Bab 50

244 47 4
                                    

"What? Cancel?"

Melihat anggukan Syuhada membuatkan mereka bertiga terdiam seribu bahasa. Wajah Syuhada sudah kelihatan seperti mahu menangis membuatkan Misyah tidak tahu mahu berkata apa.

"Shit! Bebal apa cancel last minit? Benda dah siap siot! Takkan nak buang?" Amuk Yusuf. Bagai nak gila mereka berempat siapkan order sehingga terpaksa overtime, alih-alih customer cancel.

Walaupun mereka terima duit deposit tapi mereka tetap rugi banyak. 1500 unit cup cake terpaksa cancel disebabkan pihak lain dari customer dah order tempat lain.

Syuhada tidak terlalu memikirkan tentang duit tapi dia memikirkan macam mana mereka nak jual cup cake itu semua agar tidak terbuang. Nak jual cup cake ni semua amat mustahil dalam waktu terdekat. Cup cake hanya bertahan selama seminggu saja. Termasuk harini sudah masuk hari kedua.

"Dah lah benda dah jadi tak guna pun kau nak mengamuk. At least kita tak sepenuhnya rugi. Anggap ni ujian untuk kita semua. Pengalaman macam mana kena scam dengan customer." Betapa positifnya Zuhairi agar keadaan mereka tidak terlalu tegang.

Yusuf merengus. Kalau customer tu depan muka dia memang kena maki customer tu dengan dia.

Misyah masih tidak bersuara apa-apa. Jujur dia pun terkesan sama. Entah kenapa dia rasa penat mereka sangat tidak berbaloi disebabkan perkara ini.

Asyik melayan perasaan, handphone Misyah berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Misyah segera angkat apabila yang call itu adalah Aysar.

"Assalamualaikum ayang..."

"Waalaikumussalam, are you busy?"

"Tak, kenapa yang?"

"Can i ask you something?"

Pelik pula Misyah.

"Boleh, tanya je."

"Sayang terima order urgent?"

"Bergantung pada keadaan dan barang. Kenapa? Ayang nak buat order ke?"

Kata-kata Misyah itu menarik perhatian Zuhairi dan Yusuf yang berada dekat dengannya. Mereka saling bermain mata. Mula lah mereka berdua sibuk nak dengar sama. Syuhada menjadi pemerhati saja.

Rimas apabila mereka berdua sibuk nak dengar sama, dia buka loud speaker. Kalau ada yang cringe dengan perbualan dia dan Aysar padan muka. Sibuk je nak dengar.

"Yes, can i?"

"In Shaa Allah, nak order apa tu? Banyak ke? Bila nak ambil?" Misyah mula mengambil buku untuk mencatat order Aysar. First time ambil order suami sendiri.

Kedengaran Aysar sedang bercakap dengan seseorang tapi tak jelas butiran percakapan mereka.

"Kedai sayang ada apa-apa dessert? Muffin or cup cake? Teringat yang sayang ada buat order cup cake untuk customer. Ada extra?"

"Ada!" Bukan Misyah yang jawab sebaliknya Yusuf. Punya happy ada orang nak beli cup cake mereka sampai tak sedar dia terjerit.

"Erkk sorry yang, kawan sibuk nak dengar. Kitorang ada masalah sikit tadi. Nanti balik rumah kita sembang." Cuak gila Misyah. Sumpah dia takut Aysar fikir bukan-bukan.

Zuhairi menepuk lengan Yusuf. Yusuf terus minta maaf. Terlepas weh!

Syuhada tepuk dahi. Adik siapa tu?

"Ada banyak?"

Yusuf melepas keluhan lega. Nada suami Misyah tidak kedengaran seperti marah. Selamat.

MY MRS TURKISH √√ Where stories live. Discover now