𝑆𝑤𝑒𝑒𝑡𝑖𝑒♡'6

23 0 0
                                    

Pemandangan indah Tanah rata, Cameron Highlands yang berada di hadapan Han Qaleef Qaydar buat dia tenang dan hanyut dalam dunianya sendiri.

Fikirannya asyik sibuk memikirkan apa yang terjadi tadi. Lagi-lagi tentang gadis itu.

𝐼𝑍𝑍 𝐴𝐷𝑅𝐼𝐴𝑁𝐴

Satu-satunya gadis yang berjaya mencuit hatinya selepas Hanizz. Gadis itu juga memiliki nama yang seakan sama dengan cinta pandang pertamanya..

𝐻𝐴𝑁𝐼𝑍𝑍 𝐴𝐷𝑅𝐼𝐴𝑁𝐴

Suka. Tapi akalnya selalu menafikan.

Dia sendiri tidak faham kenapa dia tertarik sangat dengan gadis bernama Izz Adriana itu. Sedangkan sebelum ini hatinya sudah tertutup rapat kerana setia menanti cinta pandang pertamanya muncul.

Bila teringat tentang cinta pandang pertamanya, Hanizz Adriana buat dia mengeluh panjang.

Sedar tak sedar tahun ini sudah masuk tahun ke-16 dia mencintai dan mencari identiti Hanizz Adriana, namun kecewa yang dia dapat.

Berbagai cara dia guna termasuk mengupah sahabatnya. Tapi tetap tiada hasil. Sahabatnya yang merupakan seorang penyiasat terkenal juga tidak berjaya mencari maklumat gadis itu. Buntu

Tapi itu tidak bermaksud dia akan melupakan hasratnya untuk mencari maklumat tentang Hanizz dengan mudah.

Asyik sibuk memikirkan perihal gadis itu, ada satu suara menegur dari arah belakang sekaligus mengejutkannya.

"sampai mana dah? Korea? Mekkah? dari tadi aku tengok kau asyik sibuk duk berangan" tegur suara itu. Ini tak lain tak bukan pasti pasal perempuan.

"kacau daun betul la kau ni! nak berangan pun susah" marah Han dengan nada bergurau. Sempat dijeling sahabatnya itu sebelum kembali menatap ke hadapan.

"amboi kau.. bukan main nak marah aku, siap jeling bagai... Cantik sangat ka awek baru kau tu? sampai aku yang ℎ𝑎𝑛𝑑𝑠𝑜𝑚𝑒 lagikan 𝑚𝑎𝑐ℎ𝑜 ni kau abaikan" Nak tahu juga dia, cantik sangat ka awek baru sahabatnya itu? sampai berangan dari tadi tak habis habis.

Yang dia pula, dari tadi jadi pemerhati tak berbayar sahabatnya, setelah lama sangat sahabatnya berangan, itu yang buatkan dia datang untuk bertanya. Mereka sudah kenal lebih 16 tahun, sudah pasti setiap gerak geri sahabatnya dapat dibaca dengan mudah.

"mesti la cantik, kau pun tahu kan selera aku macam mana? Btw.. Riel. kau percaya tak kalau aku cakap aku nak 𝑡𝑟𝑦 awek baru?" Han pandangan sahabatnya yang berada di sisi kanannya.

"aku percaya ke tak? memang kau akan paksa aku untuk percaya kau kut mana pun" Kenal sangat perangai Han yang satu itu.

Han tersengih tidak bersalah. Memang betul pun apa yang dikatakan sahabatnya itu, jika sahabatnya tidak mempercayainya maka dia akan paksa juga untuk percaya.

Jadi tiada beza jika sahabatnya memilih.

"awek mana pulak yang akan kena game kalini?" soal lelaki itu tanpa nada.

"perli nampak?"

"memang itu perangai kau kan? hati setia tapi mulut hampeh..tak boleh pakai langsung, ayat buaya darat kau kalau tak keluar tak sah" ha ambik kau. Pedas lagi kan berbisa kata-kata sahabatnya itu. Boleh menusuk sampai ke tulang. 𝐷𝑒𝑒𝑝

"kali ni aku tak akan 𝑔𝑎𝑚𝑒kan perempuan tu tapi aku tak tahu la.. hati aku masih kuat untuk tetap setia dengan Hanizz" ujar Han dengan nada mengendur.

Itu lah satu kenyataannya yang perlu diterima. Perangai tak kalah seperti digelar kaki perempuan tapi soal hati dia hanya setia pada cinta pandang pertamanya.

 HQQ: It's Mine SweetieWhere stories live. Discover now