BAB 41✨

149 9 0
                                    

Nik melangkah masuk ke dalam office. Kali ini lain, dia masuk dengan wajah yang serius tanpa senyuman. Dia datang sebagai Nik bukan Nicole.

Receptionist itu tersenyum bila melihat tubuh itu.

"Encik Nicole nak jumpa Encik Fawwaz ke? Kejap saya call bagi tahu"  ujarnya sedikit teruja dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

"Nope, Aku nak jumpa semua"

Receptionist itu sudah mengangkat kening. Takut juga dia salah mendengar suara yang kasar itu.

Bunyi barangan terjatuh buat dia berpaling.

Terketar-ketar Fayaz melihat tubuh itu berada di pejabat. Fayaz memusingkan tubuhnya dan ingin berlari pergi dari situ. Nik yang melihat turut mengejar.

Dia menendang belakang tubuh Fayaz yang sempat dia kejar. Tubuh itu terpelosot jatuh kerana lantai marmar yang licin.

Fayaz memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu yang tersenyum sinis memandang dirinya. Air liur diteguk. Terasa dirinya sudah tak selamat.

"Aku... minta maaf Nik..."

"Patutnya kau tahu apa yang akan jadi bila kau langgar arahan Aku"

"Aku tahu.. Aku tak sedar.. Aku tengah marah time tuh"

Dia menghela nafas sinis.

" Should i do what you do to her?"

Tanpa menunggu persetujuan. Leher itu terus dicekik kuat. Melihat kaki itu  mula meronta, senyuman di bibirnya semakin meleret.

Receptionist itu sudah terkejut melihat adegan itu.

"Should we call polis?" tanyanya pada receptionist yang lain.

"Nope, that's our CEO Nik" ucap Malia pada receptionist baru itu. Dia sudah bekerja lama dalam syarikat itu. Dia dapat mengagak kenapa CEO mereka bertindak sedemikian.

"Huh?"

Muka Fayaz sudah memerah dan timbul urat dimukanya. Bukan dia tidak menolak tapi dia tidak mampu. Walaupun dia bertubuh lagi besar dari Nik tapi boleh dikatakan lelaki itu lebih kuat darinya.

"Nik!!" Fawwaz sudah terkejut melihat Fayaz yang meronta-ronta di bawah Nik.

Nik memandang tajam wajah Fawwaz. Bibirnya tersenyum sinis bila dia melihat orang kedua yang ingin dia sakitkan. Nik melepaskan cekikan itu. Dia berjalan menghampiri Fawwaz.

Fayaz terbatuk-batuk di belakang sambil memegang lehernya yang perit. Fawwaz meneguk liur melihat mata yang memandang sinis padanya.

" Aku dah ikut cakap kau Nik. Kenapa kau macam tak puas hati dengan aku? " Tanya Fawwaz.

"Betul, kau orang yang paling berjasa dalam menjaga Alid but itu tak beri kau tiket untuk kau pegang perempuan Aku "

Seusai menghabiskan ayatnya, Nik melayangkan penumbuk di bahagian perut itu. Terduduk Fawwaz dengan tumbukkan itu. Fawwaz terasa tidak percaya dengan alasan kenapa dia dipukul. Macam mana dia mahu menolong gadis itu tanpa menyentuh.

"Ok that's it. Korang selamat hari nih sebab Aku dah promise dengan Alid supaya tak buat lagi teruk dari nih"

Nik mengeluarkan henponnya bila terdapat bunyi mesej masuk. Dia berdecit melihat isi mesej.

"Ikut aku"

Arahnya pada Fawwaz dan Fayaz. Mereka mengikuti langkah lelaki itu dengan perit di perut dan perit di leher.

...

"Stop!!"

Lelaki itu melepaskan ciumannya. Dia hanya tersengih sinis memandang wajah ketua MPP itu.

Psycho LoverWhere stories live. Discover now