RUMAH yang dibeli dia pandang. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Lagipun, belum pasti dia akan sentiasa berada di rumah.
Beberapa beg pakaian dibawa masuk ke dalam. Melihat teksi yang dinaiki tadi sudah berlalu dia menutup pintu.
Dia mengeluh perlahan. Penat.
Memandangkan di Kuala Lumpur tak seperti di kampungnya itu. Dia memilih untuk tinggal di taman berbanding di bangunan tinggi yang perlu banyak tenaga.
" penatnya. " adunya. Dia membaringkan tubuhnya ke lantai. Memandangkan rumah baru itu kosong dia harus keluarkan beberapa wang simpanan untuk membeli sedikit perabot.
" nanti-nantilah fikir. Tidur lagi bagus. " katanya. Mencari tempat selesa sebelum matanya dipejam.
RAMBUT yang menghalang matanya diselit sedikit ke belakang telinga. Tangannya bergerak mengipas dirinya. Panas.
" mana dia ini. Lambat. " katanya. Dipandang sekeliling mahu melihat jika orang yang ditunggu tiba.
" hai girl~ " sapa seseorang. Airiz menoleh sebelum dijeling tajam. " lambat! " marahnya. Emma menyengih. Dia melabuhkan punggung di hadapan Airiz.
" maaflah. Jalan sesak sangat. " alasannya. Dijeling saja oleh Airiz. Malas.
" bila kau sampai? " soal Emma. " satu jam yang lalu. "
Ok. Dia rasa bersalah. Satu jam mat! Kau rasa?
" alah, maaflah. Aku tak sengaja. " sesi memujuk kawan baiknya. Airiz merengus. Nasib kawan sendiri, kalau tidak? Selamat kau dalam gaung!
" dah lah. Lupakan saja. Walaupun ini kali ke empat kau sidai aku. " sempat dia menyindir. Emma menyengih umpama kerang busuk.
" jadi...macam mana projek kau? Ok? " soal Emma menukar topik. Airiz menyedut air dipesannya itu sebelum menjawab.
" ok cuma, warna belum aku tahu. Sebab, terkadang costumer akan pandang warna dia juga, tak semestinya reka bentuk dia. " jawab Airiz. Emma mengganguk.
" apa susah. Warna putih lah. " kata Emma. Airiz mengeluh. " memanglah, tapi costumer ni minta warna lain, tak nak warna putih. "
Emma mengganguk faham.
" susah juga ya jadi designer untuk baju pengantin. " ujar Emma. Airiz angkat bahu acuh tak acuh. Baginya, itu perkara biasa. Dia dalam mereka baju pengantin sudah sebati.
" Oh ya, tadi aku kebetulan ada lalu depan rumah kau. Siapa sebelah rumah kau tu? " soal Emma tiba-tiba. Airis mengerutkan dahinya. Sebelah rumahnya?
" maksud kau? "
" tadi, aku ada nampak seorang lelaki itu baru saja keluar dari rumah. Sebelah rumah kau. "
Makin berkerut dahi gadis itu. Setahunya, dia tidak berjiran melainkan di belakang rumahnya.
" setahu aku mana ada siapa sebelah rumah aku. Tadi aku keluar mana ada kereta ke apa sebelah rumah aku tu. " ujar Airiz. " pula. " balas Emma.
SENYUMAN lebar yang terukir dibibir tadi masih terhias di wajahnya. Siapa sahaja tak gembira? Pemohonannya untuk bekerja diterima. Alhamdulillah, berkat doa kedua-dua orang tuanya.
" ya Ummi, Syad diterima. " jawab Arsyad mendengar soalan Puan Khadijah. " alhamdulillah, baguslah tu. Capai juga cita-cita kamu tu nak jadi chef yang mithali. " usik Puan Khadijah di hujung talian.
Arsyad ketua mengekek. " kalau Chef, boleh berperang Syad dekat dapur tu. " kata Arsyad.
" dah lah Ummi, Syad belum solat zohor ni. Baru lepas beli perabot. Ini nak singgah surau pula. " kata Arsyad. " ha ya lah. Assalamualaikum, Hati-hati dekat sana. " kata Puan Khadijah bersama pesanan.
" ya Ummi, waalaikumsalam. "
Talian diputuskan.
MATANYA tak berkedip memandang 'jiran' barunya itu. Terlihat satu sosok tubuh lelaki yang sedang berdiri di kawasan rumahnya.
Lelaki itu sibuk berbual dengan salah satu pekerja yang mengangkut perabot. Beberapa pekerja lain sibuk mengangkat perabot masuk ke dalam.
Memandangkan rumahnya bertingkat dua jadi mudah untuk dia mengendap. Sekali-sekala tak apa kan?
" lelaki tu tak ada kereta ka apa? " soalnya sendiri.
Melihat lori yang membawa perabot milik jiran barunya itu pergi, dia buat keputusan untuk menegur.
" hai. "
Arsyad menoleh. Namun belum sempat sepenuhnya memandang, dia memusingkan kembali tubuhnya. Tubuh belakangnya menghadap gadis tak dikenalinya.
Terjungkit kening Airiz ke atas. Dah kenapa?
" kenapa? "
" pakaian awak...terlalu menonjol. " kata Arsyad. Airiz diam. Dia memandang dirinya.
Berseluar jeans biru. Berbaju pendek putih dan rambut dibiarkan diikat rapi. Apa masalah dia?
" saya tengok oke saja. "
" ok? Maaf bertanya. Tapi, awak...Islam? "
Airiz mengganguk perlahan. Arsyad terkedu. Islam? Tetapi...
" jadi, tak boleh ubah pemakaian? "
" awak ni kenapa? Saya datang nak tegur awak baik-baik tapi nak acah alim pula! " marah Airiz sebelum melangkah ke rumahnya semula.
Pintu rumah dihempas kuas. Geram! Ini hal dia! Biarlah dia mahu memakai macam mana pun!
ARSYAD pelik. Dia ada salah cakap?
Dia menggeleng perlahan. Dia melangkah masuk ke dalam rumahnya semula.
Kini, sedikit terisi rumahnya miskipun sekadar sebuah sofa, almari baju dan TV. " buat sementara ini dulu lah. Lepas ada gaji, nantilah aku beli yang lain pula. " katanya.
Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Dipejam matanya perlahan-lahan. Penat!.
YOU ARE READING
Cinta Bayangan: Arsyad Lutfan [ SLOW UPDATE ]
Romance|Spin-off Hanya Dia| ARSYAD LUTFAN | AIRIZ IMAN AIRIZ IMAN gadis yang jauh terpesong. Gemar melakukan perkara-perkara yang sudah jelas haram dalam Islam namun apakah dayanya kalau itu sudah menjadi hobinya? ARSYAD LUTFAN lelaki yang serba boleh. M...