Bab 49

262 49 2
                                    

Misyah terjaga daripada lenanya. Bunyi pancuran air daripada bilik air menyentakkannya daripada lena.

Dia menoleh ke sebelahnya. Kosong.

Aysar mandi? Awalnya.

Dia menguap kecil. Handphonenya dicapai untuk melihat waktu saat ini. 5:27am. Memandangkan subuh akan tiba tak lama lagi, Misyah duduk daripada pembaringannya. Dia menyandarkan tubuhnya pada kepala katil.

Dia masih mengantuk. Matanya dipejam. Mahu tidur lagi lima minit. Tak sempat dia nak kembali ke alam mimpi, bunyi pintu bilik air terbuka menyapa halwa telinganya.

"Sayang?"

Bau sabun susu kambing menyapa rongga hidungnya. Ternyata Aysar duduk di sebelahnya sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil.

"Pagi ayang... Awalnya mandi? Balik jam berapa?" Soal Misyah dengan mata yang masih kuyu. Entah pukul berapa dia tidur pun tak pasti. Tahu-tahu je dia sudah terlena.

Tidak peduli Aysar yang baru lepas mandi, dipeluk tubuh sasa Aysar dengan erat. Best! Wangi pula tu.

Aysar senyum.

"Dah bangun, kejap lagi nak azan subuh."

"Hmmm... Lima minit... Ngantuk..." Misyah membetulkan posisinya agar dia lebih selesa memeluk tubuh Aysar.

Aysar biarkan saja tingkah isterinya itu. Entah jam berapa Misyah tidur pun dia tidak tahu. Dia cuma harap Misyah tidak menunggu kepulangannya seperti yang di pesan.

"Sayang, wake up. Time's up."

"Urmm nak tidur lagi..." Rengeknya masih tidak puas tidur. Dia membuat muka yang sangat mengantuk agar Aysar bagi dia tidur sekejap. Tapi dia tahu tidak akan berhasil, huhuhu...

"No sayang, pergi mandi."

"Jom mandi sama." Kata Misyah dengan gurauan. Takkan dia nak Aysar mandi sekali lagi pula? Lagi pula segan dia.

"Okey jom."

Terus segar biji mata Misyah.

Aysar ambil serius dengan gurauannya!

Tangan Aysar dipegang agar Aysar tidak bergerak ke bilik air. Aduh, pagi-pagi nak buat hal!

"Eh, sayang gurau je lah yang! Okey kejap bagi sayang 15 minit." Terus dia berlari masuk ke dalam bilik air setelah mencapai tuala mandinya.

Terletus tawa kecil di bibir Aysar. Tahu takut.

Sementara menunggu Misyah habis mandi, Aysar membuka handphonenya untuk melihat jika ada apa-apa perkara penting yang perlu dia lakukan sepanjang ketiadaan Zahin.

"Busynya dia..."

Aysar melihat Misyah yang sudah lengkap berpakaian sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala.

"Ayang akan busy untuk seminggu ni sepanjang ketiadaan Abang Zahin tapi ayang akan cuba ada kan masa dengan sayang."

Misyah senyum kecil.

"Sayang okey je. Ayang kan PA mesti kerja banyak nak kena buat. Mana nak back up kerja bos lagi kan? Sayang faham."

Aysar diam memerhati tingkah Misyah yang masih mengeringkan rambut. Ya, Misyah hanya tahu dia bekerja sebagai personal assistant Zahin. Itu sahaja. Tidak akan sesekali dia dedahkan dunia mafia pada isterinya itu. Dia juga akan pastikan Misyah tidak tahu mengenai dunia gelap itu.

"Okey jom pergi bilik solat." Misyah sudah siap bertelekung.

Aysar bangun dan mengekori langkah Misyah yang sudah keluar daripada biliknya menuju ke bilik solat.

MY MRS TURKISH √√ Where stories live. Discover now