Dihari yang mendung, biasanya Scarlett meluangkan masanya dengan membaca buku di perpustakaan.
Semasa dalam perjalanan, dia terlanggar seorang lelaki. Scarlett langsung meminta maaf pada lelaki itu. Lelaki itu nampak seperti mengejar sesuatu. Scarlett pun masuk ke dalam perpustakaan tersebut.
Perpustakaan pada masa itu sangatlah sunyi. Dia duduk di meja yang terakhir. Selepas meletakkan buku tulisnya di atas meja itu, dia terus mencari buku untuk dibaca. Semasa mencari buku, Scarlett terjumpa sebuah buku bertajuk "True Love". Dia tersenyum melihat buku itu sambil berkata "Tak boleh percaya yang cinta tu sejati.." lalu dia meletakkan buku itu kembali ke tempat asalnya.
Scarlett kembali ke tempat duduknya dan menyiapkan beberapa tugasan. Beberapa jam kemudian, sebelum dia berangkat pulang, dia terfikir akan buku yang dia jumpai tadi. Dia kembali ke rak buku itu dan mengambil buku tersebut dan pergi ke kaunter. Setelah itu, dia merasa lapar dan ingin singgah di kedai untuk membeli bahan-bahan mentah untuk dia masak apabila dia tiba dirumah nanti. Selesai membeli barang dapur, dia pun terus pulang ke rumah.
Malam kemudian, selepas selesai makan dan mandi, Scarlett berehat di biliknya. Dia mengambil buku yang dia pinjam di perpustakaan tadi lalu membacanya. " Haha.. Cinta boleh setulus itu ya?.. Merepek" Kata Scarlett sambil tersengih. Apabila jam sudah menunjukkan Jam 11:12pm.. Dia menutup buku itu lalu tidur...
Keesokan Harinya.. Dia bangun dengan mengangkat tangannya keatas lalu menguap.. "Dah jam berapa ni? " dia melihat jam di telefon. Matanya terbentang luas apabila dia mengetahui dia sudah lambat untuk ke kelas.. Dengan sepantas kilat dia pergi mengambil tuala dan terus masuk kedalam bilik air.
YOU ARE READING
My First Love
Short StoryMenceritakan seorang gadis bernama Scarlett Fliwer yang tidak percaya akan cinta, dan tidak ingin bercinta kerana takut disakiti. Namun semuanya berubah setelah dia bertemu dengan Ayden Zachrious