special chapter

35 1 0
                                    

Kayra hanya menggeleng sahaja melihat Aurora yang ke hulu ke hilir macam kucing hilang anak.

"Aurora, kau boleh bertenang tak ? Penat aku tengok kau," kata Kayra ingin menenangkan Aurora.

Mungkin emosi anxiety dia yang mengawal macam dalam movie Inside Out 2.

"Macam mana kalau dia sesat ? Dia dah tak nak kawan aku ke "

Aurora bermonolog sendiri tetapi masih didengari Kayra.

"Daripada kau gelisahkan si Felix tu baik kau risaukan tunang kau. Dia ada call kau tak ?"

Tiba-tiba Aurora teringatkan sesuatu. Sudah lama dia tidak berhubung dengan tunangnya akibat leka meluangkan masa bersama Irene.

Dia menunggu Felix pun sebab dah lama Felix tidak menjenguk Irene. Dia hanya membantu Irene.

"Kau rasa Rayyan terlalu busy ke dekat sana ? Dia kalau ada perempuan lain aku siat muka dia biar perempuan lain tu lari."

Kayra tersenyum. Aurora is back to action !

Tiba-tiba seorang lelaki berambut merah muncul di hadapan mereka berdua bersama seorang gadis bermuka barat.

"Aurora, aku dah sampai. Sorry dah 5 tahun tak hubungi kau sebab telefon aku kena curi."

Aurora menjeling Felix. Patutlah dia ingatkan Felix menghilangkan diri selama ini sehinggalah beberapa hari sebelum dia menghubungi Aurora.

"Siapa ?" soal Kayra setelah bertentang mata dengan gadis barat di samping Felix.

Hm cantik.

"Ha siapa Felix ? Jangan cakap ni ..."

Belum sempat Aurora menghabiskan ayatnya, Felix memintas.

"Ini bakal isteri aku."

Aurora dan Kayra memandang sesama sendiri. Oh no !

Masalah baru.






Aurora memasuki cafe yang masih dalam proses persiapan sebelum dibuka nanti.

Terdapat Irene yang duduk di kerusi rodanya di hadapan piano putih miliknya sambil memegang kertas yang tertulis not muzik.

"Hello Kak Irene. Sihat ?" sapa Aurora mesra.

Selama ini dia lah yang selalu menemani Irene di masa lapangnya manakala Kayra pula akan keluar dating bersama Nazrin.

Aurora sunyi jadi dia memutuskan untuk menemani Irene.

"Sihat Aurora. Macam mana ? Dah jumpa Felix ?" soal Irene setelah mendapat tahu Felix akan pulang ke sini.

"Dah tapi Kak Irene jangan terkejut apa yang Aurora nak bagitau ni."

Irene tergelak kecil. Comel betul si Aurora ni.

"I tahu lah Aurora. Leah, girlfriend Felix."

Aurora ternganga seketika.

"How do you know ?" soalnya ingin tahu. Sampai hati diorang rahsiakan darinya.

"Leah tu kawan I jugak dengan Felix. Jadinya I kenal lah," terang Irene sambil tersenyum.

Tiba-tiba pintu cafe itu dibuka dari luar. Terpampang wajah Felix dan Leah.

Leah terus menuju ke arah Irene lalu memeluknya tanda rindu.

Felix dan Aurora memberi ruang kepada mereka berdua.

Tiba-tiba Felix mengeluarkan sesuatu dari poketnya iaitu sekuntum bunga mawar berwarna pink lalu diberikan kepada Aurora.

"Nah. Ada orang kirim," kata Felix sambil tersenyum.

The Prefects ( 2020 )Where stories live. Discover now