1

5 0 0
                                    

[ 2 tahun lepas... ]

Suasana malam yang gelap bertemankan hujan rintik - rintik itu langsung tidak menghalang Airin Sofea dari duduk bersendirian di tempat perhentian bas yang hanya bertemankan satu lampu kalimantang yang sudah agak malap.

Air matanya yang deras menuruni pipi langsung tidak diendahkan. Sesekali dia mengelap hingus menggunakan hujung lengan bajunya. Mujur sahaja langsung tiada orang ketika itu, kalau tak mau tujuh keturunan dia malu melihatkan dia dalam keadaan yang begitu.

Setelah beberapa ketika, dia mengerling ke arah jam tangannya apabila merasakan seram sejuk secara tiba - tiba.

' 23:35 '

Dia mengerutkan keningnya setelah melihat digit - digit yang tertera pada jam tangannya.

"Rasa macam baru sekejap aku duduk sini," bisiknya sendiri, masih ditemani dengan sedu sedan yang bersisa. Angin hujan malam yang mula mencucuk - cucuk tubuhnya semakin dirasakan, membuatkan dia menggosok - gosok lengannya.

Dia mengeluarkan telefonnya dengan niat untuk menelefon Nazifah, tapi niat itu tidak menyebelahi nasibnya apabila bateri telefonnya sudah tinggal nyawa - nyawa ikan.

Itu okay lagi, dapat pula tiba - tiba kawasan sekitar itu langsung tiada pautan signal, makin botak kepala Airin memikirkan cara untuk pulang.

Dalam kepalanya ligat berfikir manusia yang meletakkan dia dalam situasi itu. Kalau tak disebabkan manusia bernama Khairil Idzham tu, mesti sekarang ni dia sudah tidur di katil tidak berapa empuk di rumah sewanya.

"Jantan tak guna!" ucapnya perlahan dengan nada yang keras. Sambil - sambil itu tangannya mencapai sebiji batu sebesar duit syiling lima puluh sen lama lalu dicampak ke arah kawasan semak samun berhampiran bus stop itu.

"Aduh,"

Berkerut kening Airin apabila terdengar satu suara asing betul - betul di tempat dia membaling batu tadi. Entah lembaga apa yang merasuk diri dia, dia terus sahaja bangun dengan separuh perasaan takut dan separuh lagi perasaan ingin tahu.

Dengan perlahan dia menapak ke arah kawasan semak samun yang jaraknya kira - kira dua puluh tapak dari tempat dia berada ketika itu. Sempat juga dia mencapai sebatang ranting kayu dalam perjalanannya itu.

Tangan kirinya dijulurkan, cuba menyelak dedaun semak itu. Laju juga tangan kanannya menghayun - hayun ranting itu tadi sehingga terasa hujung ranting itu terkenan sasaran yang ingin dipukul.

"Eh, aduh aduh apa pukul pukul ni?" soal Azmir yang sedang menaikkan zip seluarnya apabila bahunya dipukul.

Terbeliak mata Airin melihat lelaki di hadapannya dengan zip seluar yang tidak ditutup sempurna. " Ohhhh, menghendap eh?! Tak malu betul menghendap anak dara orang," kata Airin sebelum kembali memukul Azmir dengan lebih kuat.

Azmir pula sedaya upaya menangkap ranting kayu yang dijadikan sebagai senjata itu. "Sabar, sabar, bagi saya explain dulu  -aduh!" Dia mengaduh dengan lebih kuat apabila ranting itu terkena kesan luka didahinya akibat balingan batu tadi.

BEAUTIFUL : MOONWhere stories live. Discover now