✨02✨

4 1 0
                                    

kau kena ambil hati dia. senang cakap, every girls love act of service boy.

ayat yang dikeluarkan dari mulut Haris itu bermain di fikiran lelaki yang bernama Numan. Walaupun dia pernah berada di dalam dunia percintaan sebelum ini, tetapi bila lihat wajah mulus Auliya Maisarah, terus lupa segala cara untuk memikat hati wanita. 

"yah, nak ikut ke tak ni?" soal haris melihat rakannya yang kusyuk berangan itu

"mana?" soal numan yang masih dalam lamunan

"rehat la dengan awek aku"

dengar saja ayat itu terus cergas mata dan badan lelaki yang dilamun cinta itu. cepat ii dia memeriksa wajah tampannya dan rambutnya di cermin kecil milik haris.

suasana di meja makan itu sunyi sepi walaupun dilengkapi oleh dua merpati sejoli di situ. keadaan menjadi kekok sejak hari Numan bertemu dengan Auliya. 

"ehemm, jom beli makanan" sofiya cuba memecah kesunyian 

sejak kitaorang lepak sekali, yang aku perasan, hari hari dia wajib minum coffee, so I guess she loves coffee

tiba ii pernyataan haris keluar di minda numan. cepat ii lelaki itu bergegas ke arah bahagian penjual air.

"abang, coffee dua" pinta numan pada penjual air di situ

dari jauh terlihat auliya menghampiri kedai air di situ, terus numan berjalan menghampiri gadis itu dengan dua gelas coffee di tangan.

"I belikan you coffee. I heard you loves coffee a lot" kata numan pada gadis itu

terkebil ii auliya dibuatnya.

"jom. takpa I bawakan coffee you" ajak numan selamba

"ingat auliya, all men are same" bisik auliya yang hampir cair dengan tindakan lelaki itu

suasana di meja itu hanya dipenuhi dengan suara adriana dan haris yang seronok menikmati dunia percintaan remaja mereka tanpa hiraukan rakan rakan mereka yang masih kekok. sebaik sahaja auliya ingin bangun setelah habiskan makanannya tiba ii pinggan yang digunakan gadis itu diambil oleh numan, begitu juga dengan gelas yang tadi penuh diisi dengan coffee kini hanya tinggal ketulan ais semata.

"takpa biar I yang buang" jelas numan sekaligus mengenyitkan mata pada gadis itu

"apa masalah kawan kau tu hah?" auliya bersuara setelah lelaki itu pergi

-

"auliya" panggil adriana

"hm" sahut gadis itu sambil fokus habiskan latihan matematiknya

"dah seminggu si numan tu tackle kau, kau tak rasa apa ii ke?" soal adriana

"nak rasa apa?" soalan dibalas dengan soalan

"kau tak bagi ke number kau? cair taik telinga aku dengar hari hari dia mintak number kau" soal antasha pula

selamba auliya menggeleng.

"eh rugi tauu, numan tu antara senior yang hot tau kat sini, antara semua perempuan, kau orang yang dia suka, kau tak rasa beruntung ke?" giliran farhana pula bersuara

"alah, baru seminggu, lama ii nanti dia suka orang lain lah pula, lelaki kan" balas auliya

"yah auliya, kau tak boleh nak samakan semua lelaki macam tu. kalau semua lelaki macam tu, kau takde la kat dunia ni, dalam banyak banyak lelaki, ada yang tak baik, ada juga yang baik, orang yang bijak je pandai menilai bab ni" jelas sofiya merupakan pakar nasihat dalam kumpulan itu

"kau nak cakap aku tak bijak ke apa?" jeling auliya

"kalau kau rasa macam tu" selamba saja sofiya bidas

Let's fix itWhere stories live. Discover now