Bangku yang berada dihujung sudut tempat parking motosikal menjadi tempat duduk Hanizz Adriana. Lelaki bermata koko keemasan itu dibiarkan berdiri dihadapan nya.
Saja mahu tunjuk kepada lelaki itu yang dia benar-benar marah.
Ada ka patut tumbuk orang tanpa usul periksa? Kalau perkara itu terjadi sekalipun lelaki itu tidaklah perlu bertumbuk sampai bahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
Tapi masalahnya sekarang ini Hanizz sendiri tidak tahu apa masalah laki itu sehingga perlu guna kekerasan.
Sudah la yang terkena tempias itu Abang sepupunya.
Nanti Ibu bapa Abang Hafiz tahu kawan dia a.k.a kawan sekerja dia yang tumbuk anak diorang macam mana? apa dia mahu jawab?
Huhhh
Anak mata bundar milik Hanizz Adriana merenung tajam kedalam anak mata koko keemasan milik lelaki itu.
"apa masalah awak sampai nak pukul orang?... ka memang perangai awak macam tu?... tak tahu la kan, kalau memang hobi awak suka pukul orang?" sinis Hanizz menyoal lelaki bermata koko keemasan itu. Sakit hatinya makin membuak-buak bila lelaki itu menayangkan riak wajah tidak bersalah.
Seolah-olah apa yang dia buat tadi itu betul.
"tak ada masalah. 'Cuma hobi suku pukul orang' saya, akan muncul bila saya tak puas hati" tenang lelaki bermata koko keemasan itu membalas.
"tak ada masalah awak cakap? yang awak pergi pukul Abang Hafiz tu kenapa?" Hanizz bangun dari duduknya sebelum berdiri tegak di hadapan lelaki itu.
"what?! Abang Hafiz? you know that man?" bertalu-talu lelaki itu bertanya akibat terkejut.
Mana tidaknya dia tidak terkejut kalau orang yang rapat dengan gadis itu ada niat tidak baik terhadap gadis itu. Nasib dia cepat bertindak. Tapi yang jadi masalah, kenapa gadis itu seolah-olah menafikan apa yang berlaku? kalau hendak kata gadis itu suka disentuh lelaki, tidak sama sekali, dia kenal perangai gadis itu.
Arghhhhh serabut
"Yes, i know that man, Han, dan kalau awak nak tahu lagi dia tu Abang sepupu saya,Hafiz Naim!" Mulut masih berani melawan kata dengan Han.
Ya lelaki bermata koko keemasan itu adalah Han atau dikenali sebagai rakan sekerja Hanizz Adriana.
"Abang sepupu tak guna namanya. buat apa awak nak bela dia lagi?" Fikirannya serabut mahu memahami situasi Hanizz. Sudah hampir kena cabul pun mahu bela lagi kah?? tak faham Han dibuatnya.
"saya bukan nak bela dia tapi saya tak faham apa masalah awak sampai nak pukul dia?" bagai api bertemu api. Saling tidak faham antara satu sama lain, malah makin rancak melawan mulut
Bukan nak berbincang elok-elok
Yang si Hanizz pula tadi bukan main cakap bergaduh tak akan selesai masalah. Ini bergaduh mulut dikira selesai masalah ka?
"saya pukul dia sebab dia cuba buat benda tak baik dekat awak Izz Adriana!"
Dum
Bagai kilat menyambar. Hanizz terkedu dengan apa yang dikatakan Han.
'buat benda tak baik dekat dia?'
Otak Hanizz cuba mengimbas kembali apa yang terjadi. Tidak tahu apa punca Han boleh terfikir Abang Hafiz ada niat tidak baik kepadanya.
Sedangkan tadi Abang Hafiz sekadar cuba membantunya membuang pepatung diatas kepala.
'Ehh jap, buang pepatung atas kepala? lepastu jerit? and then Han datang terus pukul Abang Hafiz!!'
YOU ARE READING
HQQ: It's Mine Sweetie
Romance"Only mine and forever mine" ~HAN QALEEF QAYDAR '𝑚𝑒𝑛𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑚𝑒𝑠𝑡𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘𝑖' •𝐻𝐴𝑁 𝑄𝐴𝐿𝐸𝐸𝐹 𝑄𝐴𝑌𝐷𝐴𝑅• •𝐻𝐴𝑁𝐼𝑍𝑍 𝐴𝐷𝑅𝐼𝐴𝑁𝐴• "siapa sebenarnya awak sweetie?" -𝐻𝑎𝑛 𝑞𝑎𝑙...