𝓣𝓪𝓴𝓵𝓾𝓴𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓾 || 07

34 15 0
                                    

3 tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 tahun kemudian...

"Sekarang ke? Kalau esok boleh?" Tanya Qaisara.

"Sekarang lah Sara, sebelum ramai lebih baik kita yang sampai dulu nanti penat nak tunggu." Jawab Nadierah, ditayangkan wajah memujuk itu agar Qaisara menemaninya.

"Eso- Awwh," belum sempat habis berkata, tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang yang baru saja keluar dari pintu mall.

"Maaf, saya terlalu laju sangat jalan tadi. Awak, ada sakit kat mana-mana?" Lembut lelaki itu bertanya apabila melihat Qaisara meringis perlahan sambil memegang bahu yang dilanggar tadi.

"Sara, kau okay?" Tanya Nadierah dan terus memandang tajam kearah lelaki yang telah melanggar Qaisara tadi. "Tak nampak ke dia tengah sakit atas kecuaian awak? Senang je minta maaf," balas Nadierah lagi.

Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal, "Bukan ke aku dah tanya sakit atau tak?" Gumamnya perlahan.

Qaisara mengangkat wajah, "It's okay." Jawab Qaisara tanpa memandang wajah lelaki yang melanggarnya tadi.

"Die, takpe aku okay," bisik Qaisara yang hanya Nadierah sahaja dengar.

"Saya yang patut minta maaf. Jalan tak tengok kiri kanan..." Qaisara membalas sambil tersenyum.

Qaisara, memang murah senyum.

Qaisara memandang lelaki itu, lelaki itu pula memandang wajah dia. Qaisara menunduk, mungkin malu.

Mata tertuju ke gadis yang ada disebelah Qaisara, gadis yang telah memarahinya tadi.

"Wait, Nadierah kan?"

Eh?

Qaisara mengerut kening. Dipusingkan wajahnya ke kanan memandang Nadierah, terlihat Nadierah pun seperti terkejut.

'Nadierah kenal ke mamat ni?'

"Haah. Awak, kenal saya?" Tanya Nadierah

Lelaki itu tersenyum. 'Berawak saya' ye sekarang.

"Aku kenal kau, kenal sangat. Aku lah, Arman Ariff. Tak ingat?"

"Arman Ariff?" Nadierah terdiam, cuba untuk berfikir.

Dia macam tak asing dengan nama itu, dia cuba untuk ingat.

"Oh! Aku ingat kau, Arman!" Tiba-tiba, Nadierah menepuk lengan Arman, kuat.

Terangkat sebelah kening Qaisara.

'Biar betul si Nadierah ni?'

"Kau, kenal dia ke Die?" Tanya Qaisara seolah berbisik, tapi tetap Arman mendengar bisikan itu.

"Aku kenal, dia kawan aku kat U Sara, dia baik. Dia banyak tolong aku kat U," puji Nadierah untuk Arman Ariff.

Arman Ariff memang baik, dia banyak membantu Nadierah. Disebabkan kebaikan Arman Ariff itu, ramai pelajar-pelajar kat Universiti menyangka bahawa mereka ni ada hubungan. Padahal, mereka hanya sebatas teman sahaja.

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔 Where stories live. Discover now