Author's POV
Seroja menilik dirinya pada cermin.Dress potongan kasual yang membalut dirinya dibelek seketika.Dress berwarna putih simbolik pada hari ini dia akan memulakan hidupnya yang baru.
Seroja's Outfit
Solekannya cuma sederhana.Tidak begitu menonjol.Cukuplah agar dirinya tidak kelihatan terlalu pucat ketika ini.
Andrian masih berada di dalam bilik air.Seroja cepat cepat mengeluarkan persalinan Andrian.Dari baju, seluar, pakaian dalam, stokin, sapu tangan,tali leher.Lengkap semuanya.Tugasnya yang tidak pernah diabaikan semenjak menjadi isteri Andrian.
Seroja turut mengeluarkan kemeja putih untuk Andrian.Sedondon dengan dia.Seroja kemudian mendudukkan diri di atas katil semula.Dia menanti Andrian selesai melakukan rutin paginya.Selepas ini mereka akan ke pejabat peguam bersama.
Seroja memandang perutnya lama.Tangannya naik mengusap abdomennya yang masih kempis.Masih belum tiba masanya untuk dia memberitahu Andrian.Dia tidak punya kekuatan untuk memaklumkan kepada suami perihal kandungannya.
Simpati Seroja pada anak di dalam perut.Nampaknya nasib anak itu sama seperti abangnya Alex.
Kuakan pintu menyedarkan Seroja.Bibirnya mengukir senyum kepada Andrian.Lelaki itu turut membalas senyumnya seraya menghampiri katil.
"You look great in white"
Puji Andrian.Raut wajah isterinya diperhatikan lama.Mata isterinya kelihatan sedikit sembab.Kesan dari dirinya yang menangis semalaman.Andrian tahu itu namun dia seperti tidak kuat untuk memujuk hati isterinya malah wanita itu membawa diri ke biliknya.Mereka tidak tidur sebilik malam tadi.
Bagaimana dia ingin memujuk isterinya,sedangkan dia pun turut hiba.
Andrian mencapai pakaiannya.Satu persatu disarung kepada tubuhnya.Pergerakan terasa lambat.Ketika ingin membutangkan baju ada sepasang tangan terlebih dahulu melakukannya.
Andrian menundukkan kepalanya apabila Seroja mula mengikat tali leher.Andrian mengetap rahangnya kuat.Sebolehnya dia menahan empangan matanya pecah.Pergerakan tangan Seroja diperhatikan kemudian beralih pula kepada wajah kecil itu.
"Done.White colour suits you Mr.Vasile."
Puji Seroja dengan senyuman.Wajah suaminya yang kemas bercukur ditatap lama.Mata lelaki itu kelihatan berkaca.Tidak lama kemudian Seroja melangkah ke meja solek pula.Audemars Piaget disarungkan kearah pergelangan tangan Andrian.
Andrian mengambil kesempatan membelai rambut Seroja.Kali ini wanita itu tidak lagi menyarung rambut palsunya.Rambut Seroja mulai tumbuh dengan lebat. Rambut berpotongan pixie memang sesuai dengan wajah kecil isterinya.
"I'm gonna miss my wife.I'm gonna miss every molecules of you baby"
Andrian menarik Seroja dekat pada tubuhnya.Tubuh isterinya dipeluk erat.Erat seeratnya.Seroja turut membalas dakapan Andrian.
YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS ( COMPLETE )
RomansaMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...