14 : Afif

7 2 1
                                    

Tuan Afif Huzair, abang kembar kepada Tuan Ain Irrisa. Dua tahun lamanya dia tidak pulang ke tanah air. Hidup di negara orang.

Dan pada hari Jumaat ini, di sinilah dia, di ruang tamu selepas solat Isyak berjemaah. Pastinya akan disoal siasat oleh Najmuddin, Ghaffar, Luqman dan Ain.

"Kau buat apa dekat UK 2 tahun tak balik?" Najmuddin memulakan sesi.

"Okey jangan mengamuk dulu. Cerita dia macam ni..."

2 tahun lepas, UK...

Afif yang ketika itu berusia 12 tahun berjalan seorang diri pulang dari mini market berdekatan hotelnya. Ya, dia salah seorang pelajar terpilih untuk program pertukaran pelajar.

Dalam perjalanan pulang, dia melalui lorong yang gelap seorang diri. Apa nak takut, Allah kan ada? Lagi pun, dia dah biasa lawan-lawan.

Tiba-tiba dia tersandung. Hampir jatuh tetapi mujur dia sempat menyeimbangkan badan, menyelamatkan makanan.

"Apa ni... Eh, manusia?" Dia memandang susuk tubuh yang melemah itu. Bila diteliti, lantai di situ dibanjiri darah dan ada kesan tikaman pada bahu kanan manusia di hadapannya.

"Hello sir, still alive?" Tangan dilambaikan sedikit. Afif menunggu respon jejaka itu.

"Ugh... Who are you?"

"Just a person that almost kiss the ground because you're lying here," jawab Afif selamba.

"Go away, kid."

"Where's your home? Let me bring you there," soal Afif.

Entahlah, perasaannya menyuruh untuk membantu insan di hadapannya ini.

"Go away, it's dangerous..."

"I don't care. I'm a part of Bloody Moon. You know them?" Tanya Afif lagi.

Lelaki itu seolah tidak percaya. Kanak-kanak di hadapannya ini sebahagian daripada 'keluarga' terkenal?

"Tuan Afif Huzair. You?" Afif menghulurkan tangan, juga bantuan.

"Jason De' Noah." Jejaka itu menerima huluran tangan Afif dengan bersusah payah.

"Hold on a little. You can do it right?" Afif mengambil posisi untuk mula membantu Jason berdiri.

"Yeah."

Akhirnya Afif membantu Jason untuk pulang melalui jalan yang agak tersorok. Untuk keselamatan.

"Haa, lepas tu... Aku tinggal dengan dia sebab aku jadi buruan musuh. Maka terpaksalah aku duduk sana supaya musuh dia tak datang Malaysia. Haa puas?" Afif mengambil nafas, mengah bercerita.

"Dah tu, kenapa sekarang kau balik?" Tanya Ghaffar.

"Sebab musuh dia tu dah mati. Jatuh bangunan masa nak serang aku rawr." Afif tersengih saja. Najmuddin menggeleng.

"Jangan buat benda macam tu banyak kali. Aku yang naik gila." Najmuddin mengeluh kecil.

"Tak janji," jawab Afif selamba.

"Aku hempuk kau ni karang." Ain berkata menyampah.

"Ceh, budak kecik duduk diam-diam."

"Kita jarak 3 minit je. Tak payah kecik sangat."

"Aku tetap abang kan?" Afif tersengih kemenangan.

"Ye lah 'abang'. Kau bukannya ada nak jaga aku masa susah." Ain menggunakan senjata unggulnya.

Setalamz : Nanti...Where stories live. Discover now