Bunyi hiruk pikuk jeritan dan sorakan menusuk masuk ke dalam gegendang telinga. Putera Han memandang kosong sekumpulan lelaki awal 20-an yang sedang bermain snooker tidak jauh dari meja yang dia duduk itu. Jus di dalam gelas diteguk tatkala tekaknya terasa kering."Mana dia?" Tanya Putera Han kepada Syarif iaitu penyiasat persendirian yang sudah lama berkerja dengannya.
Syarif mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Kejap lagi sampai la kut."
"Tak ada tempat lain ke dia nak jumpa? Tempat bising macam ni juga dia suruh aku datang." Rungut Putera Han. Sudahlah dia sakit kepala, ditambah pula dengan hiruk pikuk di situ, semakin bertambah sakit kepala dibuatnya.
"Saya rasa ini port lepak dia. Sebab saya dapat jejak dia pun dekat sini juga. Contact number dia pun saya dapat dari bartender sini." Jelas Syarif lagi. Wajah serius milik Putera Han itu sedikit sebanyak menggusarkannya. Seriau!
"Hm." Putera Han menggumam pendek.
"Sorry lambat!" Kerusi ditarik dari belakang. Putera Han telek sekilas lelaki yang dikatakan pernah bersahabat dengannya itu.
"Bro! Lama gila tak jumpa kau." Den memeluk sekilas bahu Putera Han. Barisan giginya ditayang kepada Putera Han yang masih menatapnya tanpa perasaan.
"Den?" Tanya Putera Han.
"Ya, aku lah ni. Kau tak ingat aku?"
Putera Han menggeleng sebagai jawapan.
Den terdiam sebentar sebelum satu keluhan terbit dari mulutnya. Air yang sudah di order dari awal oleh Syarif itu dihirup beberapa teguk.
"Aku, kawan kau yang paling rapat. Kita pernah jadi roommate, housemate, coursemate dan juga classmate waktu belajar dulu. Kemana saja kita pergi, mesti berdua. Aku yang paling rapat dengan kau, sampai hati kau tak ingat aku Han." Mimik muka sedih ditonjolkan kepada Putera Han.
"Jadi... Kenapa kau tak datang jumpa aku selama ni?"
Den berdehem perlahan. Wajah sedihnya yang tidak dilayan oleh Putera Han itu ditukarkan kembali menjadi biasa. Hati kering betul lelaki sorang ni!
"Aku dihalang untuk contact dengan kau. Lebih tepat, ini adalah permintaan permaisuri Ranisya. Bonda kau."
"Why did she do that?"
"Sebab aku tahu sesuatu tentang kau."
Dahi Putera Han berkerut sedikit. Den dipandang meminta penjelasan yang lebih terperinci.
"Bila aku dapat tahu yang ada orang cari aku, which is your private investigator, aku rasa sangat lega. Aku dah terlanjur berjanji dengan bonda kau. Aku tak akan jumpa kau. Tapi... Aku dah simpan benda ni lama sangat." Den menghela nafas.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...