 

Uh! Bahzi angkat kepala. "Tak ada apa." 

"Kau mengata aku eh?" Ufaira meneka. 

Bahzi ketawa. "Mana ada. Aku cuma cakap..."

Kening Ufaira terangkat. 

"Kau macam budak kecil. Manja. Baru beberapa jam dah mengadu sakit. Kelakar." 

"Budak kecil?" 

"Ye lah." Tanpa rasa bersalah Bahzi mengiakan. "Dengan pendek nya." Tambah nya lagi. 

Amboi! Amboi! "Itu kau mengata aku lah."

Bahzi ketawa lagi tanpa sedar perubahan wajah, Ufaira yang macam naga tak cukup makan. "Itu bukan mengata. Itu kenyataan." 

"Bahzi..." Ufaira masih cuba mengawal kemarahan. 

"Yea budak kecil." 

Budak kecil lagi. "Aku dah 20 lah." 

"Betul la budak lagi." 

(C) HANYALAH DIRIMU  Where stories live. Discover now