[ Masa kini ]
"Okay class, so before we end our class..."
Itu merupakan mukaddimah untuk Airin mengemas barang - barangnya. Tak adalah nak kemas pun, hanya sebuah buku nota kecil dan sebatang pen. Itupun bukannya digunakan untuk menyalin nota - nota penting, sekadar jadi tempat dia melukis karakter karakter aneh yang sekiranya betul - betul wujud di alam nyata ini, pastinya akan ditakuti dan digeruni oleh manusia manusia yang ada.
Setelah siap mengemas barang - barangnya, dia menyenggol Nazifah yang elok tidur disebelah. "Bangun woi, kelas dah habis,"
Terpisat pisat Nazifah bangun dari alam mimpinya. Tangannya menyambut huluran tisu oleh Airin untuk mengelap pipi, mulut dan permukaan meja yang sudah dibanjiri air - air jernih.
"Class dismissed,"
Hanya dengan dua perkataan itu, maka berderu - derulah lebih lima puluh orang pelajar tahun 3 itu keluar dari dewan kuliah.
Airin dan Nazifah juga tidak kurangnya, menjadi penyumbang kesesakan di pintu dewan kuliah itu. "Zi, lapar tak?" soal Airin sebaik sahaja mereka berjaya keluar dari bangunan kelas.
"Tak, asal?"
"Laparlah," adu Airin dengan bibir yang dicebikkan. Tangan kanannya pula mengusap - usap perutnya yang sudah mula mengalunkan rentak lagu rock. "Tadi pagi tak sempat nak makan nasi goreng kau," tambahnya lagi.
Nazifah mencebik. "Mana nak sempat? Orang pagi - pagi tengok keindahan ciptaan Allah, tengok pokok ke. Ini tak, layan jugak drama omputeh kau tu, siapa suruh?"
"Spencer Reid tu kan manusia. Dia pun ciptaan Allah jugak,"
"Sorry, lupa nak tambah," kata Nazifah. "Ciptaan Allah yang boleh tolong doa untuk permudahkan urusan seharian kau," sambungnya sambil tersenyum mengejek.
"Haih nasib baiklah kau ni bakal kakak ipar aku, kalau tak dah lama aku buang kau,"
"Kalau kau buang aku, nanti aku telefonlah cinta hati aku untuk datang selamatkan aku nanti hihi," balas Nazifah dengan satu senyuman mengejek terlakar di wajahnya.
Geli geleman Airin mendengar ayat balas kawannya. "Sampai sekarang aku pelik, macam manalah kau boleh berkenan dengan abang aku tu? Korang tu macam dua dunia berbeza kot. I mean I cant even imagine macam mana korang punya interaction
"Well, kau pernah dengar tak ada orang cakap 'cinta itu kadang-kadang macam magnet, kita akan menarik orang yang berbeza sifat dengan kita',
"Ew,"
Tergelak kecil Nazifah melihat reaksi Airin. Dia memaut tubuh rakan comelnya itu. "Tak apa Rin, nanti - nanti mesti kau faham,"
"Dahlah, dari kau membebel kat aku dengan kata - kata pujangga kau, ada baiknya kita pergi lunch. Perut aku dah buat concert dah ni," kata Airin sambil menepuk-nepuk perutnya.
Nazifah mengangguk, mengiyakan ajakan Airin. "Kau nak makan kat mana? Aku belanja sebab final game kau dah nak dekat, kan? Ni kira aku nak rasuah kau biar senang menang," ajak Nazifah, lagipun dia sendiri lihat betapa bekerja kerasnya Airin berlatih sukan petanque setiap hari.
Terus bersinar mata Airin mendengar perkataan belanja dari mulut rakannya itu. "Hehe alang - alang kau nak belanja kan, jom makan kat kafe depan tu nak tak?" ajak Airin sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah sebuah kafe yang berada tidak jauh dari kampus mereka. "Lagipun aku dah lama tak makan kat situ,"
Nazifah mencebik bibirnya memandang Airin. "Eleh dah lama tak makan kat situ konon, ingat aku tak tau kau selalu pergi kafe tu sebab nak bergossip dengan -siapa nama dia? Kekasih hati kau tu,"